Monday, May 3, 2010

Fallacy

1. Kepada sesiapa yang gemar melatah, tulisan ini pasti menyinggung. Maklumlah, bilamana kenyataan itu berbeza dengan pendirian tertentu, maka sudah tentulah ianya menyinggung. Yang jadi parah adalah kerana saya bukan orang politik. Maka sudah tentu dilihat sebagai lebih ganjil!

2. Acapkali saya lihat dayus yang sama berlaku; manipulasi, spekulasi dan fallacy
seperti False Attribution digunakan dalam menegakkan benang yang basah. Yang menjadi masalah, adakah kita sebenarnya berminat menyelesaikan isu atau sengaja melengahkan supaya ianya boleh mendatangkan kepentingan kepada kita?

3. Kematian aminulrasyid memperlihatkan kejanggalan ini. Peguam, ya, peguam memberikan kenyataan- kes ini clear cut. Kita mesti dakwa polis- semasa siasatan belum pun lengkap! Laa!!Saya pun turut keliru sama ada mereka ini benar benar peguam atau tidak kerana peguam yang sebenar yakni yang mendukung prinsip keadilan jenayah pasti tahu kenyataan ini berat sebelah dan sedikit nakal!

Biarlah insiden ini disiasat dengan teliti tanpa kita memperlihatkan ketidakmatangan kita yang mengambil kesempatan dari keadaan untuk melunaskan hajat peribadi. Jangan juga menangguk di air keroh. Lebih daripada itu, ada pula yang menuntut supaya Ketua Polis Negara letak jawatan! Pelik!!

Eh, kalau ikut simple logik macam itu, Presiden Majlis Peguam juga perlu meletak jawatan kerana ternyata pernah ada peguam yang melakukan pecah amanah duit anak guamnya, CEO TNB juga perlu letak jawatan kerana sebelum ini orang potong api kat rumah dan ikan kita jadi busuk!

Dan kalau ikut nafas logik yang sama, Presiden Majlis Peguam perlu meletak jawatan kerana peguam seperti ini memberikan kenyataan yang berat sebelah dan memalukan profesyen guaman, Bos Proton juga patut meletak jawatan kerana insiden melibatkan kereta jenis ini, Dato' Bandar Shah Alam juga perlu meletak jawatan kerana MBSA membenarkan restoran dibuka 24jam!!Dan inilah masalahnya bila bercakap ikut sedap mulut tanpa mahu bersangka baik, kan?

4. Hairan saya! Semua orang tahu saya neutral dan tidak punya apa apa kepentingan dan ini teguran saya atas prinsip without fear or favour. Benarkanlah siasatan dibuat dengan lengkap, tertib dan tartil. Bagi saya, yang penting adalah kebenaran. Kemana perginya pertimbangan yang jujur sehingga kita terpaksa curang mengambil kesempatan atas kehilangan seseorang?Atau, apakah nyawa adik itu begitu murah sehingga ada pihak yang, tanpa silu,tergamak melacurkan kematiannya?

Tepuk dada, tanya selera.

kamal fnd hashim

66 comments:

→![N.I.N.A]!←™ said...

support 1oo% ur statement .

creep said...

Bagi saya la bro dlm kes arwah adik Aminulrasyid semua pihak salah.. baik polis, baik keluarga, kawan arwah dan silap arwah jugak... sebagai manusia kita semua melakukan kesilapan.. cuma cara kita menangani je mungkin lain2.. kesilapan polis mungkin menembak secara melulu, kesilapan keluarga kenapa bg anak seusia tu bawa kereta sedangkan tahu anak itu tiada lesen memandu? kesilapan terbesar bagi saya berpunca dari arwah tu sendiri mungkin juga belum cukup matang nak berfikir secara waras bila dah terbabit dlm kemalangan yg tau2 nak lari je terus.. Cuba letak diri kita sebagai org yg kene langgar..? Tapi semua dah berlaku.. dan seperti dijangka tuduh menuduh pun berlaku.. Al-Fatihah untuk adik Aminulrasyid..

Cetusan said...

sokong 101%
MACAM2 kerja di dunia boleh buat,

risau juga beli beras dari hasil menipu.,,cuba terfikir sejenak kalau masak nasi tak masak2 masak sehari?? jika nak di uji.

sevunation said...

yup..semua pon salah..
bezanya..kesilapan seseorang tu dihukum dgn kematian.

my.mastura said...

saya sokong sgt2 pendapat en. kamal dan creep...

pandangan drp org yg berfikiran jauh dan terbuka

kenyalang said...

salam,
saya pun sokong pendapat tn kamal dan creep.

Namun apa yang terjadi adalah merupa dugaan dan di sebaliknya diselitkan hikmah oleh-Nya. Sebagai orgtua sememangnya kita dah lakukan yg terbaik untuk anak2. Tapi kena redho, kalau insiden yg tidak diingini berlaku, itu kehendak Allah jua. Ajal maut, jodoh suratan itu urusanNya. Apa2pun salam takziah untuk keluarga allahyarham aminulrasyid dan Al-fatihah untuk arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 beriman.

Anonymous said...

Biar tunggu kucing bertanduk dari menunggu pejawat awam,Ketua Polis Negara, Menteri dll letak jawatan kerana kegagalan diri sendiri atau orang bawahan. Suruh Presiden Majlis Pegaum letak jawatan? Jangan emosional, Kamal. Itu jawatan bukan ada gaji, macam IGP dan Menteri. Tapi IGP paling banyak fumble, memang patut letak jawatan. Selain dari kegagalan menurunkan kadar jenayah, menyelesaikan jenayah, IGP juga dicela oleh hakim dalam dua kes melibatkan seorang pegawai polis tertinggi. Kalau masih tak mahu meletak jawatan, memang IGP ni tak malu langsung. Dan orang yang melantiknya pun dayuslah, tak boleh menyuruh dia meletak jawatan. saya lebih hormat lagi IGP Rahim meletak jawatan selepas membelasah Anwar Ibrahim.

sri hartamas

Doc said...

Tahniah di atas perlantikan panel penyiasat khas!

Moluska said...

Salam,

Saya rasa press statement tu dilakukan kerana masyarakat is losing faith to the police .. especially act which directly involve the police as the "aggressor"....yes we salute the police what they have done setakat ini , tapi the way this matter handled by the IGP menimbulkan persoalan kepada masyarakat....

Wallahualam

sya said...

sangat-sangat setuju dengan en. kamal..
biar je lah siasatan dilakukan. kenapa perlu gopoh? kelak nanti malu sendiri jika beri kenyataan sana sini. ingatlah, apa2 pun, Allah Maha Mengetahui.. dan, kebenaran bersama orang-orang yang benar...

hangtuah said...

anonymous :
amboi sdap mulot becakapp yekk .
hey come on , style u ckp mcm u perfect . ape kate u calon name u duk tmpat IGP . boley ke TURUNKAN kadar jenayah, menyelesaikan jenayah ? MAMPU ? n cmne plak u nk jwb dalam dua kes melibatkan seorang pegawai polis tertinggi ? ni la manusia , yg x pnh mnsyukuri n bertrime kasEH kpd PDRM wlaupun dpt ddk aman di malaysia . sy mntak PDRM mogok sehari pn ckuplah , TGK APE JADI PADE YOU N ORANG2 YG BERFIKIRAN MCM YOU !

Azrul Adnan said...

salam n good day to all..

first thing..
Tahniah pada tuan..terpilih untuk menjadi salah seorang panel penyiasat khas..

diharapkan kebenaran dan keadilan akan berpihak kepada orang yg betul2 benar..

janganlah kita menunding jari kepada siapa..
kita sepatutnya..mendoakan agar kes ini cepat selesai..dan berjalan lancar..

NSMY said...

salam tuan,
sy tak mahu mengucapkan tahniah kerana terpilih sebagai panel penyiasat khas, kerana sy pasti tuan memikul amanah yg besar. kalau ucap tahniah, macam tuan menang sesuatu pula, padahal dlm hati tuan saja yg tahu kan? sy cuma mahu mengucapkan selamat berjaya dalam menjalankan tugas. semoga Tuhan permudahkan segala urusan tuan dan panel penyiasat yang lain seterusnya menjawab segala persoalan yang dilemparkan. Ameen..

Cantiknyapurple said...

Tahniah & Takziah atas perlantikan sebagai ahli panel penyiasat khas kes ini.
Tahniah kerana diberi kepercayaan & dapat menimba satu lagi pengalaman yang bukan calang-calang orang boleh dapat.
Takziah kerana terpaksa memikul amanah yang sangat berat yang bukan calang-calang orang juga diamanahkan sebegitu.
Sedikit teruja melihat Encik Kamal di kaca TV malam tadi =)

Apapun, semoga ALLAH beri hidayah kepada semua ahli panel & dipermudahkanNYA dalam melaksanakan tugas penyiasatan.

mrizam said...

Salam,
Saya terpanggil utk meninggalkan komen disebabkan ramai yg ambil kesempatan berdasarkan kes ini.
Baik dari belah keluarga yg menegak benang yg basah, mahupun peguam yg mewakili family ini dah bersiap sedia menyerang PDRM amnya kerajaan Malaysia umumnya.

Tapi diharap berilah ruang utk panel menjalankan siasatan dan kita tunggu hasilnya.
Kadang-kadang kesian jugak ngan anggota PDRM yg pada saya tak sanggup buat kerja tidak tentu masa, stress dan ada yg sampai kena strok menanggung beban kerja berlebihan.
Masyarakat pun macam ceta tamil bila satu berkokok semua ikut, belajar tinggi2 bodoh bertingkat2. Pakai akal utk berfikir sebelum berkata2 kerna lidah itu klebih tajam dari sebilah pedang.

-saya- said...

salam en.kamal..
buat y terbaek sbg panel khas ini..

abdooss said...

Assalamualaikum Bro,
Hati-hati tarik rambut dalam tepung.
Rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Wassalam.

♥Chura♥ said...

Sokong mrizam.
Kdg2 yg berckp berdegah2 ni mcm la diorg berada ditempat kejadian.
Kalau ada g la bg keterangan kt balai..
Boleh bantu siasatan
Hmm..
Tahniah la bos dr semua staf & bos2 besar2 kt ofis ni.(mcm ramai)
:)
Apa2pun,yg mati tetap mati,yg hdup kena truskan.
*Jgn lupe apntment IJN..

anon said...

pihak media sepatutnya kene off record ckit tentang isu nie..kalo tak nant ader org akan amek ia sebagai salah satu inisiatif politik masing2..setiap org memang ada hak masing2 tuk tampilkan pendapat tp..biarlah yg telah di pertanggungjawabkan di dalam kes ini bertindak..yg tak berkaitan SILALAH BERAMBUS KETEPI tanpa di suruh..tak perlulah tak perlulah nk tunjuk hebat a.k.a mulia sgt bg mereka yg tak di perlukan dalam siasatan nie..tak kiralah anda seorg peguam terhebat dan pendebat yang tak penat2...till then..the truth will comes to us..

(sori ayat harsh ckit kot..borink cmue nk berlagak hebat padahal tak tau pape pun..gud luk dlm siasat kes nie...)

tapai said...

Semua yang marah-marah ni meletakkan diri mereka di kasut si mati, cuba sesekali meletakkan diri di kasut polis?

Barulah sedar rasional tak rasional polis menembak ikut nafsu atau tidak.

Bercakap pandai, tapi undang-undang bodoh!

Memihak kepada polis bukan bermakna tidak bersimpati dengan si mati.

Al-Fatihah! Moga Allah kuatkan semangat dan ampunkan dosa-dosa kita semua.

Cetusan said...

jika pemandu bas buat2 silap berhenti depan rumah mangsa apa akan jadi hee...

lalu berkata
"
jom melawat keluarga mangsa, sambil kerja"..hheee

abdooss said...

Apa perasaan keluarga yang kematian anak?

FeRoZ SuLaiMaN said...

"Memihak kepada polis bukan bermakna tidak bersimpati dengan si mati"

sokongan padu buat TAPAI!!!

alfatihah buat arwah

Cetusan said...

"andai kes meibatkan kakitangan hospital..

unit forensik hospital telus ker?"

tanpa BIAS?

Cetusan said...

jika tiada Polis jenayah makin menjadi2 di Shah Alam yang berdekatan dengan Klang..
takut nak jalan memalam..

Anonymous said...

tahniah buat gua ...
siapa sangka budak kecik membesar kat Simpang Renggam dah famous kekeekee
isteri Mukhriz anak Tun Mahathir
tak kenal hang ke Kamal..
Gua ingat hang kena cari beberapa
pembantu lah kadang2 cara ala2 NGO
lebih berkesan membenteras Jenayah
... teruskan usaha bro..good work

tapai said...

"Apa perasaan keluarga yang kematian anak?"

Abdoos,
Janganlah tanya soalan-soalan retorik macam ni. Kau sendiri tahu apa jawapannya.

Polis pun boleh tanya kembali, "Apa perasaan kau kalau kau jadi polis, jam 2, 3 pagi tiba-tiba terserempak dengan kereta yang dipandu laju dan tidak mahu berhenti bila diarahkan berhenti?"

Dan bila kau pegang pistol, kau pun pasti dalam dilema, nak tembak atau tidak. Kalau tak tembak mungkin boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Jam 2, 3 pagi, susah nak bezakan kereta itu dipandu laju oleh penjenayah atau budak 15 tahun. Jam 2, 3 pagi, susah nak bezakan orang tu lari sebab nak elakkan dari ditahan atas sebab jenayah atau tidak.

Jam 2, 3 pagi, budak-budak sekolah patutnya tidur di rumah.

"Memihak kepada polis bukan bermakna tidak bersimpati dengan si mati"

tapai said...

Apa perasaan isteri-isteri polis yang suami mereka terpaksa bertugas malam hingga ke pagi?

abdooss said...

Boleh atau tak boleh polis tembak mati pemandu kereta yang tak berhenti? (kalau dia tak melawan)

Cuma nak tau.. tolong jawab. Terima kasih.

tapai said...

Apa maksud "tak melawan"? Adakah lari dan cuba merempuh dengan kenderaan itu tak dikira sebagai "tak melawan"?

Harap dapat perjelaskan. Terima kasih.

abdooss said...

Tak melawan = tidak menyerang polis dengan sebarang senjata.

Cuba merempuh? Anggota Polis kata suspek cuba reverse nak langgar Polis. Saksi pula buat laporan - Aminulrasyid ditembak & terus langgar tembok - tak dapat nak reverse kereta sebab dia dah mati!

Anggota polis kata ada Parang dalam kereta. Kakak, tuanpunya kereta, kata dia tak simpan parang dalam kereta. Saksi pun menafikan.

Soalan saya: Boleh atau tak boleh polis tembak mati pemandu kereta yang tak berhenti? (kalau dia tak melawan)..

tapai said...

Kalau kenderaan itu digunakan untuk merempuh polis atau sebarang halangan, ia boleh dianggap sebagai senjata.

Merempuh boleh berlaku dengan bahagian depan atau belakang kenderaan. Reverse atau go-ahead dengan laju juga boleh membunuh.

Satu lagi; kalau tidak berhenti setelah diarahkan berhenti, saya anggap ia juga boleh ditafsir sebagai "melawan" (tidak kira sama dengan bersenjata atau tidak).

Antara penyeluk saku dengan perompak bersenjata memang ada bezanya. Tapi kedua-dua mereka penjenayah.

Memang tak wajar kalau polis menembak penyeluk saku, tapi jika dia melawan ketika ditahan, apa pula rasional polis?

Tuan Abdoos banyak juga info, adakah Tuan ini salah seorang eye-witness? Atau sama seperti kami atau ramai orang lain, hanya dengar kata-kata sahaja, atau dengan kata lain 'hear-say'?

Tak cuba apply untuk jadi ahli panel?

abdooss said...

Sinis tu Tuan Tapai. tapi nampaknya Tuan Tapai pun tak tahu SOP Polis, macam saya.. :)

Tapi kalaulah Jawatankuasa Bebas ditubuhkan seperti saranan Badan Siasatan DiRaja (menyiasat kes wanita bogel buat tuk-ketampi)3-4 tahun lepas, pasti imej polis lebih kukuh.. pandangan saya.

kamal fnd said...

TUNGGULAH SIASATAN LENGKAP.

Dengan maklumat tak cukup, bagaimana nak tahu siapa bercakap apa. Kecuali kalau kita hanya berminat dengan SIAPA yang salah, tidak perlulah menunggu fakta dan rumusan lengkap.

Sepertimana jurus undang undang digunapakai sebelum ini, kalau laporan mana mana pihak tidak dapat disokong dengan pembuktian, maka sudah tentu tindakan susulan akan diambil.Dan prinsip ini digunapakai terhadap semua pihak, ok?

Soalan boleh atau tidak, sangat subkjektif. Boleh atau tidak saya lari dari rumah kalau bapak saya ada?(kalau dia tak tidur)..?
sabar je lah ek.

tapai said...

"Tapi kalaulah Jawatankuasa Bebas ditubuhkan seperti saranan Badan Siasatan DiRaja (menyiasat kes wanita bogel buat tuk-ketampi)3-4 tahun lepas, pasti imej polis lebih kukuh.."

Kes ini berbeza dengan kes yang itu, kerana tidak melibatkan negara luar. Kes ini tidak menyebabkan negara Malaysia untuk meminta maaf dengan negara luar.

SOP polis pun pasti ada beza antara kes ini dengan kes yang itu.

abdooss said...

Ye ye.. bapak dah balik.

Tuan Afandi, apa SOP polis dalam kes ni?
kalau boleh ditembak, boleh saya nasihat (takutkan) adik ipar yg selalu bawa kereta isteri saya keluar malam sampai 5-6 pagi. (dia ada lesen, cuma tak makan nasihat jangan keluar malam kerap sangat)

tapai said...

Alamak, Tuan Abdoos! Ini soalan 'one-size-fits-all' ke?

Kita yang ada SOP pun kadang-kadang tak terikut.

Bukan salah nak keluar malam sampai 5-6 pagi. Cuma kalau ditahan atau diarahkan oleh berhenti, apa alasan kalau tak mahu berhenti?

Memandu sambil mabukkah? Ada buat salahkah? Lari sebab jenayahkah?

Tak pernah terdengar lagi polis menembak mati orang yang berhenti bila diarahkan berhenti.

Harap-harap inilah SOP yang masih dipegang oleh pihak polis.

abdooss said...

Alamak, Bapak senyap je. :)
Sebelum kena rotan, baik duduk diam-diam.

Kita tunggu hasil Panel..

tapai said...

Memang itulah yang paling wajar. :)

abdooss said...

:)

Edyes said...

Terus terang aku katakan, bahawa aku sedih kerana terjumpa blog ini. Melihat komen2 yang juga membasahkan benang yang sedia tegak!

selagi kes ini tidak diberi laluan kepada panel siasatan diraja, selagi itulah isu ini terus menjadi isu. Dengan indeks rasuah yang tinggi, pastinya berkadar songsang dengan tahap kepercayaan setiap individu yang mendambakan keadilan bagi arwah Aminulrashid dan keluarganya.

tiada siapa yang perlu berada dalam kasut sesiapa! ini bukan hanya soal nasib Aminulrashid dan keluarganya. Ini soal nasib rakyat negara ini yang berdepan dengan satu fenamena mencongak kepercayaan dan akauntabiliti.

suruhanjaya siasatan diraja adalah satu panggilan yang sepatutnya disahut oleh kerajaan, dan ia pasti merupakan satu peluang untuk pihak polis menegakkan benangnya, samada kering, ataupun basah dek rekayasa bukti parang dan transmisi undur selaras dengan bedilan keadilan!!

abdooss said...

Sabarlah Edyes.

Bak kata orang-orang tua, "Tak ada rotan, akar pun jadi." Tak ada Panel Siasatan Diraja, Panel Adhoc ini pun jadilah.

Sabar dan tunggu hasil siasatan.

Takkan nak jadi macam Prebet Adam mengamuk? Itu hilang akal namanya. Sabar saja kuasa kita.. Allah kan bersama orang-orang yang sabar.

miya said...

Part 1 - The origin of pendatang:

· Malays - come from Indonesia and Yunnan.
· Chinese - come from China.
· Indians - come from India.

Part 2 - Why they come to Malaysia:

· Malays - easy life, food aplenty around those days, like fish from the river etc.
· Chinese - looking for a living.
· Indians - looking for a living and goes back.

Part 3 - Pendatang's attitude:

· Malays - the words 'relax la', 'bantuan kerajaan' and 'cukup makan' are their daily words.
· Chinese - work, work and work but also spend.
· Indians - work, earn and save but spend little.

Looking at the mindsets of various pendatang. You tell me is it possible to be one Bangsa Malaysia? Never! For oil will never mix with water.

If you tell the Chinese to close down Chinese schools, the children will not taught to be hardworking anymore, so they become lazy and can they ask for bantuan kerajaan?

No! Right? So let the Chinese have more Chinese schools to teach the principle of hardworking, integrity, trustworthy etc, thus others can get more shares.

Those days the government control the Chinese schools is because of communist. Now where got communist again? Bodoh!

San said...

Morons like Perkasa talk about sacrificing. We have as yet to hear what sacrifices they are speaking about. Today, Malaysia is ruled by a single regime not so different from Burma. They call themselves UMNO. In fact, Malaysia has been under Emergency Rule for the past 40 years. Still in a state of Emergency Rule.

coolooc said...

Umno/BN component parties and their cronies/EC/MACC/PDRM - No. 1 liar and public enemy, bunch of corrupted, despicable, racist morons rotten to the core!

Boleh said...

Bravo to all the cock & bull & being written here!

Sad to see Malaysians not accepting the facts that you are living because of non-malays and subsidies from the so called fair government which only take care of their own - malays (please do not call yourself bumis unless you are the aborigines from the jungle).

Chinese are wealthy because they work 100% more than your lazy ass. They live on their own and not on your incentives. Nothing was given anyway.

Cut the story short, face the fact and dance to the rhythm. Without the non-malays, you are nothing just as Dr M said before he stepped down from UMNO.

(You do not even have your own culture and language, the bahasa has been copied from many such as the Portuguese, Spanish, Tamil etc)

By the way, tuan is Chinese! Wake up, you are living under the helm of 1Malaysia - 1Murderer!

yuking said...

If only the malays are a bit smarter, then BN won't win. The problem is malays are too damn stupid that they keep voting for BN. I don't know what poison BN gave to make them in this state.

reek said...

The malays do not exist as a unique tribe but are the result of centuries of mix amongst various ethnic groups - migrants from Yunnan, Polynesia, Java, Sumatra, Turkey, Arabia, India, Siam, Cambodia, Laos.

Once they began to populate the Malayan Peninsula - (which wasn't named for the malay race but derives from the Tamil word for "mountain" - malai) they figured it would be advantageous to claim ownership of the land by dubbing it Tanah Melayu.

It was mostly a political part of various pirate bloodlines to create their own Promised Land.

abdooss said...

Dear Miya, San, Cooloc, Boleh, Yuking, Reek (though I believe you are the same person),

Malays are known for their patience, Chinese their enterprise, Indians their passion. Why can't we learn from each other and live together without anyone fanning the racism fire? (though no one will admit they are racists).

Though some of your points are correct, the others are not. But I digress. My point = this blog is not the place for you to voice your views on racism. We are focusing on the Police issue. Though I'm not a regular supporter of the Govt's policies, your vulgar views make it repulsing. Please be rational and not exaggerating.

Anonymous said...

Sebagai saorang ahli lembaga penyiasat baik lah sdra kamal jgn menulis dlm blog sehingga kes ini tamat. Ini adalah cadangan sahaja. Kalau mau tulis jugak tulis yang tak kene mengena dgn kes aminulrashid

♥Chura♥ said...

Exactly! abdoss, "they" are the same person..
Miya, San, Cooloc, Boleh, Yuking, Reek..
MORON!

kesian..kesian sangat.. anak sapa la nih..sesat kot..
biarkan je org2 tak cukup akal nih..

Miya, San, Cooloc, Boleh, Yuking, Reek.. pergi balik pergi.. mak dah tunggu tuh..
xmo nanges eh..

HAHAHAHHAHAHAHHAHAHA...

kamal fnd hashim said...

Provoke macamana pun, saya takkan melatah kerana saya rakyat malaysia sejati.

Eh, apa beza suruhanjaya, inkues dan panel ya?

Ke tiada bezanya kerana siapapun ahli jawatankuasanya, mereka tetap menjawab dengan Tuhan?

abdooss said...

Ye bapak.

Biar kita berbeza pendapat, adab sopan tetap dijaga.

Ahmed Fauzan said...

Salam...

Pada awalnya saya tidak mahu komen berkenaan isu ini...Tetapi memerhatikan keadaan anggota PDRM(yang menembak budak 15tahun tu..) yang ditahan oleh 'rakan' sendiri membuatkan saya terfikir...

Alangkah malangnya menjadi anggota POLIS...kerja bagai nak mati,gaji seciput tetapi orang ramai cakap gaji polis besar...Kerja 24jam bukan dapat claim O.T...Tetapi bila bertugas sampai lewat malam,dan jalankan amanah serta tugas,diri sendiri kena cekup...

Hentikanlah permainan politik kotor ini...jangan politikkan kes ini...kerana orang-orang politik ini la kes ni dibesar-besarkan...

Saya tidak peduli siapa yang akan jadi panel kes ni...terpulang la...yang dipilih sudah pasti terpilih...Pokoknya ketelusan perlu ada...

Cetusan said...

ayat yang mahal ""

nak menjawab depan TUHAN/ Allah.""

aman dunia bila berfikir begini sambil makan gaji sambil berfikir..sambil suap nasi sambil terfikir nakjawab yang takakan lepas2...
tiada timbul menambah CAS-CAS, lampu undur ke belaknag menyala,gear reverse, tayar berpusing2 kebelakng, kesan tanah, letak kayu besbol ker?pisau ker? benda2 yang LOGIK...

(kes ini berlaku di Afrika)

Cetusan said...

oppss
as-salam Abdooos, saya dan awak bersopan kan??? (soalan tanya).

sesekali memuji diri..

abdooss said...

:)

Anonymous said...

Salam Saudara Kamal... saya mmg minat dgn gaya pemikiran saudara...

Cuma dlm bab, kenapa ada suara menyuruh IGP letak jawatan, saya rasa sebab yg utama sebab kenyataan dia dia akhbar dan media yg mana dia kata akan hentikan semua rondaan polis kalau rakyat xpercaya pada polis.

Pada hemat saya yg tidak berapa pandai ini, sebagai seorang IGP, tidak patut dia keluarkan kenyetaan sedemikian. Itu menunjukkan dia tiada integriti dan kepimpinan sebagai seorang IGP. Wallahu'alam...

