Thursday, September 24, 2009

Datuk Dr Ekspres!

Panas!! Panas!!

4 tahun dahulu, saya ada sebut hal ini! Tahun lepas pun saya sebut lagi. Muka depan lah kat Kosmo! Hasilnya, saya lak yang kena sound macam macam. Ada yang kata saya nak jatuhkan bangsa sendirilah, melayu tak sedar dirilah, bangsatlah dan seribu macam sinikal!

Semalam Utusan Malaysia buat pendedahan Datuk dan Dr Ekspres. Datuk Seri Dr Rais Yatim menyampaikan kebimbangannya.Bergegar jugak tiang seri bila Montori sendiri sebut kegusarannya!

Hakikatnya, memang ada yang gunakan gelaran palsu ini untuk agenda menipu bangsanya. Bahkan, pada hemat saya perbuatan ini termasuk juga satu kebiadaban serta penghinaan terhadap institusi Raja Raja Melayu.

5.Adakah Gelaran itu diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia ?

Tidak, Kerajaan Malaysia tidak akan mengiktirafkan Gelaran dari Negara asing tetapi Gelaran yang diterima oleh penerima tersebut boleh diguna dan ianya didaftarkan di Istana Surakarta. (rujuk: http://rajasurakarta.com/soalan.html)

7. Setakat manakah pengiktirafan Negara Indonesia terhadap Karaton ?

Negara Indonesia merupakan Replublik dan pandangan Negara Raja tidak lagi berkuasa dan akan tetapi Raja dan Sultan adalah seperti Simbolik kepada Kebudayaan (rujuk: http://rajasurakarta.com/soalan.html)

Sudah terang lagi bersuluh! Tetapi, jangan lupa baca catatan saya di buku pelawat laman itu ya? Setidak tidaknya webmaster itu jujurnya ada.

Kepada mereka semua yang bergelar Datuk dan Dr Palsu, maaf bukan maksud ujub; saya ni satu satunya anak melayu dalam bidang saya dalam dunia ini. Lebih unik dari anda. Dan saya masih lagi kamal affandi hashim. Begitu juga Chef Wan..

Ya, pengiktirafan itu penting barangkali buatmu wahai sang palsu. Tetapi yang lebih afdal adalah pengiktirafan dan keredhaan Tuhanmu.

(Eh, kalau mereka di kalangan orang yang benar, kenapa tidak seorangpun yang menyaman saya ya? Letih menunggu sampai hari ni..)

kamal fnd hashim

27 comments:

Kakcik Seroja said...

Allah jua Yang Maha Besar dan Maha Mengetahui.

Cetusan said...

Dr. Palsu, parah2, itu belum kira curi idea orang buat Phd, songlap nama...

kamal fnd hashim said...

Bayangkan kalau Dr Sakit Puan palsu!

Murni Alfathunnisa said...

dr. & ilmuwan palsu..dunia..dunia. Sulit mencari yang tulin..

kirana nakia said...

salam kat semua
Orang-orang yang melakukan perkara sedemikian adalah manusia yang mengalami inferiority complex dan tidak percaya kepada keupayaan diri sendiri

Anonymous said...

Dr. palsu? Teringat sitcom Lu Fikirlah Sendiri rancangan Nabil semalam bersama Dr. Johan. Ha, ha, ha, rasa nak pecah perut tergelak.

Anonymous said...

Sekiranya ada Dr. Sakit Puan palsu Tn Kamal, er kansel nak mengandung tahun depan. Takuuuut.




Insan biasa.

ejaescobart said...

aduyaii... dunia dunia.. dah mcm2 perkara/benda palsu ada skrg ni..

tuan kamal, kalau ada Dr sakit puan palsu cemana kita nak check ketulenannye ek?

*teringat filem tahun 80an (tajuk dah lupa..)
"kau tiruan!"
"tulen bang.."

hehhe :P

Anonymous said...

Utk check ketulenan, Wah duh! perkara gampang, guna kaedah taradisonal gitu. Jgn ribut2 pasal dr. sakit puan palsu ya pak. Jika bapak berjaya berenang melalui Laut China Selatan dari Semenanjung ke Sarawak makna nya masih tulen. he,he.


- Kenyalang

Ida said...

Apa ada pada gelaran, kalau tak mampu membawanya?

Sekarang ni, gelaran Datuk dah jadi begitu lumrah.. Sangat senang nak dapat title Datuk ni, sedangkan sumbangan tak seberapa..

Gelaran Dr PhD tu lagilah, tambahan pulak ada online degrees, boleh beli pakai credit card, terus dapat sijil etc.

Gelaran Dr perubatan tu kalau nak dipalsukan mungkin susah sikit, sebab bila tiba masa berkhidmat, perlu tau istilah perubatan, dan kalau tersilap, boleh disaman dsb, tapi perlukah perawat alternatif menggunakan gelaran Dr juga?

faqhrule said...

dok tunggu, bilo yang di pertuan besar nak bagi dato dekat bro kamal hehehe

Anonymous said...

tapikan.. apa sebab dieorang gunakan gelaran palsu ni? Cuba cek kat ahli politik.. macam ade je yang gunakan yang palsu..

akak said...

Assalamu'alaikum.

Perbincangan menarik 'di luar lingkungan' TV1 semalam.
Personal experience, ada insan2 dgn Phd dlm bidang2 tertentu tapi tak dipraktik dlm tugasan dn kehidupan harian. Rugi duit kerajaan menajanya belajar.

Cadangan utk semua calon Dato'ship/Datukship, samada penjawat awam/ahli politik/tokoh korporat/ilmuan mesti lalui proses berikut:
i. temuduga comprehensive, secara individu dan kumpulan, supaya dapat dinilai keperibadian dan ketokohan sbg pemimpin, penguasaan BM dan BI, kreativiti dn inovasi,juga pastikan hafal rukun negara
ii. ujian bertulis (mcm penjawat awam kena ambil PTK!)
iii. penilaian praktikal dlm pelbagai suasana dan bidang (mcm yg dilalui calon gadis melayu)
iv. ujian bina insan/bina semangat/bina fizikal
v. bagi yang beragama Islam - nilai solat, ujian tilawah,hafazan surah2 lazim, jadi imam, baca doa2,bagi khutbah, mandi jenazah, perkara2 berkaitan habluminallah dan habluminannas
vi. bagi non-Muslim- penilaian moral
vii. dll kriteria yg boleh difikirkan bersama.

Calon2 tak semestinye punyai academic qualification tinggi tapi knowledgeable.
Utk Dr. akademik pun boleh difikirkan prosedur yg similar.
Barulah ada nilai gelaran.
I guess you get the idea.
Pandangan peribadi akak. Mungkin orang ada cadangan2 lain.

kenyalang-kch@blogspot.com said...

Assalamualaikum! Akak saya sokong pendapat akak 100%. Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah.

Anonymous said...

best tgk di luar linkungan ttg datuk/dr. express ni..

kenyalang said...

banyak nya peminat blog ni..

Cetusan said...

setuju komen AKAk..

bila kita dengar ada Dr.prof cipta teknik BIO bio.. tetapi..bio utuk siapa.. duit gomen..

cuba bayngkan setiap ciptaan , kita dengar hampas tebu terbuang ada org nak beli,,

kita dengar tiada longgokkan tempurung kelapa muda..itu baru nama peneyerlidikan yang ada nilai..

kita akan dengar semua barang terbuang ada permintaan..kertas, pelastik dll..

Granny Hani said...

Di sisi Tuhan manusia itu sama..yg membezakan nya hanya lah ketaqwaan..

mdruslin said...

Den setuju ngan Hani..Kalau gelaran Dato, Dr, boleh lepas seksa kubur..Lepas Siratul Mustaqum... dapek masuk syurga.. Ke.. Ni kat dunia lagi dah dipertikaikan...hampeh....Wassallam...Waullahhua'alam....

kenyalang said...

Apa2 pun moga Allah sentiasa merahmati segala usaha kita dunia dan akhirat. Dunia hanya pinjaman.

kenyalang said...

selamat menjalani ibadah puasa 6...

infomajlisilmu said...

Salam wbt.

Nice web ya! Congratulation! Very informative!

Peace International Conference at www.infomajlisilmu.blogspot.com

pokli said...

saya pun berminat nak jadi doktor
tapi tak kesampaian

nak jadi dr fazli....

kekekekeke...

admin
www.pokli.com
jutawanemas & hartanah

Azrul Adnan said...

(Eh, kalau mereka di kalangan orang yang benar, kenapa tidak seorangpun yang menyaman saya ya? Letih menunggu sampai hari ni..)

betul tu tuan kamal..

erm..diorang x berani la tu..coz berani kerana benar..takut kerana salah..

iDAN said...

Saya terkadang suka guna singkatan nama saya Ir, jangan silap pula... Idan Radzi, bukan jurutera eh!

iDAN said...
This comment has been removed by the author.
jebat derhaka said...

skang banyak professor dan doktor macam kangkung tepi longkang...orang biasa boleh ditipu tetapi bergelumang dalam kalangan doktor...speak the same language pasti tahu tulen atau tidaknye kan?
stakat belajar warna warna dan bau bauan tidak jadi doktornye...ada jugak blaja x abis ngaku doktor pun ada...yg bersusah payah blaja...gelaran itu hanyalah bonus yg tidak diminta...kerana mengejar ilmu...yg xbelajar abeh..amat memerlukan gelaran itu untuk kepentingan sendiri...jadilah buah manggis biar hitam dalamnya manis...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis