Wednesday, January 5, 2011

Saat itu.

1. Al-Fatihah buat Zul Massa, Din Beramboi, Shamrin Fotograf dan terbaharu, Faizal Yusof. Kecuali Zul Massa, yang lain merupakan kenalan akrabku. Zul tak pernah jumpa pun tetapi selalu teringat padanya. Kenapa teringat? Sebab orang lain selalu lupa!

Berbanding P Ramlee, AR Tompel, Sudir dan yang lain, mereka seperti Zul Massa selalu dilupakan kerana tidak sepopular nama nama besar itu, barangkali. Dan hanya kerana itu, sangat sedikit, kecuali keluarganya sahaja yang akan mengingati. Justeru, apakah perlu kita kenal seseorang itu terlebih dahulu sebelum dapat berdoa untuknya?

2. Antara hidup dan mati itu, meminjam kata2 Pramoedya Ananta Toer dalam Keluarga Gerilya, hanya ada masa beberapa detik. Dan seketika tahun lepas, ketika terlantar di ranjang hospital, pernah juga terlintas untuk tamat bernafas. Kerana terlalu lesu dengan kondisi tubuh, mentelah jerih untuk menghela nafas, berserah sahaja langsung kepada Yang Esa.

Dan saat itu yang bermain dalam ingatan bukan perihal kematian dan nikmat dunia yang bakal ditinggal. (Saat saat sama syaitan membisikkan ketakutan kepada legasi peninggalan, kebimbangan kepada insan yang bakal kutinggalkan dan kekalutan persoalan kematian itu.) Yang berlegar dalam minda ketika itu, jujurnya sambil kutersenyum, hanya sahaja redhaku atas hidupku, matiku, agamaku dan Tuhanku.

Apakah perlu bimbang kalau Yang Maha Pencipta, yang selama ini menetapkan rezeki dan laba serta ketentuan hidup matimu, telah juga menetapkan saat itu untukmu? Bukankah Dia Maha Mengetahui rahsia kenapa dipilih saat itu? Dan bukankah Dia juga Maha Mengasihani kalaupun bekalan akhiratmu sedikit sepertiku?

Al-Fatihah buat semua yang mendahului daripada kita semua yang bakal menyusuli.

kamal fnd hashim


4 comments:

Cetusan said...

oleh itu insan tak perlu TAKUT kepada manusia berkuasa menurun kan pangkat memberi gaji atau memotong pencen...itu rezeki..
sekadar risau bukan taksub..risau bagaikan risau kena panas atau hujan ..sejuk menggigil..deman sekejap..adat laa

dan bukannya malu berhadapan dengan BASAH seolah2 takut MATI takut hilang pencen..

kamal fnd said...

humak!!lagi tinggi bacanya ni!he he

:) said...

Salam,

Dear Kamal fnd.. nice blog!

Wassalam..


Farrah Dahalan (Kapas Hantu)

Anonymous said...

Assalamualaikum Tuan Kamal,

Bila kita nak berkumpul semula di asrama TBS?

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis