1. Buat mereka yang sedang menuntut di universiti ini, di harap dapat meneruskan pengajian dengan aman sejahtera. Mudah mudahan tercapai hajat menamatkan pengajian dalam tahun 2010.
2. Kita wajib tabik pada kebolehan anakbangsa kita. Kejayaan seperti ini patut kita raikan bersama. Kalau setakat mat saleh panjat gunung, Neil Armstrong pergi ke bulan dan Locard dengan forensiknya, apalah sangat nak dibandingkan dengan inisiatif anakbangsa yang pergi mengaji di sini. Bukan mudah nak menjejak kaki di sini!
3. Kita jugak patut mengangkat mereka menjadi ikon- Anugerah Anak Merdeka ataupun Malaysian Book of Records.
4. Kenapa? Yalah, kalau seseorang dapat masuk dan belajar di universiti ini, orang itu pasti hebat! Apalah sangat Oxford ,Cambridge atau UCLA. Orang yang saya maksudkan ini pasti lebih mampu menjadi pembimbing bangsa dan wajar dijadikan kajian bagaimana otaknya berfungsi dan bagaimana dia menjadi sebegitu hebat bahkan lebih hebat dari biasa! Eh, betul ke? Ya!sebab universiti ni tak wujud pun!!
5. Kalau betul mahu bangkit dan belajar dari silap, takkan pilih modus operandi yang sama? Pilihlah universiti yang ujud di dunia nyata. Bukan universiti di alam ghaib, universiti bunian atau universiti internet! Atau mari kita sama sama daftar kursus di universiti tempatan yang tak kurang hebatnya kalau2 mahu aku membantu menutup malumu. Atau mari kita berdebat- bukan siapa menang atau siapa kalah tetapi debat untuk mencari kebenaran. Takkan orang hebat sepertimu dayus dan hanya senyap bila peluang menunjuk benarmu terbuka?
7. Pengikutmu sering mencanang aku yang bersalah. Tapi, lillah, bukan aku yang berdusta. Apa mereka mahu ini diselesaikan cara bersumpah juga?Silakan!Cuma satu nasihatku, jangan sampai kau yang terbukti salah dan membuka aibmu sendiri.
6.Tak serik serik lagi ke? alahai! Bukan busuk hati atau cemburu. Kalau kau tiada apa apa title bahkan keputusan akademik sekalipun tetapi kau memang bagus, tiada siapa yang akan menidakkanmu. Tetapi kalau kau memang sampai sekarang ternyata masih mahu membunuh bangsaku dengan tipudaya helahmu, aku pasti berada di situ; antara kebatilanmu dan maruah bangsaku.
kamal fnd hashim
Sunday, April 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
37 comments:
salam tuan..adakah ini isu berkaitan Dr n PhD palsu??
kenapa tuan x dedahkan siapa gerangan sidia tu??
Tidak perlu didedahkan agaknya. Buat research sendiri boleh tahu. Orang ini sebenarnya ok dari segi kebolehan berceramah. Sebab sebenar dia tidak mahu mendapat kelayakan akademik dari IPT yang sah, di luar atau dalam negeri, cuma dia yang tahu.
sri hartamas
http://www.unem.edu/ yg nie ke bro?
wujud je universiti tu.. hmm..
tuan, universiti ni wujud lh...atau apa maksud sebenarnye?
Wpun uni ini dikatakan wujud, tapi validity program online yg ditawarkan yg mgkin di persoalkan.
Cuba refer sini:
http://www.degreediscussion.com/forums/viewtopic.php?f=3&t=6607
Artikel berkenaan adalah berdasarkan komen bekas doctorate student di uni trsbt.
uni ini tak wujud. Yang ada hanya kelulusan pendaftaran nama sahaja dan bukannya kelulusan menjalankan aktiviti akademik.
Contoh: Kita hantar surat kepada kementerian dan kata nak bina universiti. Dia pasti jawab tiada halangan dengan syarat mematuhi syarat yang ditetapkan. Kemudian, kita tak bina pun uni tetapi jaja kepada orang ramai kita ada uni berdasarkan surat tadi. Boleh?
Di Costa Rica, ada beberapa uni yang sahih. Tetapi yang ini tidak wujud. Atas kertas je ada! ha ha ha
Err, kalau wujud, tunjukkan saya tapak universiti ini kat mana. Buat semakan banyak banyak kali sebelum menganggap ia wujud di alam nyata!
Ala,ape ade hal..
Susah2 g jauh2 nak dapat Dr buat pe?
DR je...
Nak blaja university yg pelik2 jer..nk eja pon susah.. nyebutnya pun payah..ape kes?
nama pun UNIVERSIDAD.. dats mean BAPAK dia punya UNIVERSITY la..
Stakat nak dapat title Dr..
hmmm..
zaman skrg, org da xheran laa ngan Dr..Dr.. nih.. bersepah..
alamax,terlebey suda..kann..
Ramai ke orang M'sia yg claim to have degrees dari 'universi dad' tu Tuan Kamal?
Tak baik cakap Dr bersepah..
Terguris hati org yg nak sambung PhD mcm saya ni.huhu...
=]
Orang sambung belajar sbb nk kumpul ilmu,bkn dpt DR la..
Dr tu xboleh masuk kubur pun..
Betul juga tuan.
Mereka ni nk dpt title dr mungkin utk dapat perhatian atau respect dr public.
Ada benarnya kata cik ashue.
Zaman skrg org dah tak heran tentang title Dr kt dpn nama dah.
Kalau zaman dulu.ya! Kalau dr mesti kt klinik,pusat kesihatan atau hospital. Kalau jd doktor ni kira hebat la.
Sekarang tak lagi.
Dr skrg byk dr falsafah. Bkn doktor perubatan.
Yang makcik pakcik gah sangat ni pada doktor perubatan. Doktor falsafah ni makcik pakcik tu xpaham apa pun.
Tuan kamal hebahkan la dan uar2kan pada public siapa sebenarnya dr2 palsu ni.
Mudah mudahan,kita org-org biasa ni tak terus terusan ditipu.
baik didedahkan tuan melalui media seperti TV/akhnbar. memang ada la yg tertipu dgn pemegang dgn gelaran Dr di pangkal nama yg rupa2nya palsu:-(
biar betul???
cuba cari 'graduan Universidad Empresarial de Costa Rica' kat google.
walla!!! x sangka la plak hasilnya...:-(
haa...tau takpe :)
hahahahaha...jumpa dah..sian dia...
nape sampai macam tu skali.... kalau takdak segulung ijazah pun takpe asalkan pengalaman/pengetahuan ada dalam dada kita...
jangan sampai nak menunjuk sampai sanggup bayar untuk dapatkan segulung ijazah palsu.... macam tipu diri sendiri.....
tipu duri satu hal...ini tipu masyarakat, camner plaks? camne plak dgn pendapatan yg diterima hasil menggunakan title Dr yg tidak sah ini?
bro kamal...juz nak tau...pernahkah saudara membincangkan isu ini dgn si motivator yg terlibat dgn aktiviti (yg bule dikatakan penipuan) ini?
bro zulpjj,
a)saya pernah cuba mendapatkan penjelasan dari laman forum empunya diri tetapi tiba tiba forum tersebut dah tiada!
b)pembantu kanannya hantar mesej yang masih lagi saya simpan- "tak perlulah hebohkan perkara ini(dr palsu empunya diri) demi bangsa, agama dan negara". Dan saya jawab balik- bangsa, negara dan agama mana yang suruh tipu bangsa, negara dan penganutnya sendiri? Sampai sekarang tak berjawab..
c) dan dia juga tahu saya bercakap tentangnya dan dia MASIH juga mahu menipu! Aduhai!
d) Pastu untuk cover line, dia kata dia malas nak panjangkan cerita kerana memaafkan itu lebih baik. Eleh, pembohongannya nyata kerana saya sangat bersedia untuk disamannya!
E) Lillah, dia tahu dia berbohong dan masih mahu menegakkan benang basah dengan melakukan pembohongan yang lebih besar! Apa kes?
SAKSI!!!
F) Bukan ke dia cakap dia lebih BERMINAT untuk mengetahui apa yang ada akan datang dari apa yang telah berlaku..
(lebih kurang cm tu la)
jeng..jeng..jeng..
(memory ku masih bagus)
hehe.. product yg x memalsukan ingredientnya mmg patut dihebohkan.. supaya org ramai x tertipu.
err.. nie kira jenayah x?
Ber'tuah' saya dapat membaca berhubung univ ini.
mungkin saudara mazidul bule mengupas isu ini dalam rancangan 999???
bagi saya, ia turut melibatkan isu kepenggunaan kerana mereka (individu/masyarakat/media/syarikat korporat) yg menggunakan khidmat penipu terhormat ini sebenarnya ditipu hidup2.
berani kerana benar, takut kerana salah :-)
En. Mazidul Akmal Sidik ka Tu, Wah kacak kitak pakai songkok.
SI FADZLEY TU KAN? SANGGUP MENIPU ORG... LANTAKLAH DIA ANAK DATUK KE, ANAK CUCU SEDARA PANGKAT KERABAT MANA KE, KALAU DAH SALAH TU KENA DIHEBAHKAN SUPAYA ORANG TAK TERU STERTIPU DENGAN DRAMA SI PELAKON NIH.
UMNO BAGAN DATUK BARU JE LEPAS JEMPUT DIA JADI PENCERAMAH MOTIVASI UTK PELAJAR DI SEKOLAH SANA....
Fauziah Baharin
Sg. Buloh
macam2 nak glemer.palsu..tak malu ker??pelek2
Ber'tuah' betul dapat membaca berhubung uni ini ya bro mazidul!
ha ha ha...sarkastik!
saya rasa saya dah tahu..
tapi adakah lebih dr seorang tuan??
Universiti ini termasuk dalam senarai UNESCO - untuk dianugerahi PhD, kertas seminar yang kita telah bentangkan selama ini boleh dijadikan bahan rujukan / kajian ilmiah bagi mendapatkan PhD.
Mungkin kajian saudara kurang lengkap & boleh semak dengan pihak universiti mana2 pun bagaimana untuk mendapatkan PhD [ada beza dengan program Doctorate]
Bagus dakwaan saudara Sam tersebut. Saya telahpun jelaskan berhubung dakwaan itu. Sila lihat tulisan awal dan komen saya di dalam ruang ini.
Barangkali Sam tak faham antara kelulusan pendaftaran dan kelulusan pengiktirafan.
Sam, minta tunjukkan kat saya di mana lokasi universiti ini ya? saya kira kerana ianya ada "di dalam senarai" UNESCO, ia mesti wujud, kan?
Atau Sam sendiri membuat semakan tidak lengkap kot?
kamal fnd hashim
dh try google earth?
saya dah google dan minta pengesahan kewujudannya daripada Costa Rica sebelum membuat posting ini. Pendek kata, sudah terang lagi bersuluh untuk saya.
What more can be said/done, tuan?
I don't think the individual(s) involved will ever say anything.
salute tuan!
dorang pandai cakap je..
nak main hentam orang je..
nak hentam x tgk org.. :)
Saudara Kamal pun dah dapat gelaran Dr...dari universiti mana ya?
atau Dr anugerah? jgn padam pulak komen saya ni..heheh
Post a Comment