Saturday, August 20, 2011

Jumaat yang pertama.

Berdedai airmata dan sebak dada. Terik mentari seakan bantut seketika. Hanya aku di situ. Hanya aku.

Pada jumaat sebelum sebelum ini, aku hanya mampu bermenung mengenang untung nasibku. Mentelah hanya jiwaku yang bersedia dengan semangatnya. Jasadku hanya sebagai syarat sahaja.

Gagalku sebelum ini kerana tubuhku belum bersedia. Masih lagi terikat dan dibebat. Gagalku kemudiannya juga kerana musafir yang harus dalam kelongsong tubuh yang masih dipasung.

Dan baru baru ini baru kujumpa jumaatku yang pertama. Aduhai..kerdilnya aku kalau dibanding dengan kurnia itu! Saat dapat mengalirkan air ke tangan yang cedera dan berjahit buat kali pertama, aku sudah goyang jiwa. Saat dapat berdiri memulakan pertemuan itu, kaul, fiqli dan kalbiku kiblatnya satu.

Ar-Rahman! Tatkala sempurna dahi dan pancainderaku melekap sujud padaMu tanpa perlu berisyarat isyarat sahaja setelah sekian lama, mana mungkin dadaku mampu menahan hibanya! Manusia mana yang tak luruh hatinya!

Saat yang sangat kurindukan dan Kau kabulkan..Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang dapat engkau dustakan? Allahu Akbar!!

kamal fnd hashim


4 comments:

Anonymous said...

Itu perasaan normal bagi setiap hamba.. Tiada yang pelik
Harap Tuan lekas sembuh dan kembali aktif seperti sebelum

Zamie a.k.a Az said...

syukur.....

Cantiknyapurple said...

Salam. Maaf,encik kamal. sabtu lepas saya tak tahu en kamal operation. saja call tanya khabar. tapi tersilap masa pulak saya call.

Salam 10 malam terakhir.

Diyana said...

Alhamdulilah..cepat sembuh abg! :)

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis