Tuesday, March 24, 2009

Fong Thean Kit


2 liang tembakan; perut dan peha. 5 minit pertama yang menyeksakan; muka penuh darah. Perlahan tangannya terlerai kerana hampir pengsan. Penjenayah itu terlepas dan lari hanya 10 kaki darinya. Tangannya gocoh cuba mengisi peluru semula.

Mata Fong hanya mampu melihat. Tiada lagi kekuatan tubuhnya. Jasadnya haus tenaga. Hamis darah dan perit peluru yang singgah ditubuhnya meratah tenaga..Ahh, sudah tiba masa barangkali untuk mati.Di kepalanya terbayang wajah anaknya yang masih kecil. Di jiwanya berbayang semangat sang saka.

Dasar pahlawan sang saka, Fong nekad. Hanya tinggal semangat sahaja dalam jasad penuh darah itu. Hanya tinggal semangat sahaja!

Darah membuak buak keluar ketika semangatnya mengisi salurdarah. Setiap pelosok otot dikerahnya bertindak.Entah dari mana datangnya tenaga, Fong mampu berdiri dan kemudian melompat semula.

Kali ini dijerutnya kaki penjenayah itu semula dan digenggamnya dengan kejap. Nekad. Kepalanya dihentak semula dengan butt pistol. Bersembur darah. Ahh!!Biar sampai matipun takkan kulepas kali ini!!! Kali ini pecah kepalanya..diperlakukan seganas ganasnya..Alang alang cedera, biar sampai mati, baru puashati !!

Berapa lama jangka nyawanya diberi percuma? Dengan 2 liang luka itu, 5 minit pertama yang menyeksa, 15 minit kedua yang merengsa.

Kenapa? Demi bangsa, negara dan kalian semua.


Di mana 15 minit balasanmu untuk negara?



kamal fnd hashim

7 comments:

Anonymous said...

Nama saya Fong Thean Kit.
No Polis saya "Tiga, Kosong, Dua, Tujuh, Sembilan"

Anonymous said...

Jawapan kpd soalan ashue.

It's very subjective.
Dari personal experience..dari pandangan mata..yg mempunyai makna..
Tak perlu tutur kata..pandangan mata yang cukup utk nyatakan rasa bangga yang ikhlas dan penuh kasih sayang..

Anonymous said...

Pelbagai orang, tanggapan pandangan dan jawapan berbeza pasti dilontarkan, dipisahkan hanya dua ikhlas atau berpura

Anonymous said...

Betul tu HEH. Lain orang lain pengalaman, lain cara dan pastinya susah utk menentukan keikhlasan dan kesahihan.

Personally speaking, kekadang rasa tak cukup penghargaan diberi kepada insan-insan atau golongan tertentu yang telah banyak berkorban dan bersusah payah demi kesejahteraan kita. Misalnya di kalangan ahli keluarga sendiri atau masyarakat.
Sekadar dapat digantikan dengan doa moga mereka ini terus mendapat hidayah dan rahmat drpdNYA serta diberi ganjaran sewajarnya sama ada di dunia atau di akhirat kelak. InsyaAllah.

Anonymous said...

Askum...baru pertama kali singgah di blog saudara.. Selama ni tak terfikir plak..hehe..

-dayangku-
Kuching Airport..

Anonymous said...

Tertinggal plak my blog address..tp my blog takde la topik menarik..tak update selalu..

-dygku-

mr.khairul said...

Bila boleh tengok cerita tokoh pahlawan ni tuan?

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis