Friday, August 15, 2008

Tamat Berkabung

15 Ogos 2008

Hari ini genap 30 hari saya tidak mencatat apa apa di blog ini. Tentu ramai yang bertanya kenapa? Mudah. Saya dapati dalam blog dan juga chatbox saya ramai yang bercakap soal politik.

Kalau nak bercakap soal politik, ini bukan tempatnya. Carilah blog blog lain. Blog ini soal harga nyawa manusia tak kira siapa. Saya muak dengar sembang politik. Saya muai dengar cakap cakap berdegar degar tu. Hapah tak jadi apa pun.

Jadi, ambil iktibar dan peringatan ini ya. Kenapa?

Ini soal prinsip. Sedang yang lain leka mempertahankan hujah dan perjuangan peribadinya (supaya tidak terbantut cita cita dan kepentingannya), saya masih juga bermandi keringat dan darah berseorangan dalam perjuangan menyelamatkan nyawa.

Zaman oh zaman..

Ramai yang berkobar kobar panjat tiang dan pokok memasang bendera, bercakap soal maruah bangsa, agama dan negara sedangkan dalam hatinya lain bicara. Semua nak jadi ketua dan juara. Dan adik adikku masih diratah tubuhnya oleh haiwan biadap terhadap bangsanya sendiri...

Kalaulah ada yang kuat dan tegap( memanjat pokok kelapa memasang bendera pilihanraya), di manakah dia semasa Nurin Jazmin Jazimin merintih diseksa? Kalaulah ada yang bijak laksana(bercakap konon mengangkat martabat ekonomi bangsa) dimanakah dia semasa si tua 73 tahun Asiah Pandak (masih lagi menoreh getah sepanjang hayatnya) dihempuk kepalanya seraya dirogol bunuh?


Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?


kamal fnd hashim

11 comments:

anne said...

En Kamal mungkin tersalah tafsir. Memang sesetengah orang hanya mencari nama, pangkat dan kuasa semata-mata. Tetapi tidak adil untuk kita menyalahkan semua orang di dunia ini hanya kerana seekor lembu membawa lumpur, habis semuanya terpalit.

En Kamal tidak keseorangan. Masih banyak badan-badan NGO, persatuan dan kelab yang mengambil berat isu-isu jenayah. Polis juga satu badan membasmi jenayah.

Mungkin kerana penat dengan kerja atau marahkan seseorang maka En Kamal berkata demikian. Atau mungkin juga En Kamal merasakan diri terlalu penting untuk masyarakat sehingga lupa bahawa orang lain juga mengambil berat isu jenayah ini.

Saya rasa setiap kali jenayah seperti rogol dan bunuh berlaku maka pihak berkuasa akan menyalahkan orang ramai sedangkan itu sebenarnya adalah tanggungjawab polis dan orang ramai hanya sekadar membantu.

Setujukah En jika saya katakan bahawa sikap polis yang tidak pernah mesra dengan masyarakat di bawah jagaan mereka menyebabkan jenayah semakin berleluasa??

Anonymous said...

Sepatutnya dah tidak ada lagi lembu yang membawa lumpur.

Saya berpijak di bumi nyata. Saya tak rasa diri penting. Saya dah berjumpa ratusan hipokritis dan politikus.

Bila jenayah berlaku, semua lihat Pihak Berkuasa. Bila kena kencingmanis dan darah tinggi, kenapa tak salahkan doktor tak ronda rumah ke rumah?

Bukan masalah Polis. Dah kita pun tak pernah nak kenal mereka kecuali masa sakit dan cemas je.Macamana nak mesra?

Anonymous said...

En terlalu agresif.. Hahaa..
Memang membasmi jenayah itu tanggungjawab bersama, tetapi masyarakat telah melantik dan memberi kuasa sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan tanggunggjawab ini.
Sebagai seorang bekas anggota polis, sudah pasti en memihak polis.

Anonymous said...

Salam,
Saya sokong sepenuhnya 100% kenyataan En. Kamal. Kita tidak harus leka permainan politik masa kini. Hanya untuk memuaskan cita-cita masing-masing. Yang perlu ialah perpaduan bangsa, pengukuhan agama, masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Itu yang perlu kita buat sekarang

http://malim-muda.blogspot.com

Anonymous said...

Ada satu hadis yg bermaksud
"Tidak datang satu tahun melainkan bertambahnya kejahatan & berkurangnya kebaikan"
Semakin tua usia dunia bermakna semakin hampirnya hari kiamat. Semakin banyak kejahatan yang melata di bumi.

Anonymous said...

Saya memihak pada POLIS ya? Ha ha..saya berpihak kepada kebenaran sebenarnya.

Saya bias kepada polis ya? ha ha..saya juga membayar saman lalulintas dan tak pernah buat rayuan kurangkan kompaun walaupun saya kenal semua dan telah pernah bekerja dengan PDRM.

Speedtrap? Ya, saya juga ditahan dan di saman. Beratur untuk bayar? ya, saya juga masih beratur.

Oh ya, saya juga rakyat malaysia seperti anda dan saya adalah sukarelawan sepenuh masa tanpa gaji, tanpa elaun membantu membasmi jenayah.

Anda bagaimana Anonymous?

Fireroll said...

en. kamal ni bagus la...
saya rasanya memahami situasi tersebut...
walaupun polis ini dilantik dengan tanggungjawab begitu, tidak bermakna masyarakat akan terlepas tanggungjawab begini sepenuhnya...
fahamilah...

p/s: saya terlibat sebagai urusetia majlis pelancaran rakan cops peringkat IPPD kajang dan UKM pada 24 Ogos 2008 jam 8pg - 12 tghari bertempat di dataran gemilang UKM Bangi.

laili said...

Akhirnya Tuan Kamal kembali...
Saya hormati pendirian dan prinsip tuan..dan saya setuju dgn fire.
Masih ada insan atau masyarakat di luar sana yang menghargai keringat dan pengorbanan tuan...tapi mungkin mereka tidak menonjol atau tidak mahu menonjolkan diri.
Masih ada lagi insan yang mengikuti perkembangan tuan..
bengkel,
klinik,
program tv atau radio,
lalu menghebahkan maklumat kepada rakan-rakan, jiran dan saudara mara...
menekankan bahawa pentingnya menyelamatkan nyawa...
Tuan tidak keseorangan...

nurdaniella said...

saya sokong encik kamal.. dah muak rasanya dengar janji2 kosong yang di tabur.. bila dah dapat kuasa, seribu satu alasan pula untuk menunaikan segala janji... akal dan kewarasan perlu untuk memilih pemimpin yang benar2 boleh memimpin.. sewajarnya melayu bersatu untuk terus menjadi pemimpin.. ketepikan segala kepentingan untuk kuasa dan kedudukan semata2.. pentingkan rakyat jelata demi ketuanan melayu..

Anonymous said...

Apa yang encik katakan itu semuanya membuktikan en mempunyai pendirian tentang apa yang diperjuangkan dan apa yang di kejar dalam hidup. Saya kagum jugak la..

Saya masih belajar dan apa yang saya katakan (en memihak polis, dan tidak salah masyarakat menuding jari pada polis bila jenayah berlaku) adalah berdasarkan apa yang saya pelajari dan pembacaan saya.

Kadang-kadang polis bertindak terlalu agresif hingga masyarakat hilang kepercayaan dan bertindak diluar batasan untuk mencari keadilan.

Ntah, malas pula nak menulis, kerana saya rasa en akan terus mempertahankan pihak berkuasa dan saya akan terus mempertahankan masyarakat. Huhuhu

ilyAqila90 said...

adik sokong abg...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis