17 Ogos 2008
Di situ aku berdiri kaku. Di situ aku berdiri lesu. Bahkan nafasku juga sebak dan dadaku mula sesak. Hanya ada aku yang berdiri dengan pilu.
Hampir setahun kakiku tidak menginjak tanahmu. Hampir setahun kau juga (barangkali) tidak melihatku dari peraduanmu. Cumanya, sebahagian darimu terus bersama detik jantung.
Hari ini, Tanah Perkuburan Islam Kg Melang Tengah masih sepi. Berceracak nisan yang tidak pernah kurang. Dan di bawah pohon tembusu, di situlah pusara Abah. Monumen seorang lelaki yang tabah dan menjadikan aku begini.
Entah kenapa Abah, seminggu dua ini aku begitu rindu padamu. Barangkali kerana aku semakin jauh sedangkan kau tentunya tidak kemana mana; tetap di posisimu. Barangkali juga kerana aku cuba menduga apakah kau kini bahagia atau sengsara?
“ Tampar kang berdamar!”- kata kata yang suatu ketika dulu ku benci tapi kini ku rindu sekali!!(Aneh kerana cumanya ia tidak pernah kau lakukan. Dan hanya aku yang berburuk sangka.)
Benar kata pendeta, kuburan menghasilkan seribu kenaangan. (Cuma bagiku, kuburan juga mendatangkan kerinduan…) Dan aku masih berdiri cuba mengumpul kata kata..
Dan lelaki ini buat kali pertamanya punya kekuatan melafazkannya. (kalau kalau kau bisa mendengarnya, hadirlah kalaupun sebentar dalam mimpiku malam nanti ayahandaku)
“Abah, ini anakmu kamal Affandi. Kamal jugak sayang abah sebenarnya”
Dan mataku banjir .
(menangis bukan kerana tiada redha atas pemergiannya tetapi kerana sifatku sebagai manusia)
- Ya Allah, masukkanlah kedua ibubapaku ke dalam syurgaMu yang tertinggi tanpa hisab
Kamal fnd hashim
Sunday, August 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Amin....
Itulah doa yang sebaik-baiknya bagi anak yang soleh...
Lelaki ini..
Salam,
Seringkali seseorang akan hanya dihargai selepas dia pergi Namun sebagai anak, setiap saat doa dan amal solih kita di nantikan oleh ayah & ibu yang telah pergi buat bekalan menyinari alam mereka yang amat "sunyi" dan "sepi".
Post a Comment