Friday, June 20, 2008

Nukilan buat Abah

3.30pm

" Airmataku menitis terkenangkanmu
Terlalu sayu di hati bila kau jauh..

Dan aku masih menunggumu..
Dan aku masih menantimu
walaupun kau disana jauh dariku
namun doaku kan tetap bersamamu.." (Julfekar/Farawaheeda)

Entah kenapa Jumaat ini sayu. Dan setiap Jumaat, pada mentarinya yang terik, hati ini bagai di carik. Kalau pilunya barang segenggam dua, barangkali Adam ini betah bertahan. Kalau sayunya barang sejengkal dua, lelaki ini pasti masih boleh ketawa.

Cumanya, pada setiap wujud Jumaat, kalbu ini pasti teringat Abah. (Hari hari lain juga begitu sebenarnya. Cuma hari Jumaat adalah kemuncaknya). Hanya sahaja ada kulit di badan; nescaya terlompat rinduku mencarinya. Noktah.

Tinggal 5 hari sahaja lagi sebelum Aidilfitri 1998. Lebih tepat lagi Rabu, 13 Januari. Waktunya 12.27 tengahari. Saat itu abah tamat hayatnya.

Hanya 16 jam sebelum itu, selepas berbuka puasa, tangannya yang sedikit kedut itu kucium sebaik ketemu Abah. Santai sahaja Abah bersandar di bangku kayu wadnya di Hospital Seremban.

"Abah dah ok ke?"
"Dah boleh tendang bola dah", jawab abah.

Dan kami ketawa. Sedikit tidak tersangka, itu tawa terakhirku bersamanya. Langsung tak terlintas. Sumpah!

15 minit bersama, lelaki itu banyak bercakap tentang raya. Kisah persiapan dan sebagainya. Juga minta bantu angah (abangku Johari Affandi yang 2 tahun selepas itu menyusuli Abah).

Kemudian itu, jam 8.16 malam, sebaik kumohon diri kembali ke Kuala Lumpur (kerana ada perkara yang perlu dibereskan), abah bersuara;-

'Duduklah sekejap. Sekejap je lagi", separuh rayu separuh rintih bunyinya. Ada pilu ada rindu dalam suaranya. (dan aku masih tuli pada ketika itu). Sekonyong Abah berbicara tentang esoknya dan minta singgah awal kerana dia juga akan balik bersama. Jangan malam tapi petang, kata Abah. Kemudian, kami berpisah.

ESOKnya.

1245pm semasa sedang memandu di Shah Alam dengan menjangka untuk bersiap pulang lebih awal, kak teh berada di talian. Mal, mak baru je sampai rumah Hospital dah telefon. Diaorang mintak keluarga datang segera!Kenapa kak teh? Tak tahu. Mak nak pergi ni.

130pm. Hospital Seremban.

Sebaik melangkah masuk wad, kepada soalan yang terpacul dari mulut ini," Sister. Mana bapak saya Kak?", Jururawat itu cuba menyuruhku duduk. Baru sahaja dia cuba berkata "sabar dik. Bapa..", mulutku memansuhkan jawapannya dengan," saya tahu bapa saya dah meninggal. Di mana jenazahnya?". Dan masa seakan terhenti.

Ruang itu menjadi sunyi tanpa abah. Bukan langitku sahaja runtuh tapi jiwaku juga runtun. Baru semalam sahaja kita berjumpa dan abah masih ada; dan kita menghirup udara yang sama. Baru semalam saja kita ketawa bersama.

Abah, selama hayatmu aku sengaja terlupa mengucapkan bait bait kata sebentar ini nanti untukmu. Maafkan aku kalau sememangnya sepanjang hidupmu kau menantinya singgah di cupingmu. Ampunkan aku kalau kalau kau juga sebenarnya rindu;-

"Selamat Hari Bapa".


Dan aku masih merinduimu..



9 comments:

laili said...

Salam...
Sayu....
Semoga roh bapa Tuan Kamal dicucuri rahmat.
Syurga tempatnya bagi anak soleh yg sentiasa mendoakan kedua-dua org tuanya...
God bless u...

Anonymous said...

terus terang,saya xperna sambut hr bapa atau hr ibu...dat all words..like,i luv u dad,or i luv u mum blum perna kluar dr mulut saya...xtau laa, malu ataupun ego bcoz xnak dicap sbg bdk manja nanti...i guess i never change maybe..mr kamal,what u rite dis time really blow me away..

Anonymous said...

Thanx laili.

Leezaanza, while you have time, NOW, go and say that to them. Otherwise, the sadness will remain in you forever.

Anonymous said...

salam.. as for me, saya memang x dok ngan parents since darjah 3. dok ngan kakak dan abg sbb parents dah pencen dan duk bekerja sendiri di kampung. jd jumpa pun hari raya dan hari2 yg diorang rasa free nk jenguk kami kat KL ni.. tp ayah sy mmg garang.. ntah kenapa.. dah tetua ni pun bengis lg. jadi sy lebih rapat dgn mak saya lah.. skrang dia selalu sakit2. gi spital xnak. jd dia la ni gilir2 duk umah ank la.. kami anak2 dia selalu doakan dia ubah panas baran dia tu.. Allah sj yg Maha Mengetahui dan Allah sj yg Maha Berkuasa.. Amin.

Dalam Dakapan Ibu said...

Bergenang airmata membaca nukilan ini. I still have my parents. Though I'm closer to Mak than to my Ayah, I love them the same....

Anonymous said...

err....lamanya menghilang.... apsal dah lama tak update ?? Sibuk ?..atau tak sihat ??

nurdaniella said...

rasanya kita senasib, cuma masa ayah pergi, saya baru 10 tahun.. masih belum berapa pandai lagi nak mengerti erti kesedihan.. pemergian ayah merapatkan saya dengan emak.. syukur emak masih menemani hidup saya hingga kini.. dan saya berdoa usia emak sepanjang usia saya...

Anonymous said...

Ni kali pertama saya masuk web encik kamal. Bagus. Informatif.

Saya mangsa dera fizikal+mental oleh abah saya masa kecik! skrg masih didera, perasaan. sudah setahun tak balik kg, takut dikejar parang. ya serius, bapa saya baru je kejar org dgn parang beberapa bulan lepas. Bagaimana saya mahu melayan bapa yg sebegini?

Saya teringin nak punya perasaan macam encik kamal, tapi apakan daya...

iedasa said...

wahh.. syahdunye bace time bebulan pose ni. huu.. so far xde mslh nk wish kt mak or ayah slmt hari bapa or ibu. cuma dr segi cakap serupa bikin ada kureng sikit. he.. cakap sayang kat mak ayah tp.. ha.. sendri mau tau la..uhuk..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis