Friday, December 3, 2010

Kench!!

JIKA ADA NAMA ATAU TEMPAT YANG DISEBUT DALAM KISAH INI ADA PERSAMAAN DENGAN NAMA SESEORANG ATAU SESUATU TEMPAT , IANYA ADALAH SECARA KEBETULAN SAHAJA DAN TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU MASIH MATI.

1. Semalam seorang kenalan nama
Soffyan Dumex(bukan nama sebenar) tel. Katanya dia kena KENCH!!FUYOO!! Dia berbincang dengan satu pihak yakni dari Columbia Asia (bukan nama sebenar) untuk mengadakan acara bengkel keselamatan wanita dengan melibatkan kamal affandi (bukan nama sebenar). Dan sepertimana dalam satu janji perniagaan, dimeterai dengan janji bahawa pihaknya akan dapat menjalankan perniagaan dengan tempat itu.

2. Selesai acara dengan jayanya, beberapa purnama kemudian Soffyan Dumex pun bertemu semula dengan pihak Columbia Asia itu untuk menuntut janji. Tapi, lain yang jadinya!!Mereka dakwa takde janji janji pun dengan Soffyan Dumex kita tadi! Loponglah Soffyan!!! Hangin satu badannnya!!!

3. Dan senak ini saya pun lalui. Baru baru ni ada pihak yang bertindak bagi pihak JPAM Johor, tel kata nak buat acara ahad 5 Disember 2010. Saya pun berusahalah mengubah acara lain semata mata nak memenuhi tuntutan masa walaupun dua acara lain itu di Lembah Klang. Tup Tup KENCH!!!Katanya, Pengarah JPAM kata dah penuh jadual. Eh, dia yang jemput kita ke kita yang suruh dia jemput kita?

4. Dan seronok baca spekulasi tentang pelbagai hal. Ada yang tergamak kutuk berapi tanpa tahu hujung pangkal!!Ada yang kata si polan si polan KENCH!!!Saya yang tahu hujung dan arif pangkal tetapi diam ini terhibur dengan keletah si pengutuk. Begini, kalau nak jadi pencacai (seperti saya), dapatkan fakta sebelum berani bercakap atau menulis sesuatu. Jika tidak, sendiri malu bilamana kebatilan kita lebih menonjol daripada kejujuran orang itu! Ahaks!!

Yang best tu, antara pengutuk2 ini kutuk sampai 7 keturunan pun takkan abis makan!! Aleh aleh hujung tu suruh si polan sasarannya bertaubat! Eh, nasihat agama rupanya!! tapi kenapa bahasanya itu kasar dan disampai tak macam tuntutan agama?Sapa KENCH sapa nih?

kamal fnd hashim

7 comments:

creep said...

manusia ni mcm2 perangai ada bro...

abdooss said...

Tuan Kamal,

Aduh, itu Hancing punya Kench!!

Ada lagi ke spesis tu, ingatkan dah Pupus!!

Sabarlah ye..

Cetusan said...

sedih terharu..terutama bab nak kensel jadual Air asia ..
kena denda tetiba jadi, tetiba tak jadi..jadi tak jadi..jadii tak jadi..tunda..

Razif Radzi said...

Dan memberi kesedihan pada yg berkobar2 menanti di darah putih (bukan nama tempat sebenar)terutama sekali pendekar Teruna (bukan nama sebenar jugak).

Ni yang hang Jebat nak mengamuk nih.

soffian (bukan nama sebenar) said...

Sabar jelah tuan. Jumpa di BP nt. your lunch will be on me. JGN lupa call sy tuan.

soffian (nama sebenar) said...

bukan sekarang ni da ramai org2 JPAM ni jd sp ke tuan? bahaya kes macam ni.

Cetusan said...

seksajuga yer swasta menual perkhidmatan kepada gomen hee..kesabaran tahap maksima

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis