Monday, June 21, 2010

Apa hal!!



Wajah terkini pagi tadi di Wisma BERNAMA yakni bangunan seperti yang tertera di sebelah. Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat ada program menerusi Radio 24.

Dan dalam perjalanan ke konti pagi tadi, atas jalan ada gak kenderaan yang potong simpang siur tak bagi signal langsung! Pastu, ada jugak yang bawak kereta macam jalan ni dia yang punya!

Barangkali ada yang terlupa bahawa setiap sesuatu ada masa dan ketikanya. Dan begitu juga di jalanraya. Sekadar mengingatkan bahawa pembuli jalanan bukan sahaja yang bawak macam pelesit tu tetapi kura kura pun sama gak! Eh? Halo, apa hal bawak perlahan dekat lorong laju ha?

Menghala ke Seremban untuk perbincangan program, sempat menjadi pengguna PLUS. Jalan ok, cuaca ok. Cumanya, terlampau banyak kura kura atas jalan sekarang. Amek angin ke? Ntah! Buat orang lain naik hangin adalah!!!grrrrrr!

Akhirnya sampai destinasi gak walaupun lambat coz kura kura ni. Mujur En Sofyan Dumex dan Rachel dari Columbia Asia mahu menunggu! Mujur juga yang dikejar sah tak tercicir dan yang dikendong apatah lagi ek!

Kalau tak, sah sah bila balik ke KL tadi, kura kura atas jalan kena jelingan manjaku!! ha ha ha..Eh, tapi betul ke banyak kura kura atau hanya perasaan gua saja? Atau ada katanama lain bagi spesis tertentu warga jalanraya?

Jawab jangan tak jawab!!

kamal fnd

22 comments:

FAD ARIFFIN said...

huh pagi2 memang banyak kura2 bersepah atas jalan raya. pagi2 nak pegi kerja boleh pulak bawak keta macam nak pegi makan angin. Mau taknya kita yang angin!

Unknown said...

yelah dah bawah full speed macam ceta fast and furios memang la nampak semua kereta macam kura-kura.

Tapi saya mmg setuju pasal banyak orang bawak keta slow dilaluan memotong, mereka ni kena hantar sekolah memandu balik "back to basic" , pasal laluan tu untuk memotong yakni bawak laju dari org lain tapi diaorang buat macam jalan mak bapak yg punya.siap honey moon lagi tu.

kenyalang said...

Salam Tuan,

Di sini pun bnyk pelesit di jalanraya....
Apatah lagi kura2..sama spesis labi-labi kan?..

Sabar ya..Tuan..
walau bgaimanapun wajah terkini di pic sebelah kiri tu tetap mengambarkan ke macho wan nya..he.he..he..

♥Chura♥ said...

Bukan kura2 yg sampai dulu ke sbb arnab tertido..
hik.

Siput lagi lmbat dari kura2 kot..

Yg bwk slow nih rasenyer mengalami krisis identiti.. Kompius gamaknyer..

Yg lebih tension, dia buat kiter geram + serba salah sbbnya bwk merce CLK tapi lem.. kiter yg bwk kete2 comel ni plak rase serba salah nk potong..

Zamie a.k.a Az said...

aku pun kene pagi td...kita ikut bontot dia..dh la slow..ke tgh ke tepi...rupa2nya mak datin mana tgh pasang make-up...uisshh...angin satu badan...

Cetusan said...

tak boleh komen sebab kita naik bas,

FAD komen sebab dia duduk sebelah kiri.
kenyalang salah sorg nya..pengalaman

kenyalang said...

zeq zeq jgn jelezzzz...
kamek hubby yg hantar & jemput kerja...ha..ha..lesson memandu kamek every year d renew utk emergency saja..

ngantuk kzzzzz...lah kamek sebelah..he.he.he.. jgn jelez sekali ye.

Faizul83 said...

crita pasal keta bawak lembab ni.. anggota hotspot sorang kemarin dulu xsiden berlaga dengan keta yang lembab bawak... tengah kejar peragut..... nak gi tgk la nanti...

Anonymous said...

Betul tu.. saya sangat setuju.. kalau dah tawu bawak kete slow tu.. g la duk lane kiri.. kalau duk lane kiri tu kompom takde orang nak marah..

Kes tukar lane tak bagi signal pon banyak.. memang hangin..

hardyzs 1609

XYZ said...

slm
en. kamal i'm 1 of ur fan hu3 =)
ske cra berckp kamu =)

bleh x tak wat ulasan sket hal JI.... sy tak berapa ske sgt la klu org cbe bsr2 kan hal cam ni dan cuba kaitkan islam dgn pengganas.... pada sy kita x perlu la terikut ikut ngan org2 barat suka melabel islam tu pengganas... bleh kan? hu3

permintaan dari peminat =)

Anonymous said...

salam tuan kamal..saya ni org susah yg selalu ulang balik kerja naik motor..saya nak tanya kat mana tempat kita nak mengadu kalau org bawak keta macam org gila..atau pon dgn kata lain..mat rempit kereta yg bawak secara bahaya(dok belumba sesama dia)..yg hampir2 membuatkan kita kemalangan..lepas tu tanpa angkat tangan blah macam tu je..pada masa yg sama kita nampak nombor plat dia?rasanya sbb kita masih hidup ni la kita kena mengadu..kalau dah mati mmg tak blh buat ape2 dah..mati katak je la..esoknya headline kat surat khabar (lagi penunggang motor mangsa langgar lari)kita ni ada anak bini utk ditanggung..sedangkan die lepas camtu je..hehe ape aku merapu ni?..saya nak mintak tlg tu je..ada tak nombor telefon utk dihubungi kalau terjadi macam tu..terima kasih tuan

abdooss said...

Anonymous,
Pantun orang tua-tua: Kura-kura dalam perahu, Pura-pura tak Tahu!!

Bro Anonymous, Tak payah lah susah2 buat repot kalau tak cedera parah dan motosikal tak rosak teruk. 10 tahun lepas, saya (bawa motosikal) jatuh dilanggar mat rempit di Jalan Raja Laut, KL. Walaupun tak cedera parah & motor calar saja, saya buat repot polis di Jalan Bandar, KL sebab geram jadi mangsa. Lepas 2 jam menunggu baru dapat jumpa Sarjan bertugas. Mula-mula Sarjan simpati dan dengar cerita saya. Lepas 1/2 jam, dia pusing cerita kata saya salah dan dia kata saya boleh disaman. Saya yang tak mahu bertengkar, cuma diam dan tunggu apa dia mahu. Sarjan tanya saya kerja mana? Masa tu saya kerja syarikat lelong hartanah. Sarjan kata dia sedang cari rumah banglo murah2 di Rawang/Hulu Selangor dan katanya, "kalau awak tolong saya, saya tolong awak". Saya terus balik dan sampai sekarang, kalau kemalangan kecil sahaja, saya takkan buat repot polis. Kes di atas tak selesai dan saya pun tak pernah pergi jumpa Sarjan berkenaan lagi

abdooss said...

Pengajaran dari cerita benar saya; Sabar je lah.. dan kalau kita yang bawa kenderaan, JANGAN menyusahkan orang lain.

♥Chura♥ said...

En.kamal saya ni pulak orang susah ikut musim..
hik.hik.

Cetusan said...

opps lupa nak puji kacak ceria ABANG Kamal RI ni

Anonymous said...

terima kasih abdooss(ni bukan nama sebenar kan?) untuk cerita benar tu.

sebenarnya saya rasa macam saya pernah tgk MHI atau rancangan seumpanya la waktu pagi tu..tuan kamal jadi tetamu..tuan kamal ada sebut pasal benda ni..lepas tu siap bagi no telefon kalau terjadi perkara2 macam ni..tapi saya dah lupa ler..tuan kamal tlglah reply..geram betullah dgn org macam ni.

sekarang kalau malam minggu kluar tgh2 malam pon bahaya ..banyak betul org2 tak betul bawak kereta atau motor..sampaikan kalau lampau hijau pon saya tak berani jalan ..kena tgk kiri kanan dulu..kalau lampau merah pulak tak berani nak berenti terus..kena tgk cermin belakang..takut kena rempuh.

makin teruk la disiplin pemandu2 warga kota.

Syahazli said...

Pada saat dan ketika tuan affandi memandu tu......dioarang yang kura-kura atau tuan yang pelesit??......

The Truth Hunter said...

memang ramai yang macm kura...klu sy yg bawa kereta, sy lebih suka yang macam pelesit dari yg mcm2 kura2.yg mcm pelesit dia xsusahkan sy, dia dah potong kita lantak pi dia nak jadi apa pas2, kita dah xkisah...yg mcm kura2 ni...nak je baling ngn tayar keta...kena follow je dia, tambah plak kt jalan biasa...nak potong bukan senang klu jalan sehala....

The Dajjal Crimes

Half Baked Lawyer (~_~) said...

maybe suma org kena bnykkan sabar dan bertolak ansur..

Nur Sakinah Ahmad said...

saya tak panggil kura2..saya dan suami panggil "B.A.D.I.G.O.L.S.O.'.O.T"
stp hari ada saja kereta yang kena sumpah sbb "so'ot"
(stp hari berjln 100km pergi-balik kerja)

Rosmalina said...

memandu di lorong laju pun kalau had laju 80km/jam tetap dianggap kura-kura bila ade kereta lain mencucuk bontot kereta dengan kelajuan 140km/jam. tak gitu?

Anonymous said...

Assalam...Jangan la mengata orang bawa macam kura-kura kerana kereta kita cc tinggi. Kalau kereta yang rendah cc, bawa laju macam arnab... bergegarla macam nak runtuh enjin. Jadi fikir positif dan syukur dengan nikmat yang kita perolehi. sekian wassalam.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis