Thursday, January 13, 2011

Barangkali hanya aku.

1. Sebenarnya abah, anakmu masih sayu dan pilu. Masih bugar dalam ingatanku kehilangan dan pemergianmu. Hari ini genap 13 tahun tanpamu. Dan aku masih mengingatimu..semakin nyilu merinduimu.

Kalaulah abah ada, pasti kau akan tersenyum melihat berbaloi jerihmu membesarkanku. Kalaulah abah ada, pasti aku akan tersenyum melihatmu gembira. Hanya sahaja aku masih tegar meneruskan amanahmu berhadapan dunia sebagai seorang yang perkasa sedang batinku, sesungguhnya, menangis sengsara..

Barangkali hanya aku yang mesti tabah menderita kerana dirimu dalam jagaan Tuhanku; Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Yang mendengar doa sebelum tidurku; Ya Rahim masukkanlah kedua ibubapaku ke dalam syurgaMu yang tertinggi tanpa hisab. Dan disitulah selayaknya tempatmu.



12 comments:

Rafhan said...

Sudah semestinya dia akan berbangga kerana ada anak seperti tuan. Semoga roh ayah tuan dicucuri rahmat. Amin.

Cetusan said...

cinta pada Tuhan, pada Rasul pada jihad pada Harta pada kerja pada IBu, pada ayah pada isteri-isteri pada kekasih pada anak pada cucu..

(pilih mana dua:)))

ibnu marzuki al firdaus said...

awat lagu yahudi lak? just tegur... kot2 tak perasan kah!

kamal fnd said...

Bro Khairul, minah ni kristian bukan yahudi bro. Bahasa yang diguna tu Inggeris.

Saya siarkan bukan mengangkat penyanyi ini atau kepercayaannya tetapi saya sekadar berkongsi kehebatan Tuhan yang mencipta kita.Dan sesungguhnya, Allah Maha Berkata-Kata yang mencipta pelbagai kufu, bangsa dan bahasa.

Bro masih minat lagu Madu Tiga ek?Bila makan nasi minyak kali kedua atau seterusnya, jangan lupa jemput ya? Apapun, tq bro untuk peringatan di atas.

ibnu marzuki al firdaus said...

4 madu dah...

http://www.youtube.com/watch?v=qZ9J_SW34KQ

LURZAN TAZA LIMAJ said...

encek kamal, u r my idol ;-)

mama sara said...

sayu mengenangkan mak dan abah ..bezanya saya masih punye sedangkan saudara telah tiada...bersabarlh...my fav song...

iDAN said...

...kita pun akan menjejaki mereka di sana dalam kadar waktu terdekat...

Farah Ziera said...

ENCIK KAMAL. Sy merupakan student Universiti Pendidikan Sultan Idris. ingin mengadakan 1 program bengkel @ ceramah mengenai penjagaan bayi dan kanak- kanak dan ingin mengaitkannya dengan keselamatan bayi dan kanak- kanak. contoh isu yg ingin dibangkitkan mengenai jenayah terhadap mereka. boleh sy dapat kan no telefon encik atau pun mana2 saluran untuk sy menghubungi pihak encik. untuk berbincang mengenai masa, serta byran... boleh encik email kan maklumat tersebut kpd sy.. qu3en_ziera@yahoo.com

Azrul Adnan said...

amin..

NCR said...

Amin..tersentuh bce nukilan diats. sy pon ske lgu nie..myentuh hti..=p

zurazuki said...

tabahlah hati..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis