1. Saya bersimpati kepada keluarga adik ini dan berharap pembaca blog beragama islam menyedekahkan Al-Fatihah. Saya berharap keluarganya redha kalaupun sedih dengan insiden yang berlaku.
2. Acapkali ditanya pendirian saya tentang insiden seperti ini. Dan acapkali saya akan memberi jawapan yang sama; biarkan siasatan berjalan lancar dahulu sebelum kita membuat spekulasi yang terlampau. Saya amat yakin, sekiranya ia terbukti berlaku kecuaian atau kesalahan, pucuk pimpinan PDRM juga tidak akan melindungi tindakan yang tidak diluluskan oleh undang2.
3. Seperkara yang menarik perhatian saya adalah karenah remaja. Hari ini kita melihat banyak kes remaja cuba melarikan diri daripada tahanan yang sah oleh polis, JPJ atau pihak berkuasa. Di Pantai Timur, pernah seorang remaja bermotorsikal melarikan diri bila ditahan pegawai JPJ dalam satu sekatan jalanraya mengakibatkan dia terjatuh atas kegopohan untuk lepasdiri. Hasilnya, pegawai JPJ itu dipukul oleh orang berhampiran dan dipersalahkan.
4. Begitu juga dalam tragedi kemalangan bilamana ibubapa remaja penunggang motorsikal yang mati berlanggar dengan kenderaan lain. Pasti pemandu itu yang menjadi sasaran. Dan banyak lagi contoh lain.
5. Yang menjadi masalah bagi saya adalah apakala kita gagal menghentikan kebinasaan ini. Kita, orang dewasa, membiarkan sahaja anak saudara, anak, anakbuah atau remaja kenalan kita memandu atau menunggang tanpa lesen. Kita benarkan mereka atas alasan tersendiri seperti nak ke sekolah, ke kedai sekejap, ambil adik tuisyen dsbgnya. Tak termasuk yang curi curi memandu kereta ibubapa atau motorsikal keluarga. Kita yang benarkan bila kita beri izin atau tak sorok kunci.
6. Apakah kita terlupa bahawa mereka ini tidak layak menunggang atau memandu kerana tiada kelayakan seperti lesen. Akibatnya, semua akan cuba lari bila ditahan atau merempuh sekatan jalanraya. Lupakah kita bila tiada lesen, ini bermakna mereka belum diperakui layak mengimbangi dan mengendali jentera itu. Bila tidak layak, ini bermakna ilmu mereka cetek. Bila ilmu cetek, respon mereka terhadap cabaran di atas jalanraya sangat tumpul dan membahayakan nyawa mereka sendiri dan orang lain. Dan bila terlibat pulak dalam kemalangan kecil, mereka akan sedaya upaya cuba lari!
7. Bagi remaja, kelebihan memandu kereta dan menunggang motorsikal, kalaupun tanpa lesen, adalah aset untuk menunjuk. Tambahan pula dapat mengelak cubaan tahanan pihak berkuasa; sah sah jadi bahan berbangga dengan kawan seangkatannya!! Walhal, kalaupun ditahan, dia akan hanya disaman, keluarga akan dipanggil dan itu sahaja. Tetapi, remaja tetap akan memilih untuk melarikan diri walaupun terpaksa melanggar sesiapa pun! Kenapa? kerana hak berbangga itu.
8. Bercakap tentang hak, jangan terlupa bahawa hakikatnya, sesiapa juga di Malaysia dilindungi oleh undang undang yang sama. Seksyen 99 dan Seksyen 100 Kanun Keseksaan jelas menyebut hak ini. Hak mempertahankan diri. Tertakluk kepada Seksyen 99, seseorang, mengikut peruntukan Seksyen 100 kanun yang sama, boleh melanjutkan hak mempertahankan diri walaupun membawa kematian dalam 6 keadaan-(saya ringkaskan supaya senang difahami)
a) Perbuatan yang diyakini boleh mendatangkan kematian SERTAMERTA kepada dirinya atau oranglain
b) Perbuatan yang diyakini boleh mendatangkan cederaparah SERTAMERTA
c) Serangan bertujuan ROGOL
d) Serangan bertujuan LIWAT
e)Pecahrumah malam hari
f) Khianat api.
9. Jadi, apabila ada laporan media atas insiden seumpama dan dengan hadirnya elemen ketakutan munasabah serta keadaan2 seperti di atas, saya harap kita semua dapat menantikan hasil siasatan supaya kita tidak dimanipulasi oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab yang akan cuba memperbodohkan kita dengan meniupkan pelbagai sentimen kononnya demi menuntut pembelaan walhal sebenarnya untuk cerita dijaja demi kepentingan mereka sendiri.
10. Ingatlah, sehingga kiamat dunia, yang hak takkan boleh terpadam oleh perdaya yang batil.
kamal fnd hashim
Tuesday, April 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Assalamu'alaikum Tn Kamal.
TQ for the info and point taken.
(...dan meningatkan diri supaya tidak di selubungi/kuasai spekulasi dan manupulasi. get the facts right)
Tq for your feedback.
sbg seorang guru sy setuju dgn kata2 tuan kamal ttg remaja. mereka sekarang mudah bangga apabila melakukan sesuatu yg dianggap cabaran. walaupun cabaran itu memusnahkan diri. lupakan seketika remaja yg berani menjawab, terang2 buat kesalahan depan orang dewasa dan ditegur pun boleh lagi tersenyum dan ketawa.. hmm..
sy masih buntu, apa sebenarnya yang mereka mahu.
Mmg sedih dan geram kalau melihat gejala sosial remaja skrg, dimana2 mahupun diceruk rantau mereka rasa bebas dan puas melakukan kesalahan waima diketahui melanggar undang-undang. Justeru itu nasihat orgtua/keluarga sendiri dah tak bernilai lagi bagi mereka. Sebagai orangtua, kita hendaklah sentiasa memantau anak2 kalau sygkan mereka. Terjadi sesuatu yg tak diingini maka menyesal tak sudah.
Masyarakat skang ni mudah sangat menghukum tanpa menilai semua aspek terlebih dahulu..
Hanya bercerita tentang hak masing2 tanpa peduli hak orang lain.. Kalaulah masyarakat Malaysia ni cukup prihatin.. KEjadian seumpama ni atau kejadian gejala sosial tidak akan berlaku dengan sewenang-wenangnya..
salam takziah dengan apa yang berlaku...saya sekadar ingin melihat dari sudut pandangan remaja.
tertanya-tanya mengapa rakan sebaya 'peer' lebih mudah mendekati remaja berbanding ibu bapa...persoalan ini bukan menunding jari terhadap ibu bapa...memang tidak dinafikan bahawa tiada buku lengkap 'parenting' yang boleh dibeli dimana-mana kedai buku sebagai panduan buat ibu bapa...
tetapi melalui sejarah pada hemat saya seharusnya ibu bapa lebih berpengalaman melalui iktibar akan cara untuk mendekati anak-anak...
pelbagai analogi boleh diungkap...
jika ibu bapa tidak mampu menjadi 'peer' remaja kini seharusnya pendekatan seumpama itu perlu diambil...ego perlu dikurangkan ganti dengan pendekatan...ego sebagai ibu bapa perlu begitu pandangan kita...bagi saya ego ibu bapa tidak perlu walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun...cuma perlu saya tegaskan bukan ego tetapi pendekatan...tolonglah kenapa terlalu ego kita sebagai masyarakat untuk memakai 'kasut' setiap orang? rasailah kedudukan seseorang serta pandangan untuk bersama mengecapi kelestarian...
buat yang membenarkan coretan ini dipaparkan terima kasih...akhirulkalam maafkan saya jika ada terkasar bahasa dan salah
takziah buat keluarga terbabit and thanks to saudara kamal for the info..
w/pun anak2 masih kecil lagi tapi selalu terpikir bagaimanalah bila mereka besar nanti.....
sb ada kes jiran dah sorok kunci moto tapi anak dia leh pakat ngan kwn2 start moto bapak dia tgh mlm...jadik pulak tu......
risau bila mengenang remaja sekarang....
sgt sgt setuju ngn oneboy4eva... pendekatan ibubapa amatlah penting dalam menjadikan anak2 sebagai 'peer'.
salam keadilan...
buat sdr bro kamal affandi dengan kemampuan serta ilmu yang ada mengenai bidang ini harapan saya kiranya sdr sudi berkongsi bagaimana prosedur dlm melepaskan tembakan..setelah pelbagai spekulasi yang timbul...tertanya saya bagaimana anggota yg bertugas ketika kejadian melepaskan tembakan serta apakah motif-motif untuk melepaskan tembakan...ancaman yang bagaimana yg diterima untuk bertindak melepaskan das tembakan???nyatakan lah pada saya atau kepada yang berminat..saya amat memikirkan sehingga tika ini jam 2 pagi keadaan yang bagaimana yg ditunjukkan penjenayah dan pihak berkuasa pula melepaskan tembakan..keadaan macam mana sdr???
info yg sgt bagus.
ya biarkan siasatan di jalankan... zaman sekarang mana ada polis cover sama polis...
ni berdasarkan pengalaman sendiri... sedangkan aku lambat bukak kes gaduh dalam famili pun kena KST(tn kamal tau apa KST ^_^) tu kes kecil... ni kan pula kes besaq....
cuma aku nak betul kan sikit tanggapan orang awam mengenai budak budak under age berdasarkan pengalaman aku yang tak berapa banyak kat "street" ni...
aku penah tahan seorang remaja berumur 13 tahun dengan positif sifilis...
aku pernah tahan penagih umuq 19thn.. tanya sapa tokan.. tokan budak melayu tingkatan 3.....
dan yg baru ni cina kena samun di rumah pun kalau kita tgk tak la tua sangat penyamun tu.. dalam belasan jugak....
kekadang orang mudah menilai seseorang tanpa fakta yang betul...
apa apa pun takziah kepada keluarga....
memberi peluang penjenayah sebenar berleluasa.
Shah alam banyak kes pecah rumah.
aksi memandu akan ditiru oleh penjenayah.,
tak melawan selepas tayar bocor..
Kak NSMY, dah nama pun remaja, jangan ditanya apa yang mereka mahu=)
Rasulullah pernah bersabda:"Remaja ini paling lembut hatinya" Maka mereka perlu didekati sebaiknya.
Ingat mudah jadi remaja dengan keadaan dunia sekarang? Kita sudah dewasa, mungkin kita nampak apa yang baik apa yang buruk, dapat bezakan. Mereka sedang mahu membesar. Baru mula untuk mengenal dunia.
Pada saya, masalahnya ialah masyarakat. Masing-masing perlu betuli diri. Jika lahir masyarakat yang mendidik, insyaAllah, aman damai bumi kita.
WA
kalau hambe jadi polis tuh mmang hambe tembak aje dah liat sngat nak berhenti...
kalau hambe jadi remaja tuh mmang hambe lari, "kalau terror kejar hambe dlu bru boleh tangkap"...
(sebab tu than tak takdirkn hambe jadi polis ataw anak org berharte)
to Mr.Kamal:
word verify kat komen box nih law boleh buangkan lah, hambe bermasalah ckit ngan benda alah tuh..
Post a Comment