Dan hari ini makcik tua itu diragut oleh cucunya sendiri. Belot. Dan hari ini bayi itu dijumpai di dalam mangkuk tandas. Belot. Kita masih hanya simpati dan kasihan. Noktah.
Barangkali ada sesuatu yang 'khilaf' kalau kita tak dapat nafikan hak mangsa kan? Terutama mangsa mangsa yang sudah mati atau cedera. Kenapa? eh, di zaman ini penjenayah lebih mempunyai hak asasi dari mangsanya!
Tak adil melakukan itu dan ini kepada penjenayah!! Hormatilah hak mereka di sisi perlembagaan!!!
Kalau penjenayah terluka waima kerana cuba menafikan tangkapannya, kita henyak sahaja pihak berkuasa!!!
Mangsa? Aaah!!! persetankan sahaja kerana dia bukannya keluarga kita! Siapapun yang peduli kalau nenek itu mati disamun cucunya sendiri atau bayi itu mati dek lemas dalam lubang tandas? Dia bukannya nenek kita dan bukannya keluarga kita!!
Peduli apa! Itulah jawapan hatimu...
Siapa sebenarnya yang belot?
kamal fnd hashim
Monday, December 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
18 comments:
kadang2 bila kita obsereve inilah penyakit rakyat malaysia...bahkan di mana tempatpun ada penyakit ini...terlalu mangli bak kata orang utara...mangli bahkan terlalu mangli dgn kejadian2 jenayah hingga jika berlaku sesuatu yg ganjil terhadap penjenayah seperti kena pukul sewaktu bergelut..patah kaki kena lanyak lebam2 kena pukul kulit tersiat kena rotan...tetiba jadi sayu dan cakap tak patut...sebab jenayah terlalu banyak sampai pemikiran malaysia kebanyakkannya tidak memikir atau menilai tragedi yg berbekas pada mangsa sebenarnya
adakah betul pandangan saya bro?kalau tak silap pemikiran nie ada dalam kajian sigmund freud atau ahli psikologi2 lain saya ada terbaca dulu...pemikiran secara terpilih kalau tak silap...dan pemikiran inilah yang menjadikan kita sebagai mangsa sebenarnya sebab mementingkan diri sendiri...bak kata bro...pedulik apa dia bukan nenek kita dia bukan baby kita...itupun sati kes pemikiran terpilih..kita hanya mengambil certain fakta dan implikasikannya untuk melegakan hati kita...bagaimana nak ubah cara pemikiran ini?sama2 kita fikirkan...
Salam Saudara Kamal-Menakutkan kes jenayah berat. Apa nk jadi hidup sentiasa dilanda ketakutan melampau dek penjenayah.Saya link blog saudara
inilah masalahnya dan harga sebuah nyawa jebat..
Emmm...dunia skrg semakin moden...tp inikah harga yang harus kita bayar untuk sebuah komodenan...Risau...
Salam,
Terukkah sangatkah orang melayu sekarang ini? Dua kes itu bangsa kita sendiri. Dua kes itu jugak lah yg byk membabitkan orang melayu. Entahlah apa akan jadi 5tahun dari sekarang, 10 tahun dari sekarang..
Saudara;
Tersentuh jiwa, terbakar rasa pabila ada mereka yang tidak punyai simpati. Benar suatu kisah, rasa itu rahsia.Biarkah Labu terjun dengan labu-labunya.
Aku Siapa???-Aku Yang Mencari Diri
Salam...
Geram sgt2 dgn apa yg terjadi.
Jenayah makin x terkawal.Penjenayah makin advance..
Pihak berkuasa tak pernah nak jadikan pengajaran.. Langkah pencegahan x ada.Ibubapa kena didik anak2, bukan hanya besarkan mereka.
Inilah puncanya perundangan Islam tidak dinobatkan. Allah mencipta manusia, Allah mencipta undang2 manusia(hudud dan qisas) tapi manusia yg sombong dan merasakan diri lebih hebat dari tuhan telah rakus menghina Islam dan meletakkan undang2 Islam itu rendah- serendahnya.
dari komen Roslan SMS,
http://n32.blogspot.com/
Manusia sekarang semakin kejam...harga sebuah nyawa menjadi terlalu murah...sedih
Assalamu'alaikum wrwb.
Begitulah ye Kamal.
Ke manalah perginya 'humanity' masyarakat sekarang?
Semakin 'maju' manusia, semakin mundur values, semakin tiada pegangan hidup.
Yang mengaku Islam pun ramai tapi Quran dan Hadith tiada dalam kamus hidup.
Sepanjang lebih 11 tahun pengalaman mendidik anak-anak remaja lepasan SPM dan kini masih di dalam dunia pendidikan,
memang sering kali jumpa anak remaja kita yang tak kenal huruf Quran.
Jadi kalau Al-Fatihah dan 4 Qul pun tak tahu, solatnya....
Kami sentiasa cari ikhtiar untuk membantu mereka sehingga translate surah ke tulisan rumi dengan harapan
anak-anak kita ni boleh membaca surah-surah basic untuk solat.
Ada yang sedar dan sedia terima bimbingan dan ada juga yang lari.
Yang lari, apa alasannya? Mak ayah pun tak kisah, tak solat....
Jadi tak hairanlah masyarakat kini dah huru hara.
Kepada adik-adik yang bakal mendirikan rumahtangga, pendidikan anak-anak bukan bermula di tadika/taska,
tapi bermula dengan persediaan si ibu dan ayah sebelum berumahtangga.
Wallahu'alam.
Wassalam.
Heh==EH, britau ada pembetulan dari statement tu.
Bukan 2 tetapi 3 sebenarnya yakni Qisas, Takzir dan Hudud.
Mungkin dia tak tahu or terlupa...
Saya suka statement akak, "pendidikan anak-anak bukan bermula pmasa tadika, tetapi bermula semasa ibu dan ayah membuat persediaan untuk mendirikan rumahtangga".
Cuma mungkin ramai diantara kita yang lupa....
penjenayah bukan dilahirkan,tapi dicipta...didikan awal adalah penting kan bro?kebanyakan penjenayah ini dicipta tanpa sedar oleh ibu bapa...dan sedikit sebanyak mendapat pengaruh dari sosial sekeliling...apa yg akak tulis memang betul...bukan zaman sekarang sahaja dari dulu pun ada hanya baca dgn dengar bunyi...baca xreti tapi sebut reti...jgn salahkan mana2 zaman cuma zaman nie bukan saja bace...menyebut pun tak reti kan kak?cuba kita renungkan...masalah nie macam dah jadi sebati sampai kita tak kisah...jgn salahkan sapa2 tapi kita fikirkan bagaimana nak bendung...jika ada salah silap harap bro,akak atau sapa2 yg lebih mengetahui tegur hamba yg nubis...
sungguh kejam...bila melihat nenek di cekik cucunya sendiri...dan bayi yg di letakkan di dalam mangkuk tandas hati sy berkata kejamnya...
baca dalam metro semalam....dua beranak menodai bayi berusia 20 bulan...tak berperikemanusiaan............
sungguh kejam...bila melihat nenek di cekik cucunya sendiri...dan bayi yg di letakkan di dalam mangkuk tandas hati sy berkata kejamnya...
baca dalam metro semalam....dua beranak menodai bayi berusia 20 bulan...tak berperikemanusiaan............
pada sayalah bro...kita kena lebih kuatkuasakan undang2, undang2 sekarang ni tak begitu tegas @ mandatori. kalu gua pun tak heran takat 2-3 tahun penjara.bagus gak peragut n penjayah ni dilanyak cukup2...
bagi saya...pihak berkuasa telahpun melakukan yang terbaik...namun,gagal mendapatkan sokongan sepenuhnya dari orang ramai...jika kita melihat hari ini, masyarakat hanya tahu menuding jari ke sana sini....
sikap nilah yang harus kita jauhkan..jangan endah tak endah...hukuman yang sedia ada sudahpun memadai..tetapi,jika di tambah beratkan lagi..mungkin akan membantu sedikit sebanyak...insyaallah..
memang,memang hukuman yang sedia ada di anggap terlalu ringan..tetapi,jika naluri kemanusiaan telah hilang dalam diri umat manusia,seberatmana hukuman sekalipun,tidak akan membawa kesan...
dari aspek lain pula,keadaan sekeliling turut menyumbang kepada berlakunya kes-kes jenayah...aspek pergaulan,latar belakang keluarga dan masyarakat,kesan dari sudut ekonomi, dan bermacam lagi faktor yang mungkin menjadi penyumbang masalah ini...semua itu perlu dipandang serius dan tidak boleh dianggap enteng....nasib kita,kita yang tentukan...
Post a Comment