Wednesday, December 24, 2008

Nyanyuk!

Hari ini, bayi mongel itu barangkali tidak faham hatibudi manusia. (Eh, apa manusia masih punya nurani itu atau hanya mainan di bibir saja?) Atau, setan sahaja yang bersalah? Setan atau manusia?

Esok pasti ada yang berdegar degar percakapannya. "Ini perbuatan tidak berperi kemanusiaan menodai bayi 20 bulan!! Ini bangsat kasta pariah!! "(..dan sandiwara ini pasti berlaku!)

Akan kau saksikan respon mereka kepada masalah ini;

Pertama, kata mereka, pastinya tubuhkan jawatankuasa. Samada plastik, luncai atau jawatankuasa bangsawan tidak penting. Yang penting, tubuhkan jawatankuasa sahaja. Selesailah masalah!

Kedua, cari kelemahan pihak berkuasa dan muafakat mengiyakan kegagalan mereka. Samada benar atau tidak (lebih banyak dusta), spekulasi lebih bermakna dari makrifat hakiki.

Ketiga, lawat keluarganya atau lebih baik lagi bayi itu di hospital. Jangan lupa bawa pihak akhbar bersama. Tunjukkan gaya yang simpati, marah dan sedih sayu ketika kamera dihalakan.

Keempat, sementara berita masih panas, muncul di kaca tv dan berkata sesuatu yang popular (perbuatan jijik, hukuman lebih berat, kesan porno, dll) kalaupun lapuk dan tak tergapai akalmu. (nota: kepada yang berkenaan, jangan lupa bawa fail tebal supaya mereka tahu dirimu bekerja.)

Kelima, hebahkan acara potong reben dengan belon besar yang akan direncana.

Keenam, bakar kelambu kerana marahkan nyamuk.

Ketujuh, salahkan setan dan sekutunya.

Tak penting samada kadar penyelesaian kes pihak berkuasa purata 93% per tahun; bukankah kau sendiri telah jalankan kewajipanmu yakni menyalahkan sesuatu sambil dirimu sendiri tidak pernah menunaikan bahagianmu?

Tak penting samada jawatankuasa itu sudahpun berjuta bilangannya; bukankah ini kesempatanmu mendapatkan perhatian, anugerah, darjah, pengaruh dsbgainya? sekali bekerja sahaja cukup seumur hidupmu? bak malam lailatul Qadar; satu malam ibadah umpama 100000 tahun layaknya?

Tak penting juga samada yang kau katakan itu bodoh ataupun tidak bermakna; bukankah ini tanda cerdas akalmu kerna perlu apa membazir memikirkan yang baru?

Tak penting samada kelambu yang mahu kau bakar itu amat berbahaya apinya; bukankah itu juga tandanya kau beriya iya mengutuk kebiadaban pencabulan bayi itu?

Tak penting samada kau benar mahu melakukan sesuatu atau hanya masih sedang memikirkannya (khusus ketika ianya masih menjadi tajuk berita); kan melayu mudah lupa?

Zaman ini, nyanyuk kalau seseorang itu mahu menyelamatkan dan memelihara kedaulatan bangsanya. Pikun kalau kau cuba memartabatkan tamadun bakal generasi negaramu.

Mahu kuberitahumu 1 hal percuma yang tiada sapa yang pedulikannya? nyawa dan perjuangan memuliakannya.

Eh, sebelum terlupa-Tak penting samada bayi itu sengsara atau keluarganya menderita; bukankah telah kau tunjukkan simpatimu ketika membaca berita tentangnya itu seraya menggeleng geleng kepala?

NYANYUK!!!

kamal fnd hashim

33 comments:

Anonymous said...

Anak kecil yang tidak memahami apa, masih lagi kainnya suci, telah menjadi mangsa kezaliman, kekejaman manusia (mereka ini tidak layak dipanggil manusia). Adakah ini kerana tirisnya iman?
Adakah ini kerana longgarnya pegangan? Adakah ini kerana nafsunya tak terkawal?

Yang pastinya si iblis melonjak kegembiraan..

nurdaniella said...

dan pastinya sang iblis lebih tinggi lonjakannya kerana berjaya memperdaya sang bapak dan anaknya sekali.. betapa nipisnya iman mereka.. boleh terangsang nafsunya hanya pada anak yang masih kecil.. belum pun mencecah 2 tahun.. betapa tidak berakalnya mereka..

Fireroll said...

nafsu mereka seperti lebih teruk daripada setan agaknya? sudahnya setan mengajak dan bercadangkan itu ini, namun mereka bertindak kejam dan tidak kenal mana mangsanya.

aduhai, dunia. semakin lama semakin nipis dan terhakis iman manusia dek kawalan setan durjana. tiadanya iman terus menghapuskan akal fikiran mereka walaupun mereka mencecah dewasa.

Ki Kiey said...

memang melayu mudah lupa,

manusai bernafsukan iblis

Anonymous said...

Sebenarnya, kita yang terlupa dan tersesat.

Kita beringat hanya dalam waktu yang tertentu. Bahkan, kita memilih samada untuk ingat atau lupakan sahaja.

Hiburan dan acara yang lain berduyun duyun kita pergi. Majlis ilmu? Ahh, ini untuk orang2 kolot sahaja.

Anonymous said...

Biasanya orang yang sama je hadir/tonton majlis ilmu. Yang jadi kumpulan sasaran sebenar tak pernah ada masa (clash dengan masa socialising di club dan golf course) dan spt Tn Kamal kata..untuk orang kolot je. Majlis potong riben lagi penting, kan?

Anonymous said...

yang kelapan plak panggil penganalisis jenayah bagi ceramah.. hehe :)

Jangan marah main-main jer.. kali ni saya sokong tuan.

walaupun saya baru dalam bidang media ni, saya dah jumpa orang-orang macam tu dan saya akui apa yang tuan kata tu betul.

orang semua gila nama dan pangkat, sukakan populariti.

Azeri said...

Muhasabah diri.....Perbaiki keimanan dan dekatkan diri padaNya.Fahami peringatan-peringatan Allah dalam al-Quran.

Dunia serba maju tanpa batasan ni tidak mengekang nafsu sarakah untuk pengaruhi aqal malah membantu dalam perjuangan.

Ohh..tidak sanggupkah kita melakukan perubahan? Cukup tebalkah benteng aqal kita menahan segala illusi nafsu yang menjanjikan keharuman semerbak bunga kasturi.Emmm..janji tinggal janji.

"Oh..Tuhan wujudkanlah kembali nilai kasih sayang sesama insan.Sucikanlah hati kami dengan bermandikan "NUR" mu.Amin yarabbala'lamin."

Anonymous said...

Sempena tahun baru 1430H, sama-samalah kita berhijrah, sama-samalah kita berjihad untuk membuat perubahan, untuk perbaiki diri, keluarga dan masyarakat.
”Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan” (AtTaubah 9:20)

Anonymous said...

Sorry! Sy tak berani nk comment or ckp pasal agama or any ayat2 al-Quran,sbb sy th dimana tahap iman,islam n taqwa diri..
Apa apa pun,mengikut pemahaman n realiti dunia hari ini, kakak2,abg2,adik2,dato',sekalian..dan semua yg kunun nyer mengutuk SI BINATANG tu,and kununnye kesian sgt kt BABY tu.tp PERCAYALAH satu hari nanti bila takdir tuhan menemukan anak si polan td jodohnya dgn BABY yg xbersalah tu,mesti x mau kan.. Kununnye dah xsuci la..dpt sisa la.. Siape yg SETAN,IBLIS dan berHATI BINATANG skrg? Ckp xserupe bikin.. Habuk pun xdak..

Anonymous said...

Membaca komen2 saudara saudara sekalian,saya tertarik kepada apa yg diperkatakan oleh 'baby ashue'
Ia mengingatkan saya pd adik saudara yg pernah dirogol pd usia 19tahun..hidupnya semakin malang bila 7kali dia tak jadi kawin bila keluarga pasangannya tahu yg dia pernah dirogol. Tak da wanita yg mahu dirinya dirogol bukan?.. Tp masyarakat hari ini bagai menghukum dirinya yg tak bersalah..
Kebanyakan dari kita sibuk memperkatakan tentang hukuman yg patot kepada si polan yg digelar binatang,syaitan & iblis itu. Tetapi kan lebih baik jika kita mencari jalan bagaimana membantu adik yg tidak bersalah ini supaya masa depannya lebih cerah..dan bukan dia yg perlu dihukum sebenarnya.
Mungkin ini yg kita terlupa atau mungkin ini yg tn.kamal maksudkan dgn 'nyanyuk'
Thanks to baby ashue yg mengingatkan kita pd satu perspektif baru.
Thanks to mereka yg mengeluarkan ayat2 Quran yg boleh dikongsi bersama..and
Thanks to tn.kamal yg banyak berkongsi info dan membuka minda..

Adios.wslm!

Anonymous said...

Tn.kamal,
Kita ada ke bantuan kepada mangsa jenayah yg boleh diberikan kepada adik ni?

Anonymous said...

(Ruj-Cakap tak serupa bikin-habuk pun tarak)
baby ashue spot-on membuka perspektif dan arah! Bahawa itulah hakikatnya seperti yang diperkatakannya.

Amacam yang lain? Tak nampak ya? Hmm, nyanyuk la tu kot?ahaks!

Anonymous said...

Ano,
pada adik ini bantuan yang boleh diberikan banyak jugak;moral,spiritual, fizikal.

Yang paling baik adalah membantunya membawa kemarahan dan kekecewaannya ke jalan yang betul;mengurangkan risiko seperti yang berlaku kepadanya bila dia telah dewasa dan bukannya belajar membenci sesama manusia.

Bantuan lain adalah KITA belajar mengurangkan jumlah mangsa.

Anonymous said...

hehe,
Sy cuma berkongsi pendapat dan pandangan.. Thanx pd yg boleh menerima and sorry pd yg terasa hati.. Tp itulah hakikat..
Mr.khairul,
Biasalah,bila belum kene pd batang hidung sendiri,manusia memang mudah lupe..
Cakap,bok bang sana sini..
huha huha sana sini..
habuk pun tarak..

Nyanyuk kot!
:)

Anonymous said...

Akak pernah terbaca that as a child grows up, he/she might not remember experiences masa dia baby/todler. Yang pasti keluarga dan orang di sekelilingnya akan ingat hingga akhir hayat. Sama-samalah kita doakan yang terbaik bagi mereka.

Anonymous said...

Tn Kamal, apa pula support bagi mereka yang pernah jadi child victim tanpa pengetahuan keluarga, yg sentiasa 'diingatkan' kejadian yg menimpa dirinya.

Anonymous said...

Realiti dunia kini, umat Islam masih ingat lagi matlamat hidup ini? Apa visi dan misi kita? Siapa kita di bumi Allah ini?
Realiti dunia kini, umat Islam di negara kita dah disogok dengan reality shows dan hiburan yg melalaikan.
Realiti dunia kini, ramai yang tak cukup masa untuk menghadiri majlis ilmu w'pun dah diberi 24 jam sehari.
Ke mana hala tuju kita?
So..sudah bersedia? Bersedia untuk berubah? Bersedia untuk pertingkatkan tahap iman dan taqwa diri? Solat kita bagaimana? Al-Quran kita di mana? Sekadar hiasan dalam show case atau atas dulang hantaran mungkin.
It’s time for us to take a good look at ourselves in the mirror and do what's right.
......Sekadar pesanan dari orang lama (InsyaAllah belum nyanyuk!)sebelum berlalu pergi.

Kata Tn. Kamal,"Maafkan aku jika aku bakal berlalu tanpamu.."

Wassalam.
Ilalliqo'wa ma'assalaamah.

Anonymous said...

Salam.
Baby ashue boleh ganti saudara mazidul.
Melihat perspektif dr semua arah.
Komen la pula tentang mat kucing..boleh kongsi pendapat.

En.kamal,
Bila ada ceramah lg?

Anonymous said...

haha..iron man!
No need 2 tabur pasir dlm periuk nasik sape2 la..
I luf my career.. Me n my staf,brada di blakang mr.kamal.. Dr kota besar ke ceruk kmpg,kongsi ilmu..
Fun!

And bila i ditugaskan dan diamanahkan utk jaga brg2 mangsa like nurul hanis,audrey.. I boleh rasa kesakitan mereka..and setiap kali i pegang brg2 milik peribadi mereka,i th diorg ada disitu..
Diorg ibarat adik bradik 2 me..
Especially nurul hanis.and jika dia masih hidup,dia sebaya dgn i, 23thn..


Apa2pun,semua takdir tuhan kann..

*eh,mane jebat derhaka?*

MZ said...

Assalamualaikum,
Dulu-dulu bila ada kes mcm ni kat news semua orang terkejut, hairan, geram, marah.

Ya. Semua orang rasa kita perlu lakukan sesuatu.
Semua orang kata itu zalim. Tak patut. Kejam. Melampau.

Tapi lepas tu,
bila keluar lagi dan lagi isu-isu macam ni, semua orang dah tak heran.
Semua orang hanya mampu kesian.
Semua orang kata ini kelemahan iman.

Tik tok tik tok simpati kau datang dan pergi
Tik tok tik tok simpati timbul dan tenggelam lagi
Tik tok tik tok simpati sedih dan senyum kembali
Berulang-ulang lagi tiada henti


Selalunya bila Tn. Kamal bagi pesan itu ini, kita akan ikut nasihat tu.
Kita buat apa yg Tn. pesan dlm ceramah.
Kita selalu pesan kat orang lain apa yg Tn. Kamal pesan.
Ya. Pesan memesan.
Jgn melampau hingga menderitakan org lain.

Tapi kenapa kita je yg sedar dan sentiasa beringat?
Kenapa kita je yg selalu fikir tentang ni semua?
Kenapa orang lain tak pernah fikir apa yg kita semua kat sini fikir?

sedih

sedih sgt

Pada saya, penguatkuasaan undang-undang yang setimpal itu yang paling penting.
Sangat penting. Penting sungguh. Penting sekali.
Penting sebagai pengajaran bagi semua orang.

Sekian.

Anonymous said...

setelah membaca blog bro dan komen2 dari rakan2 semua...saya malas nak komen banyak sebab kebanyakannya dah pun disuarakan...since cik ashue rindu gamaknye,petik nama saya maka saya pun sharela sikit...

realiti hidup nie ada satu penyakit atau hakikat hidup sebenarnya...iaitu manusia oportunis..baby kena rogol...apa lagi...masa ni la nak curi spotlight biar semua spotlight suluh kat dia...kununnya dia wat keja,dia paling amek berat...mesti punyalah...time ni jugakla paling best kejar pangkat or promote product atau syarikat...sponsor itu ini...print itu ini bersempena tragedi......silap2 ada dapat datuknye...dato' seri mulia amek berat.tak kurang juga ada pula yang reti menuding jari...ingat dan jgn lupa...only losers blame others...berhenti menuding dan mencari solutions...dan apa bro cakap tu memang tepat skali...rakyat malaysia kebanyakannya memang membelakangkan majlis ilmu...niecuba wat ceramah keselamatan atau forum perdana pada malam new year nie...bandingkan ramainya di dataran dan di majlis itu....uish...gerenti 'AMAT' ramai di majlis ceramah tu kan?
biasalah segelintir kumpulan ini jenis yang kategori sudah terhantuk baru nak terngadah tak gitu?
apa apa pun...jangan boring jangan lesu jangan hampa dan jangan kenal penat lelah...apa jua perjuangan menyelamatkan dan mengurangkan mangsa2 perlu diteruskan....pedulikan kata orang pedulikan omongan yang hanya bertiup lagi kuat daripada taufan tapi tidak menggerakkan apa2...les word more work...

CATZ said...

itulah realiti zaman sekarang...

anyway...

selamat tahun baru dr kamal


catz de miow

Anonymous said...

haha.jebat..jebat..
Patik memang rindu kan jebat sgt2..

Ape la..
Kalau suruh i pergi majlis ilmu mlm new year,i pun xnak.
Setahun sekali berhibur,ape salahnya.
Kalau tnya i,masa muda ni la nk berhibur,nanti da umur 35> nk g club,malu lah plak. Org kate,xsdar diri..
Huha..huha..

Anonymous said...

rata2pun...ini on special occassion memang ada alasan tapi on hari2 biasa?hrmm..memang hiburan lg best dari ilmu...itu hakikatnye ye dak?

Anonymous said...

tapikan ye la muda2 nie la enjoy...dah tua nanti slow2...itu kata2 masa muda...tapi bagi warga tua yg kaki enjoy plak lain bunyinya kot?dulu2 lain...xsama cam skang...so kna la enjoy cam orang muda jugak...alah...tua hanya skali....(pulak dah,masa muda cakap muda hanya skali)....sok dah dapat masuk kuota haji...tobatla depan kaabah...realiti,adake ekk adegan sebegini?ada...

cerpelai said...

Kita mungkin nampak leka bila tiada bencana..
Kita mungkin nampak alpa bila tiada sebarang bala..
Apakah pendapat seperti itu bermaksud kita manusia diciptakan dengan sifat yang sama?
Majlis ilmu untuk orang kolot?..
Hanya orang kolot sahaja yang mahu berkata begitu.. Atau mereka terlalu urban untuk kami yang masih lagi konservatif?..

Nasib bayi itu perlu dibela.. itu perkara lazim yang menyusahkankah? Kita berpaksikan kepada nilai kemanusiaan yang tidak ada tebingnya..!! Kata-kata seperti ini selalu dianggap kuno dan tidak menampakkan kemajuan hidup tapi apalah ertinya kemajuan kalau nilai jati diri menjadi barang perjudian?..

Kepada si pelaku jahanam.. aku malu untuk mengaku bahawa kau adalah manusia..!!

Anonymous said...

Wah,ada jebat derhaka.. Hulubalang derhaka pulak muncul..
Huhu.ni Puteri Gunung Ledang derhaka pulak nk enterframe.

Tp memang buruk la kalau yg dah tua2 pun nk g enjoy2,glow.. Alamax! Geli..
Tp perasan x..yg tua tua ni mesti kaki dangdut..
Mane ada org muda g dangdut,kecuali minah2 *%€*
Tak pun g karaoke kt tmpt2 xclusive.. Xmain redbox ni..

Opps! Tet!

Anonymous said...

opps! En.jebat.. Ada gak yg da pergi haji pun ligat lg ke majlis2 hiburan. Ngalahkan yg blum kesana..
Diorg g sana may be utk 2 perkara:
1-nk dpt title 'Hj'
2-or nk mintak yg bukan2 dpn kaabah(kan doa dpn kaabah tu makbul)
Sesat kot diorg ni..

Anonymous said...

lucu apa yg baby ashue cakap betul jugak...cam cite tanah kubor...pegi la skali dgn orang g haji...tapi datuk g la vegas....bila balik ikut skali jemaah...bila dapat haji...datuj haji....makin mudah dapat tender...ingat?
kaabah makbul doa ye?makah tempat suci...mati sana kan elok?ehhh....lupa ekk...bagaimana pula abu lahab?mati dimekah juga...tapi dilaknat tuhan sampai dalam quran...tabbat yada abi lahabil watab...celakalah kepada abu lahab...=)abu jahal plak?tu yg silap tu...kadang2 kita pk...tempat kita pegi tu walau sesuci manapun...niat kita serong...tuhan redhakan/makbulkan ke?cerita haji dangdut nie bukan perkara baru jugak...ada satu ketika di kalangan kontraktor dan kaki huha pasti mengenali haji marlboro...duduk di gombak kalau xsilap patik...mati dah kot...=)....apa apa pun...inilah realiti....manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dan kesenangan diri...termasuklah meletak agama sebagai pertaruhan...

Laflybee said...

en kamal..
boleh saya tau, dalam bentuk apa bantuan yang boleh dilakukan oleh orang awam seperti saya dalam usaha membanteras lebih banyak jenayah seperti ini drp terus berlaku?

Anonymous said...

holla,laflybee..

Biar i tlg jwbkan ek..
Hehe,wat bodo je.
Pasal pe,kalo stakat sorang dua yg nk membantu,xjd ape la..
Lgpun,rkyat mlsia memang suka menönton je..
And rkyat mlsia xboleh tgk org lain lebih dr dia..mesti kene tolak sampai tersungkur punya la..

:-(

Anonymous said...

betul,betul,betul.....(UPIN&IPIN)

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis