Thursday, August 21, 2008

Semalam bermula akhirku..

20 Ogos 2008

Masihkah aku dalam ingatanmu
atau telah kau padam segalanya
sedang kau tertawa penuh gembira
aku masih begini sahaja..

Masakan aku dalam nafasmu
yang penuh leka dalam dunianya
sedang kau hidup di alam nyata
aku di sini terlantar merana..

Semalam bermula akhirku
lesu pilu ranap impianku
roboh sudah makna kehidupanku
diragut durjana tak kenal siapa

Semalam berakhir mulaku
roboh runtuh istana muliaku
berkali cuba kumenolaknya
ternyata hanya sia sia..

Hanya ini pintaku
sesaat sahaja setiap masa
kenanglah aku dalam doamu
hilangkan rindu dalam diriku..

Buat rakanku dan keluarga
izin kupergi dalam redhamu ya...


Buat permata hatiku NURIN JAZLIN JAZIMIN yang hilang pada 20 ogos 2007;-

Ini tahun pertamamu adik dan aku masih belum gagal mengingatimu. Airmataku masih jatuh dan tersimpan buatmu. Ya, aku redha dengan ketentuanNya.. cumanya aku juga manusia..


kamal fnd hashim

7 comments:

laili said...

Salam...
Alhamdulillah... masih ada insan yang mengingatinya,
Kewajipan seorang muslim ke atas muslim yang lain iaitu lima perkara : menjawab salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.
Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Anonymous said...

Saya sedih dengan apa yang berlaku ke atas adik Nurin.

Kini bapanya mahu menyaman pihak polis kerana gagal menangkap penjenayah tersebut setelah setahun berlalu.

Bapanya turut meminta permohonan maaf terbuka dan pampasan terhadap pengedaran gambar bedah siasat Nurin.

Saya rasa dia memang patut berbuat demikian. Masyarakat perlu bersuara untuk menyedarkan pihak berkuasa yang leka.

Anonymous said...

kita hanya menghargai sesuatu apabila ianya telah tiada.

nurdaniella said...

tapi kenapa bapa nurin mengambil masa yang terlalu lama untuk mengambil tindakan??

Anonymous said...

kita menghargai sesuatu bila ia nya sudah tiada..

tetapi apakah kita akan sentiasa mengenang dan menjadikan ia iktibar bila apa yang terjadi sudah pun terjadi..

apakah kita akan sentiasa mengenang atau mengambil ia sebagai suatu iktibar dan teladan..

jadi apa yang trjadi jgn biarkan ia tinggal hanya sebagai kenangan atau suatu kisah yang hanya wujud dalam memori silam kita,tapi kita sama2 terus mengenangnya dan menjadikan ia sebagai suatu iktibar,sempadan dan menghargai apa yang kita ada dan pernah ada..

"kita belajar menghargai sesuatu sebelum ia nya tiada,kita belajar sesuatu dari kesilapan dan kelemahan kita sebagai manusia,TUHAN sentiasa menguji hambaNYA dan TUHAN bukan menguji sesuatu tanpa mendatangkan hikmah kepada orang yang diuji,bahkan kepada semua hambaNYA yang ada di dunia ciptaanNYA ini"

Dalam Dakapan Ibu said...

Salam,
Sudah setahun berlalu, tapi amat menyedihkan kerana belum ada update dari pihak berkuasa....

AlFatihah untuk adik Nurin...

Darling Pya said...

abg kamal,
mcm mana sy nak contact abg kamal ek...saya ada hal nak tanya
quite urgent...
pls...

tq

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis