Wednesday, October 6, 2010

Cekal

Sekadar renungan buat sahabat2ku semua apa yang sedang kufikirkan sekarang. Barangkali terdapat sedikit manfaat yang dapat kau pelajari buat bekal dalam hidupmu.

Ada yang beranggapan segalanya mudah untukku. Dikenali dan pasti dapat apa yang kuhajati kalau kumemohon apa apa sahaja. Percayalah, kalau ada kebaikanku itu, kalaulah ada, ia tidak mendatangkan apa apa manfaat sekali pun kepadaku sebenarnya. Seperti orang lain, aku juga perlu melalui proses dan tatacara yang sama. Dan permohonanku juga tidak berjaya bahkan!

Cuma beza kita, dirimu dalam hampa mula tertanya tanya apakah pengorbananmu selama ini tidak membawa sebarang makna sementara aku pula, kalau kalau terpaksa melaluinya lagi dalam hidup ini dan habuannya gagal yang serupa, tetap kulakukan sumbangan kerdilku kepada agama, bangsa dan negara tercinta dengan cara yang sama; tanpa cacat cela.

Anak bangsa perlu besar jiwa kalaupun terpaksa menderita kecewa kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

kamal fnd hashim

8 comments:

Cantiknyapurple said...

Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya.
TAPI, hakikatnya perjuangan bukan begitu.
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula.
Andai terluka, ingatlah janji-NYA.

~unknown~

abdooss said...

Sumbanganku cumalah sebesar kuku
aku bukan perajurit menyumbang darah apatah lagi nyawa
cuma
62 kali menderma darah
3 bulan sekali
60 beg 500 ml darah sepenuhya
2 beg 500 ml darah putih
sejak tahun 1989
umurku kini 39 tahun
itulah saja sumbanganku
buat negara tercinta

Azrul Adnan said...

~ dah lama tunggu entry baru..

semoga Tuan trus cekal mengalas tugasan..dan trs tabah mengjadapi ujian dan dugaan yang mendatang..
teruskan perjuang..trskan sumbangan tuan...tq

Rafhan said...

saudara Kamal Affendi, biar datang kuatnya rintangan, kepayahan dalam assignment mu, rakyat keseluruhannya tetap mendoakan murni usaha mu itu.. Amin.

Unknown said...

Sometimes we need to failed 1000000 times before we can succeed because that when you will appreciate your precious ones. betul tak?


(^_^)

Cetusan said...

Sedang merenung dan fikir..AMALAN belum tentu

Faizul83 said...

perggghh tq bro... ni macam peniup semangat gak la...

muhammad said...

Salam,
Betul ker nak tunang dgn lisa suraini?

IF yes, all the best....
wsalam

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis