Bengap!! itu sahaja yang mampu Peah ucapkan dari mulutnya. Kepalanya pening. Kakinya longlai. Matanya kuyu. Tangannya terus cuba menggapai gelas kaca itu. Telinganya terus bingit.
Nampak kesalahan ayat di atas? Tak nampak? Aneh! Ada orang yang beranggapan ianya salah! Ucap sudah tentu dari mulut, pening pasti kepala, longlai juga barang tentu kaki, kan!
Sekalipun tiada kesalahan dalam struktur seperti di atas, ada yang melihatnya dalam perspektif yang berbeza!!Cumanya, nahu sastera dan nahu pasar apatah lagi baku pasti berbeza, kan?
Ada syntax, diction dan grammar dalam ilmu sastera. Penambahan yang perlu bagi menguatkan lagi maksud. Unsur metafora dan personafikasi misalnya. Mana mungkin pokok melambai!! Mana mungkin air mengalir lesu!! Laa, takkan tak pernah belajar ini semua? Takkan tak faham kaedah penyampaian, oopps maaf, stail itu kalaupun berbeda hanya kerana ianya sebuah karya sastera?Takkan Siti Jarum tak pernah sebut?
Ironinya, itulah yang berlaku. Rupanya, hanya ada satu jalan menuju ke Kuala Lumpur! Kalau tinggal di Kajang, naiklah bas Foh Hup Omnibus. Jangan naik komuter atau memandu malah menunggang kerana hanya itu sahaja satu cara menuju Kuala Lumpur. Kalaupun ketinggalan atau ditinggalkan, jangan risau kerana yang pasti tetap sampai.
Jangan tanya lama atau sekejap tibanya kerana kalaupun orang lain sudah sampai ke bulan dan bintang, patutlah kita hanya mampu berada di daratan..pulak tu lemas dalam kontang. Ouch!!
Sementara aku mahu mengubah tamadun bangsaku, rupanya masih ada lebih senang beku dan kaku. Sebenarnya, hanya batu bergolek sahaja yang tidak mengumpulkan lumut..
kamal fnd hashim
Monday, April 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Subhanallah, bahasa berlapis-lapis.
Ni ujian PTK 2010 ke? alamatnya xlulus lah kali ni.
tak tercapai akal ku..
conclusion that i get from tn kamal post,,"the differences between effective in effecient",,is it true???
"THE DIFFERENCES BETWEEN EFFECTIVE AND EFFICIENT"
Mil,sebab tu sebelum jadi y.b.,kita pun tak nak ambil PTK lagi walau dipujuk macam mana sekali pun. naik gaji dan pangkat? Tanggungjwb dan pening kepala pun bertambah. Yang perlu ada ialah passion dan commitment dalam kerja. Biarlah ikhlas dan hati senang bila bekerja.
lagi pun rezeki tak bergantung pada PTK. DIA yg tentukan rezeki kita tapi kenalah usaha. Banyak alternatif, pilihan, pendekatan, strategi dan kemudahan. Pilihlah yg terbaik tapi jangan putus asa kalau gagal sesekali.
Maaf Tuan Kamal kalau saya terkeluar topik.
Milah dah sebut PTK, teringat balik era bekerja.
hehhehehe ni kes kecewa ngan silap "comfort zone" le ni... ^_^
Post a Comment