Anonymous said...

salam saudara kamal...kamu ni kaki bodek PDRM kut, kamu bercakap seolah olah polis tu tak pernah buat salah. apa polis buat semuanya betul, kalau salah pun dikira betul, kalau orang awam ada saja yang tak betulnya...macam karam sing walia juga...piiiraaaaaahhhhh

kakti said...

Al An'am:54
Al A'raf:199

Cetusan said...

as-slam kakti,

sesekali Bodek apa salahnya kan?
berbanding jadi hantu kepala hitam

kamal fnd hashim said...

biarkan si luncai terjun dengan labu labunya..

salam saudara kamal...kamu ni kaki bodek PDRM kut, kamu bercakap seolah olah polis tu tak pernah buat salah. apa polis buat semuanya betul, kalau salah pun dikira betul, kalau orang awam ada saja yang tak betulnya...macam karam sing walia juga...piiiraaaaaahhhhh

Untukmu saudaraku- Ikut rasa binasa. Ikut hati mati. Barangkali saudaraku perlu lebih banyak membaca. Itupun kalau betul berminat menjadi orang islam yang memegang amanah Tuhan dan bukannya seorang yang dikeldaikan untuk urusan duniamu sahaja.

Hidayat ke atasmu. Jangan komen kalau tak tahu bagaimana kerana hanya akan memalukan bangsamu sahaja.Itu sebab Nabi kata lebih baik diam.

kakti said...

apa salahnya?

tak berani komen...ngaji belum sampai chapter tu lagi :P

(Janganlah guna 'as-slam'.
Guna 'salam')

abdooss said...

No komen.

Nanti "contempt of court".. kes dah masuk mahkamah.. :)

ibnu marzuki al firdaus said...

PERUTUSAN IKHLAS SEMPENA HAPPY "BELATED" RACIST DAY YANG KE 41...

... PADA 2000, GENAP 10 TAHUN WA LANDING DENGAN MAS (2ND TIME NAIK FLIGHT) SEPANG DARI CHARLES DE GAULLE.

SECARA JUJUR AKU SUKA PELBAGAI BANGSA WUJUD DI BUMI MALAYA INI... CONTOH KETARA + TERKINI, LAYANAN RASAMAS (BUFET RM10/PAX 6-9 PM RABU) MIDVALLEY BETTER THAN PUTRAJAYA SEBAB ADA BUKAN meLAYU YANG BOLEH KONDEM SERVIS MEREKA JIKA HAPRAK. DI MRSM ERA (1992) PATEK PULOK, BILA ADA CINA, PERSAINGAN TERLAHIR LANTAS BUMIPUTRA MAU BERSAING SECARA SIHAT BERBANDING DENGKI NGOK NON STOP.

SO PROGRAM meLAYU BANGKIT ANJURAN Dr M BUKAN APA, HANYA UNTUK MEMBUNUH SIKAP PERKAUMAN YANG MASIH ADA PADA SESETENGAH RAKYAT KITA TERUTAMA NON MALAYS...

... SEBAGAI KESIMPULAN, HAMBA SARANKAN AGAR GOMEN MAMPU BAGI ALAUN & KEISTIMEWAAN KHAS KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG MENGAMALKAN KAHWIN CAMPUR YANG BUKAN HANYA MERAMAIKAN LAGI ANAK KACUKAN YANG COMEL2/BIJAK/SIHAT MALAHAN JUGA DAPAT MENGERATKAN SEMANGAT MUHIBAH SESAMA INSAN.

SEKIAN, HARAP MAKLUM.


YANG BENAR,

MAL +60128624623
KACUKAN YAHUDI MUKHSININ
HTTP://TAGTAG.COM/CONSPIRACY2012

*P.S. SHARE TO ALL ESP. NAMEWEE, CHE DET, ROCKY BRU WITH THE GENG

Wake UP! said...

Remaja di luar rumah di awal pagi sebelum subuh sudah tentu menimbulkan keraguan lebih-lebih lagi bila polis suruh berhenti, tidak mahu mengikut arahan polis.

Porn star at work

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis