Monday, November 12, 2012

Bacaan hati

Apa perasaan dan fikiranku tatkala terlantar di pinggir lambaian maut? Tenang..ya.. tenang seperti biasa biasa sahaja! Ahh, masakan tak memikir hal liang dan lohong? Kalau yang itu, hari hari kubelum berhenti memikirkannya dan tidak perlu sekali ini sahaja terpaksa terfikirkannya! Jujur!


Barangkali ramai yang khilaf dalam mendepani saat kematian. Ya, benar putus hubunganmu dengan semua nikmat di dunia! Tetapi bukankan itu juga bermakna kau akan temui semula insan2 yang pernah kau tangisi dan rindu pemergiannya?Subhanallah! Bagaimana engkau boleh melupakan itu?

Barangkali ramai yang lebih gusar akan bekalan dibawanya. Ya, benar patut kau khuatirkan sama ada kanan atau kiri tempatmu! Tetapi bukankah Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi? Subhanallah! Bagaimana engkau boleh melupakan itu!!!?

Mahu kau kau kalau kukongsikan satu dari perbendaharaan syurga?

La Haula Wala Quwwata Illa Billah

Setiap nafas yang dihirup bahkan mendekatkan lagi dirimu ke nafasmu yang terakhir. Tahniah jika kau masih redha dan berjaya menundukkan was wasmu.

kamal fnd hashim



9 comments:

abdooss said...

Maaf,, adakah perasaan yang sama tika jari memetik picu pistol, meragut satu nyawa satu ketika dulu? Maaf, ku tahu itu kecemasan, tapi...

kamal fnd hashim said...

Saudaraku abdooss,

Alhamdulillah, perasaanku sama sahaja- Tenang dan Istiqamah. Penuh sedar kulakukan bukan untuk mengawet nyawaku sendiri tetapi kulakukan atas nama Tuhanku.

Contohku ini terlalu jauh bahkan bukan tahapku kerana mereka lebih mulia:-

Bagaimana, pada fikiranmu saudaraku, perasaan pejuang Badar, Uhud, Khandaq ketika melalui detik yang sama? Apakah melakukan untuk memenangi pertempuran ataupun sebaliknya?

InsyaAllah saudaraku abdooss akan bertemu jawapannya.

Cantiknyapurple said...

Allah... Sesungguhnya kematian itu sebaik-baik tazkirah.

Ojie said...

Tiada siapa yg dpt mengelak, kematian adalah pasti dan ia tepat pd waktunya tidak cepat mahupun lewat walau sesaat.....

Juga akan mati,
Tudung Online

Anonymous said...

I�m impressed, I must say. Actually rarely do I encounter a weblog that�s
each educative and entertaining, and let me inform you, you might have hit the nail on
the head. Your concept is excellent; the difficulty is something
that not enough persons are talking intelligently about. I'm very comfortable that I stumbled throughout this in my seek for one thing referring to this.

Also visit my page: facebookofsex

Anonymous said...

Hmm is anyone else having problems with the pictures on
this blog loading? I'm trying to figure out if its a problem on my end or if it's
the blog. Any feedback would be greatly appreciated.


My blog: facebook of sex

Anonymous said...

With havin so much written content do you ever run into any issues of plagorism or copyright violation?
My website has a lot of unique content I've either created myself or outsourced but it looks like a lot of it is popping it up all over the internet without my permission. Do you know any solutions to help protect against content from being stolen? I'd certainly appreciate it.


Have a look at my blog ... diets that work

laila ahmad said...

Ajal dan maut terletak di tangan Allah. Masanya belum sampai. Masih ada masa untuk kita memperbaiki semua kekurangan dan kelemahan diri kita. Manusia ini dilahirkan tidak semua yang sempurna. Bersyukur pada Yang Maha Esa. Semoga dipermudahkan hendaknya.

ibnu marzuki al firdaus said...

syabas, win women award ;)

ada twitter?

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis