Monday, April 4, 2011

Ada ka!!

1. Bila seseorang itu badannya berisi, cara terbaik untuk membantutkan proses itu adalah berdiet dan bersenam. Dia juga harus tahu bahagian yang mahu disasarkan turun. Contohnya, pinggang, perut dan peha. Kemudian, dia harus mensasarkan senaman terutamanya nya ke bahagian itu, kan?

2. Bila seseorang telah berhempas pulas, katalah setahun, dan akhirnya nyata beza dahulunya dan sekarang, maka kita boleh anggap dia telah berjaya. Kita harus sahaja mengucap tahniah di atas keazamannya dan kesungguhan, kan?

3. Ironinya, bila telah dimaklumkan penurunan 35% kadar jenayah jalanan, para skeptik sibuk menghentam! Terlupa barangkali lebih 32 ribu orang, yang sepatutnya menjadi mangsa, dapat dilindungi dan diselamatkan dengan inisiatif yang diambil PDRM.

4. Bukankah itu seolah olah menghentam orang yang berjaya menguruskan badannya itu? Tanpa mengucapkan tahniah (yang sepatutnya dilakukan), sedapnya mulut berkata dengan skeptik dan sinis- " alah, kau tu kurus memang dah kurus. Tapi kaki kau tetap pakai saiz kasut yang sama!".

Kalaulah pembaca ruanganku ini yang, setelah berhempas pulas bersenam, berdiet dan berusaha, turun 30kg, tiba tiba ada yang kata begitu, bagaimana agaknya responmu?

kamal fnd hashim


14 comments:

Cetusan said...

Tahniah. Badan itu, ada kemajuan.

Lemah semangat org nak turunkan lemak lagi..
Selain kaki? Apalagi yang tak berubah agaknya?

cik-bakal-puan. :) said...

erm rasa macam nak tumbuk je muka orang tu. cuba lah jadi supportive sikit. adoi!
:(

Zamie a.k.a Az said...

org mcm tu tak boleh jawab guna mulut...kena jawab guna kaki jer...

gadisBunga™ said...

salam singgah.

org macam tu patut kene bersihkan tangki septik dia sendiri.

sakai said...

respon:x sangka ,kt dunia ni ada juga org macam kau yer,,ko x nak puji,xpe,tp ko x payah keji,diam2 sudah,,huhuu

Anna said...

Manusia mmg tak pernah nak bersyukur...lebih salah...kurang apatah lagi....resam nya mmg ada yg kejenya komplen2...tp bila suh buat sendiri haram tak jadi...

ayam said...

pakai saiz kasut yang sama.
mahu pakai design kasut yang sama?
mahu pakai kasut baru yang lain?

:)

Encik Ail said...

cakap la kat org tu, "aku kecik saiz peha, bukan saiz tapak kaki"

ibnu marzuki al firdaus said...

auta jer lebih turun

Faizul83 said...

Allhamdulillah ada penurunan.... ingat time masih IO tahun 07 dulu.. kalau kat jinjang dulu, 7 hari seminggu 3-4 hari tidoq opis... anak bini pun xdan jengok.. la nak tidoq opis pun time 24jam la... tgk io sekarang pun dulu buka berbelas2.. la tak sampai 10 satu hari... ok la....

nuargto said...

Kita perlu meringankan mulut untuk mengucapkan tahniah atas usaha mereka untuk mencapai sesuatu..

Dengan ucapan ini secara tidak langsung akan merangsang mereka untuk lebih berjaya..

Jangan menyuarakan suatu perkara yang tidak disenangi oleh orang lain sekiranya kita tidak mahu berkara tersebut berlaku kepada kita di kemudian hari..

Entri Terkini Di Blog Saya:
Bagaimana Untuk Mengundi Blog Pilihan Anda??
Tips Blogging: Semak kelajuan “Loading Page” Blog Anda

onguard said...

Tahniah PDRM!

OMR (Rose) said...

cubalah letak diri kita dlm 'kasut' org lain...mampu ke kita buat mcm tu?
*i rest my case!*

T4070BA said...

Tahniah

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis