Saturday, August 29, 2009

Ini pun sama.

Pegawai wanita NIEW bernama Puteri itu masih tiada respon.Cuma bosnya, En Azmil yang ada respon pada Rabu Petang sebaik saya hantar email memaklumkan perkata tersebut. Beliau terkejut kerana ingatkan hal dah settle. Akhirnya!

Tepat benar telahan saya bahawa hal ini didiamkan sahaja dan tak dibawa ke pengetahuan En Azmil yakni pegawai kanan yang berkenaan. En Azmil kata beliau akan beri instruction untuk membuat pembayaran dan memohon maaf bagi pihak Puteri. Saya kata saya faham tetapi saya takkan terima maaf bagi pihak Puteri kerana dia ada mulut sendiri.

Hari Jumaat saya tel en Azmil bertanya samada telah di proses dan katanya barangkali minggu hadapan dah kredit dalam akaun saya. Harap haraplah kerana bil bil kuning campur merah dah sampai kat rumah!

Terlanjur cerita ini, untuk makluman semua, sempena hari raya yang bakal menjelang ini, genaplah 2 tahun, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA GOMBAK BERHUTANG DENGAN SAYA. Banyak tak? Boleh buat sambut 6 hari raya!

Tahniah UIA kerana kakitangan OSHA anda secara berterusan berjaya mencemar imej IPTA ini dan ISLAM. Barangkali untuk mereka LAKUM DINUKUM WALIADEEN.

Ironi kan?

15 comments:

Anonymous said...

Hii, tergamaknya dia org buat macam tu pd Tn Kamal. Kesian Tn. Kamal. anggaplahtu dugaan mungkin ada hikmah disebaliknya. Rezeki ada dimana-mana. Allah yang menentu segala-galanya. IPTA terkenalpun bermasalah juga? Mmg ada pihak yg suka lepas tangan dan xpandai nak jaga imej.

aku seorang Temah said...

UIA gitu ke?

mungkin sudah ramai orang islam yang hanya ISLAM pada nama sahaja..

aku seorang Temah said...
This comment has been removed by the author.
ashue =) said...

Melayu kan lahir2 dah automatically muslim..
Tu lah masalahnye..

Apepn thanx ar pd UIA sbb aku slalu tumpang ATM bank islam kt situ.. Itu je fungsi UIA pd aku..tgh mlm pn bley masuk suke2 hati..hahaha..
Guard dia pn relax je aku masuk freehair n pakai sleveless.. Tak byk bunyi pn..
Dah ar byk pencuri dlm tu..
International la kate kann..
Iye kan je laa..

akak said...

Salam.
Boleh sambut 6 hari raya?!! banyak tu.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun.
Tu memang bukan rezeki tuan agaknye. InsyaAllah pasti ada yg lebih baik.
Kalau mereka bayar juga akhirnye, alhamdulillah.
Kalau masih 'terlupa'..well..boleh berkiralah di'sana' nanti.
Kita masih berada dalam tempoh Rahmat bulan Ramadhan. Sama-samalah kita muhasabah diri, perbaiki amalan dan mohon keampunan dan rahmat drpdNYA. Kan doa insan teraniaya tu makbul. InsyaAllah.

Again..kata hati orang lama (dah nak bersara pun). Jangan jemu..

MZ said...

Ingatkan nak kate Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai tadi. Cuak I.

Tn. Kamal pernah dtg ke USIM (formerly known as KUIM) bg ceramah sempena Seminar Kecelaruan Minda dan Identiti beberapa tahun lepas.
Harapnya tidak ada sebarang masalah bayaran. Hehe.

Cetusan said...

agaknya kalau belanja makan..ada laju sikit kerr..dia punya ceque???

atau ada bungkusan cenderahati ke??

Anonymous said...

Memang macam tu la lumrah IPTA.. nak bayar kat penceramah memang lambat.. paling cepat pon 6 bulan.. tu pon lepas suruh org atasan masuk campur.. Sebab da ada pengalaman bagi ceramah ICT kat sebuah kolej kediaman kat IPT pada awal tahun ni.. sampai sekarang tak dapat duit lagi..

Nasib.. Nasib..

frustrated said...

TWO FREAKING YEARS?!

look at this.. what sort of hope do we still have for the country..??? i always thought that any proper business transaction should be completed within 5 working days or latest 7..??? (a courteous one)

if this whole scenario continues and worsens to the country's government department (or is has), will there be one day that no other country will invest their money on this land..??

i hope to pack my bags ASAP...

Anonymous said...

6 bulan baru dpt bayaran? Kalau selalu mcmtu mmg semput dibuatnya. Skg ni kan dah canggih, apa2 byrn mesti dipercepatkan. Pling lewat 2 hari. Setahu sy peruntukan utk penceramah / keraian mmg disediakan. Sikap yg mgurus akaun tu mgkin ANGGUK2 GELENG2, minta maaflah ye pd pihak yg berkaitan. Sabarlah Tn Kamal, hidup ni mmg bnyk dugaan. Allah sentiasa dipihak yang benar.

jebat derhaka said...

barangsiapa yg menghalang rezeki seseorang allah akan halang rezeki dia balik sebagai balasan...lambat bayar...delay tangguh nanti semua kategori halang rezekilah....sesungguhnya azab allah itu amatlah pedih...sekian dimaklumkan huhu

jebat derhaka said...

unless bersebab yg logic...tapi ingat...alasan boleh direka2...tapi tuhan maha mengetahui...=) selamat berbuka semua =)

UIA Student said...

malunya..
ermm~

blackwidow_13 said...

baru paham...

Azrul Adnan said...

entah kenapa boleh jadi cam tu kan??yg jadi cam tu someone ja..tapi busuk hbs UIA..erm..jatuh nila setitik,habis rosak susu sebelanga..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis