Tuesday, October 8, 2013

Tragedi Oktober

Hampir setahun yang lalu terlantar menahan kesakitan. Hanya sedikit yang tahu betapa hampir keberadaanku di ambang maut hatta keluarga sendiri sekalipun. Maaf kerana membisu kerana itu lebih baik. Dan seperti biasa, kalaupun jasad dah tak berdaya, senyum kuutus jua; satu buat yang mengharapkan dan satu sebagai tanda redha.

Ya benar rawatan itu berjaya. Cuma berjaya itu tidak ku jelas dari sudut mana kerana khuatir yang menerima tidak mampu menahan hakikatnya. Begini, ia berjaya mengeluarkan diriku daripada zon risiko maut secara mendadak. Ia berjaya menghenti pendarahan dalaman yang lebih bahaya untuk terjadi. Dalam lain makna, AVM itu masih ada tetapi stabil.

Bulan2 selepas itu, melonjak diri memaut semangat yang masih bersisa. Banyak yang terjejas dari segi fungsi dan guna. Mata silau dek cahaya, tubuh pantas sahaja lesunya, kulit yang tak sensitif haba. Bahkan ketika mandi, pancur air yang suhunya paling tinggi pun bagiku suam suam sahaja! 

Menginjak setahun, imbangan badan memejam mata merupakan satu siksa kerana aku tidak mampu kini melakukannya. Kalau sebelum ini itu gampang sahaja. Dan sekarang pula, ketika kutitip nukilan ini, kaki kanan dan telapaknya sudah hilang deria.

Masih gagah melunaskan undangan yang diterima, tak siapapun akan menyangka cacat dan cela itu semua. Ku sembunyikan segalanya dengan tekun dan usaha. Tak sanggup menghampakan kepada yang mengharap programnya berjaya. Cuma, kalaulah kau tahu deritanya..

Bukankah lebih baik kau berehat sahaja? Bukankah semakin kau aktif semakin bahaya pada nyawa? Ya, benar. Cuma, aku harus mencari biaya perubatanku. Umum tidak tahu setiap bulan rawatan pemereksaanku besar belanjanya. Bahkan ada yang menyangka sumbangan pernah kuterima masih lagi bersisa dan mencukupi. Dan kini setahun genapnya, rawatan ulangan AVM yang sama akan kulalui semula kerana komplikasiku serius rupanya.

Pernah ada, yang menyangka aku sebutir permata negara, menulis kepada Yayasan Kebajikan Negara kalau2 mereka boleh membantuku. Jawapan diterima -Dukacita..Hakikatnya, aku hanya serpihan kaca. Dan kerana itulah, kerana tidak mahu membebankan sesiapa, aku tidak berehat atau betah menolak undangan saudara saudaraku itu. Biar mati mencoba daripada mati meminta minta.

Alhamdulillah aku masih punya jiwa.

Kamal Fnd Hashim

13 comments:

Fazlina Ridzwan said...

semoga tuan cepat sembuh...kami sekeluarga doakan kesihatan tuan...

Anonymous said...

Teruskan perjuangan, jgn mengalah dengan ujian yang sedikit dari Allah SWT..sakit itu adalah penghapus dosa2 kecil...semoga En Kamal sembuh sepenuhnya dan terus berkhidmat untuk anak bangsa yang masih memerlukanmu....


Maizura Md Ismail
Jelutong, Penang

Anak Kota said...

semoga Tuan tabah dalam menumpuh Dugaan dari Nya..Amin

Hamba Allah said...

Salam tuan. Semoga tuan cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi dugaan yang hebat ini. Maafkan saya mencelah, kenapa tidak tuan pergi ke hospital kerajaan yang rata-ratanya mempunyai kemampuan dan teknologi yang hampir sama tetapi dengan kos rawatan yang lebih murah. Apa-apa pun, saya doakan semoga tuan cekal dan tabah mengahadapi dugaan ini...

Anonymous said...

Sy tidak mengenali Tn tapi sy biasa mlihat Tn bg ceramah motivasi mengenai jenayah terhadap kaum wanita di kaca tv.
Tak ramai orang mahu berbicara seperti tn.Sy doakan tn cepat semboh,tabah dan sabar hadapai dugaan dari Allah.

Anonymous said...

Salam tuan, walau berat mata memandang dan juga berat lagi bahu yang memikul, saya dapat rasakan tuan memang seorang yang kuat semangat... saya mendoakan kesejahteraan dan mohon Allah ringankan apa yang tuan alami kini. Semoga apa yang pernah tuan laksanakan dalam kehidupan ini menjadi pembakar semangat untuk terus bertahan dan tidak mudah mengalah. sekali lagi saya doakan semoga tuan sihat seadanya.

Cantiknyapurple said...

Syafakallah sahabat! Moga ALLAH permudahkan jalan dari setiap sudut.

Anonymous said...

tuan, mahu cuba perubatan islam? insyaAllah membantu.boleh telefon encik mat 019-2206864.

Anonymous said...

Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk tuan. Tuan beruntung mempunyai sahabat seperti tuan Mazidul, tuan dilihat senantiasa didalam hati nurani nya. Jazakallah

kamal fnd hashim said...

Hospital kerajaan menawarkan open skull surgery, embolisation dan radio. Kerana lokasi avm ini, OSS risikonya saya lumpuh sebelah badan, embolisation hanya untuk menutup saluran atau radio risikonya saya perlu belajar berjalan, bercakap, membaca yakni seperti bayi semula.

Pilihan yang tinggal adalah di Hospital Beacon dengan peralatan terbaik di rantau ini dan kos yang rendah circa 40K, SJMC kalaupun tiada peralatan secanggih itu tetapi kosnya 100K atau UK dengan kos 150K.

Sekarang ini avm mengecil sedikit dari 25mm ke 18 walaupun width 17mm n lengthnya 27mm tiada perubahan. Yang terkini, selain avm itu, adalah saiz bengkak pada tisu otak kelilingnya yang membesar dan mendatangkan komplikasi.

InsyaAllah saya akan terus waja kalaupun sedikit menderita. Terimakasih kepada yang mencadangkan kaedah lain dan turut mendoakan saya. Jazakallah.

Unknown said...

syafakallah tuan kamal..terlalu kerap melihat tuan dikaca tv dan terlalu bnyk jasa tuan trutama kpd kaum wanita. semoga cpt sembuh..stay strong..terlalu sedih mendengar kisah tuan jatuh sakit kerana saya mmbesar dengan mendengar kata2x dan melihat tuan di kaca tv.

Unknown said...

setahun yang lalu pada tarikh hari ini..
semoga panjang umur...
semoga senyum tak layu...

http://ekspresimunira.blogspot.com/

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis