Monday, August 9, 2010

pacal yang hina

Pelbagai karenah manusia yang dapat disaksikan sepanjang perjalanan kehidupan. Dan sebagai rakyat kecil, kadangkala terlihat serpihan penghinaan sesetengah kelompok terhadap picisan seperti kita.

Eh, kenapa?

Bila berlaku kemalangan, sesiapa pun akan cuba memindahkan kesalahan ini kepada pihak lain kan? Hujan, jalan berpasir, gelap lah, bla bla bla..Cumanya, terlupa bahawa kaki kita hakikatnya menginjak pedal minyak sampai pepat! Tak ingat yang lampu kuning tanda bersedia untuk berhenti! Terlupa yang tayar dah nampak benang!

Aib! Aib! Aib!

Samalah apabila berjanji kita mungkir. Jemput datang tapi malu nak beritahu batal atau tak jadi. Akibatnya, yang diundang telah tiba dan mahluk ini akan cuba mengelak dari dipersalah!

Saya sendiri melalui saat lacur ini. Dan yang berbulunya, kita cenderung dianggap bersalah! Mujurlah saya ada salinan sms jemputan yang dihantar. Eh, takda surat jemputan rasmi ke? Dah saya ingat nak permudahkan urusan; buat perjanjian dan pengesahan mulut kemudian faks surat. Tetapi memang ada mintak. Cuma dia tak faks pun. Dan adakah patut kerana kegagalannya setelah berbelas hari tidak menghantar undangan, saya juga hendak dipersalah?

Yang mahalnya, semua cuba diputar supaya mereka nampak benar dan suci sementara kita tetap pacal yang hina! Aneh kan?

Ini kisah saya. Anda bagaimana?


kamal fnd hashim

8 comments:

abdooss said...

Tuan KA,
Adoi! Kena lagi ke? Macam2 la perangai penganjur ni.. Sabar-sabar..

WAN ZUHA ISHAK said...

hmm... sabar aje tuan. what goes around come around.

manusia yang tak beberapa nak sedar diri mmg mcm tu. dah bg kesenangan utk berurusan, dipermain-mainkan kesenangan yg org bagi.

kalau tuan tetapkan urusan hanya melaui surat rasmi saja akan dilayan, pasti ada yang melenting susahnya nak berurusan dgn tuan.

Cantiknyapurple said...

Sentap saya baca entry ni. huhu...

Salam dari Sheffield.

Anonymous said...

Salam,
berkali2 tuan diperkotak katikkan begitu..saya masih respect tuan masih mampu tersenyum walau dalam kelat..dan mgkin amat pahit..Sabarlah.. Mgkin ada baiknya mulai saat ini segala urusan tuan buatkan keresmian..agar takde picisan2 berhati hina yg senang2 mempermainkan kita....


Salam Ramadhan...Anna_M

Anonymous said...

things always happen for a reason...if its happen too often, then something might be wrong in the way u r trying to gain profit in the name of the victim n the loss of others...i think Bala did a better job than u...u should reflect upon ur doings, if what u are doing currently is right n proper, Allah will help and smooth all the things for u...If u sway a bit, he will sent a reminder through things that happen that u might think as shit...but its Allah's way to remind u that not everything is profit oriented...sometimes u r demanding too high RM2500 for 2 hours talk??? bullshit...with all the profanities u've been using, all people remembered is that...nothing else what so ever...En. Kamal dear, please...u r not above everything, far beyond great...be humble, things will be just perfect for u...pacal or not...

♥Chura♥ said...

Hahaha..
Mr.bala pun masuk dalam cerita ni..
pasni En.Raffly pulak..

ada yg nak laga2kan protegee ngn mentor..

hahahhahahahhahahahhahahahhahahhaahhahahahhahahhahahahhahahahhahahhahahahha..


ni kena bgth Mr.Bala nih..
hahahhahahahhhaahhahahaha..
Aduh,saket perot ketawa...

Kamal fnd said...

Alah, dia tak tanya lak tang sekolah bagi pisang, persatuan penduduk salam je, or NGO bayar 100 tu! Sayangnya..

Lagi satu dia terlupa yg money back guarantee tu dah 14 tahun ada. Tak bagus, ambik je duit semula. Dan dia juga terlupa saya mesti cadangkan untuk bhubung dgn pihak lain kalau2 ada masalah..

Dan tempat yg sama panggil artis bayar puluh ribu tetapi ustaz, motivator dan penceramah berkira kira lak boleh?

Satu masa nanti, kebenaran akan terbukti.

Cantiknyapurple said...

ye ke encik kamal FND demand? kami dah 2 kali jemput ke kedah (sgt jauh,ok?), kami bermula dari account RM zero.alhamduliLLAH tak pernah berhadapan dgn karenah 'diva' dgn EN Kamal.

Emm..'kamal' lain kot...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis