Thursday, December 18, 2008

Mat kucing lagi?

Gempar dan terkejut semua bila seorang lelaki melarikan seorang kanak kanak perempuan baru baru ini. Maka berduyun duyunlah yang keluh kesah dan gelisah; bimbang terluka lagi..KONONNYA!!

Apa sebenarnya dalam fikiranmu?

a) jangan kena anak/cucu sendiri.
b) kenapa tak tangkap tangkap lagi.
c) menyusahkan sahaja kerana sekarang terpaksa menjaga keselamatan anak sendiri!

Nah, saksikanlah!! Ramai yang mengeluh kerana semua asbab di atas.

Mana mungkin seorang bapa dan bonda mengeluh hanya kerana terpaksa menjaga anaknya sendiri? Takkan penjaga waima ibubapa menganggap menjaga anaknya sendiri suatu yang menyeksa? Ah, karut!!

Jawapan untukmu;-Eh, ini biasa biasa saja; kerana bapa terpaksa pulang awal dari kerja (dan membatalkan rancangannya untuk bermain karom di pejabat), kerana ibu yang terpaksa mengikut jejak anaknya ke taman permainan dan mana sahaja ( dan terpaksa membatalkan dirinya menonton sinetron dan drama), penjaga yang kini mandatori melihat, mengambil dan menghantar anaknya ke sini sana (dan terpaksa membatalkan hasratnya untuk berguling guling di lantai sahaja).

Barangkali tersalah baca atau sekadar pandangan peribadi; semuanya alasan yang mansuh dan lusuh belaka!

Di mana nilai anakmu di matamu sendiri? harta pusaka atau bebanan sahaja? Atau, berbanding Mat Kucing, kamu yang sebenarnya lebih berbahaya?

kamal fnd hashim



8 comments:

Anonymous said...

manusia zaman sekarang...reti buat anak...jaganye xberapa reti...xpun mungkin ada sifat mementingkan diri?xpe...anak boleh buat lagi...maaf kalau berbaur lucah..terkadang nampak skang dah macam tu..

realiti hidup...bila kes bangkit semula...semua kecoh buat huru hara tunjuk simpati dan usaha mengambil berat...lama2 senyap balik...lupa balik...macam air pasang surut kan?

Anonymous said...

Salam,
Agaknya sekarang baru diorang tersedar, terjaga dari tidur.


P/S: Cadangan saya, apa kata kalau Tuan Kamal berbincang dgn pihak akhbar dan buat satu kolum di akhbar "Bersama Kamal Effendi Hashim". Artikel yang seperti ini boleh dipaparkan. TQ

Anonymous said...

setuju dengan dengan dua2 bro..buat tau tapi amanah yang datang dengannya tak tau lak..ahaks!

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrwb.
Sebab tu (as I've said earlier), sblm bernikah, kena lengkap diri dengan ilmu. Kena tau apa matlamat berumahtangga..bukan setakat utk elak maksiat je. Nak dirikan masjid..kosong aje ke? Tentulah ada imam dan makmum. Apa aktiviti masjid? Solat 5 waktu je? Masjid tu kan pusat pendidikan dan pendidikan tu dalam pelbagai bentuk. Jadi..fikirkanlah ye.

Anonymous said...

For young Muslim parents, soon-to-be parents (and the young-at-heart parents!), pay a visit to Twinklymuslima.wordpress.com
This blogger is a young mother of 2 lovely children. Dia menulis untuk/kepada anak-anaknya di samping mendidik pembaca.

Anonymous said...

Pada hemat saya, ibu-bapa kini perlu sendiri dedahkan/ajar pengajaran mengenai keselamatan diri. Tak boleh harapkan guru sahaja. Perlu bermula dari rumah. Ajarkan anak cara menjerit minta tolong, ajarkan contoh situasi bagaimana suasana perkara kejahatan hendak berlaku, dan ajarkan anak sedikit cara menggigit .

Anonymous said...

saya mmg peminat tuan..
dalam lawak,ada teguran..ada nasihat yg amat berguna...

keep it up!!

Anonymous said...

Salam...
kes hari ni 23disember lg dahsyat..
Bapa n anak lelakinya yg berusia
16thn merogol bayi berusia 1 thn 8 bulan.Gelap masa depan bayi tu kan.
Manusia mcm 2 dah lbh teruk dr binatang tarafnya.
Malah setaraf syaiiiiitttannnnnn!!!

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis