Tuesday, July 27, 2010

Kisah dalam kelambu

1. Dijemput hadir acara perkara biasa dalam hidup saya. Jujurnya, adakala saya datang juga, buat persembahan terbaik walaupun dalam protes. Eh protes? Ya dan yang terbaharu, baru baru ini.

2. Walaupun hati membengkak, demi memegang amanah ilmu, saya teruskan juga seolah olah tiada apa yang berlaku walhal penonton tidak tahu yang penganjurnya belot! Ya, saya tersenyum, buat kelakar macam biasa dan penuhi tuntutan penganjur. Dan semasa itu semua, penuh sedar bahawa saya diperguna!! Tetapi kenapa teruskan juga? eh, ilmu itu dari Tuhanku tetapi marah itu dariku.

3. Sepanjang karier, 2 kali saya berdepan dengan situasi ini. Saya tahu depan bos dan rakan rakan mereka kelihatan dan diangggap hebat kerana mengatur acara dengan baik sekali. Cumanya, bagaimana mereka dapat tidur nyenyak selepas itu?

4. Barangkali ada separuh dari kita yang tidak kira bagaimana, sentiasa mahu kelihatan bagus di mata majikan, bos dan rakan tetapi tidak di mata Tuhan?

kamal fnd hashim

8 comments:

abdooss said...

Tuan Kamal,
Hadapilah kesusahan dengan Sabar & solat(doa)..

kenyalang said...

Sabar ajalah tuan kamal..biar manusia tu dengan lakunannya..Allah lebih mengetahui segalanya..

digitalspine said...

Assalamualaikum bro,

As cadangan, buat satu section kat blog.. "Project track records" buat table.. "Agensi/Company", "Tarikh terima/agreement", "Tarikh undangan", "Bayaran" sama ada "Langsai", "50%", "25%" dsb..

Mungkin diorg x de budget.. n boleh aa kengkawan yg lain tengok agensi mana yg ada/x de budget.. as pencegahan supaya org ramai x terjebak ngan company/agensi yg x de budget..

Cetusan said...

saya berada dlm kelambu.
rasa nak bagi tau jer kelambu mana yang sopan itu.
kesian dek nyamuk seekor sebuah kelambu rosak nama..

kalu bakar kelambu dek seekor nyamuk mcm tak adil pulak.
parasit seekor nyamuk dlm kelambu ini wajar di pencen kan lebih awal.

Azrul Adnan said...

kisah dengan hati..
moga semuanya ok..

♥Chura♥ said...

Yang penting jemput tu kenalah ada surat..
Cakap kat mulut je..
Sape2 pun boleh..

Pastu, cancel pun kenalah adalah surat pembatalan..

Xde la dah sampai2, kata tak jemput pulak..

Tak pun, hari berkenaan tetiba je suruh datang bercakap..
surat xde, ape tak de..

Guna dasar kenalan, kawan2, dan sedara mara..tu yg jadik gitu..

Bila susah, ada kerrrrr kenalan, kawan2, dan sedara mara ni datang bagi duit isi minyak kete..

Sbb tu pepatah ada kata,
"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.."
So berpada-pada lah buat baik..
Tak yah baik sangat..
Buat baik sangat pun kena tikam je buek po..

CheNal said...

slm,

Lumrah kehidupan yang terpaksa kita lalui . . dalam hidup nie bermacam2 dugaan dan cabaran terpaksa kita hadapi. Keikhlasan tugasan yang diamanahkan dan sanggup memaafi sesama insan akan mendapat ganjaran yg sewajarnya drp Allah s.w.t. Perjalanan dan urusan hidup kita akan dipermudahkan olehnya . . InsyaAllah.

Cetusan said...

asheu..ashue.

hah??dalam kelambu ada TIKAM???

hehheee

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis