Tuesday, July 15, 2008

hari ini dalam sejarah

15 Julai 2008

MONOLOG 1

Semalam di Radio 24, berpusu pusu pemanggil kerana topik yang saya bawa adalah- perlu atau tidak sekatan jalanraya? Puhhhh, berkelip kelip lampu di talian dan Shima tak menang tangan menjawab! Macam macam versi ada walhal ada pemanggil yang kontra dengan kenyataannya sendiri!

Saya hanya memerhatikan bangsaku dengan reaksi mereka. Ada yang setuju, ada yang tidak. Ada pula yang setuju bersyarat! Eh, ada syarat pulak eh? Hmm...tak apalah.

Cumanya, ada yang nakal bercakap dengan emosi. Yang saya minta adalah rasio tapi yang kedengaran,kecuali satu dua, rata ratanya emo!

Dan ini membawa saya kepada perihal sejarah. Apakah kita terlalu santai sehingga terlupakan negara ini di bena atas darah dan keringat tok nenek kita? Atau adakah kita terlalu selesa hingga hal keselamatan perlu dilihat dengan kaca yang berbeda?

Tak kesahlah kalau nak mempunyai ideologi politik sekalipun. Cumanya, perlu lihat semua dengan akal yang tajam. (Barangkali ada yang terlupa saya juga termasuk di dalam orang orang yang terperangkap di dalam kesesakan itu).

Saya lihat pengulangan yang sama. Bila berlaku hal seperti ehwal keselamatan, masing masing akan mempunyai pendapat tersendiri. Tidak kolektif sebagaimana sepatutnya. Bila isu misalnya rogol, semua pakat bercakap itu dan ini. Bila reda isunya, semua diam tak terperi.

Tidakkah terdetik waima sebesar zarah sekalipun bahawa yang perlu kita duduk dan lihat adalah persamaan dan bukan perbezaan? Kenapa kita perlu apertheid (Afrikaan word; selective development) dalam penceritaan keselamatan?

Hmm..bangsaku bangsaku...

Teringat saya semalam juga lewat jam 1035pm, hantar sms kepada Dato' Noraini. Dah tabiat saya bila ada ruang waktu, akan cuba bertanya khabar menerusi sms kepada ramai. Hajat hati sekadar bertanya khabar dan reaksi. Kebetulan dia baru balik dari parlimen. Penat giler katanya seharian di Parlimen. (yang giler tu saya tambah untuk sedapkan cerita sahaja. Maaf D Noraini ek?)

Lalu saya hantarkan sms kepadanya- Penat dan lelah itu adalah makanan pejuang bangsa sementara khianat dan helah makan petualang bangsa.



MONOLOG 2

Hari ini pasti akan jadi sejarah. Kenapa? Iyalah. Bila masa berlalu dan matahari melabuhkan tirai siang seraya menyingkap langsir malam, pasti hari ini akan jadi sejarah. Kan sejarah itu peristiwa semalam?

Barangkali hari esok, kita bakal menghirup udara yang sama; bugar dalam angan angan atau angau yang dalam bagi sesetengah dari kita. Cumanya, kita terlupa - setiap nafas yang kita tarik sekarang hanya mendekatkan kita kepada nafas terakhir; percuma.

Dan hari ini, mataku terpandang Pandian di restoran bawah ofis ini. Ceria kalaupun dalam rindu yang teramat kepada anaknya yang sudah 7 tahun tidak dijumpai. Kerana apa? Dia sedang cuba mengiyakan kehidupan anaknya yang nun di India.( Barangkali supaya sejarah hidup anaknya tidak sekelam dirinya)...

Nah, cuba kalian lihat betapa besar pengorbanan seperti itu. Namun, setiap pengorbanan sebenarnya memerlukan kesanggupan yang tinggi. Dan selalu saya terapkan kepada massa; bukan usaha yang menjanjikan kejayaan tetapi berapa jauh pengorbanan yang sanggup dilakukan.

Cuba sekali lagi kalian menoleh ke dalam diri sendiri. Adakah semalammu buruk dan busuk atau semalammu penuh nikmat? Kalau iya, apa salahnya memperpanjangkan nikmat itu kepada yang lain?

Bila malam ini kita menutup kelopak mata, apa janjinya esok ia pasti terbuka?

(Berusahalah untuk mencatatkan sejarah. Bukan untuk mencacatkan sejarah.)

Kamal Fnd Hashim


7 comments:

nurdaniella said...

setuju atau tidak jika saya katakan bangsa kita sekarang ini sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang, kuasa dan kedudukan??? tidak kisahlah jika ideologi politik mereka kotor ataupun bercanggah dengan kehendak rakyat, asalkan mereka memperolehi apa yang diingini.. apa salahnya di dalam keadaan seperti sekarang ini, mereka semua berkorban ideologi untuk bersama-sama memperjuangkan kepentingan rakyat??? saya bencikan mereka yang seperti ini.. bercakap seolah-olah semuanya di hujung jari.. petik sahaja, apa yang diingini pasti diperolehi.. entah bila kita akan mengecapi keamanan yang benar-benar aman...

Anonymous said...

kita semakin kejam..

abcd said...

no komen.. ari2 bace RPK..zul4kulim..rockybru..niamah..etc..dan nilai sendiri aper sebenarnye yg impossible dan unsangkarable boleh jadi possible di Bolehland ni..hidup anwar!!! (Sorry..terkeluaq tajuk)

laili said...

Salam...
Saya sokong kak jude...
hidup anwar!

Anonymous said...

dah jadi medan politik pulak dah...

Beginilah, kita bukan nasionalis atau politikus. Lebih baik kita selamatkan nyawa manusia dari bercakap tentang hal yang kita dangkal.

Fireroll said...

saya sokong en kamal...
huh...

ilyAqila90 said...

sokong abg gak!

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis