Tuesday, October 27, 2009

airmata sang bapa

Sabtu di Seremban. Saya datang untuk sesi sepenuh hari anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan. Dihadiri oleh hampir 100 orang. Anak dan bapa. Anak dan ibu. Anak dan penjaga.

Kesemua remaja ini mempunyai peluang kedua dalam hidup mereka. Diletak di bawah Program Khidmat Masyarakat kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan, saya lihat wajah wajah kusam dan tegang antara mereka pada mulanya.

Bukan mudah untuk meletak 2 'kuasa besar' dalam satu ruang. Bukan mudah! Apatah lagi untuk hadir atas dalil yang khilaf; kegagalan.

Sedang sang anak merangka hidup berdasarkan kawan sebagai dewata, keluarganya jerih mengumpul belanja buat membesarkan mereka. Seorang ayah hampir sahaja meraung sedih kerana merasa gagal ilmu pentadbiran keluarganya. Seorang lagi kerana menyangka yang dilakukan selama ini sia sia sahaja; mencagar maruah dirinya untuk sesuap nasi buat anak anaknya...ironi.

Hampir akhiran, 2 dunia tadi menjadi satu. Bertaut dalam nada yang sama. Bernafas dalam kalbu yang sendu.

Hati saya remuk melihat airmata seorang bapa yang menangis tanpa silu tanpa berkira kira. Terlupa bahawa 99 lagi mata melihatnya pada masa yang sama. AHHH!!!Persetan kalian semua!Ini anakku! Daripada dunia, dia lebih utama!!!

Yang wujud padanya ketika itu hanya dia dan ikhlasnya.Yang wujud padanya hanya dia dan kasih-belasannya. Yang wujud hanya dia dan anaknya..

dan kau anaknya dapat berada di sana bersama bapamu mendengar lisan redhanya sedang aku dan rakan pembacaku hanya bersendiri..bisu dalam tuli yang sepi.


kamal fnd hashim

10 comments:

Azrul Adnan said...

erm..sayu bila baca entry ni..
lps hbs majlis..ramai lagi x sang bapa mengalirkan air mata..??

Kakcik Seroja said...

Salam..

Indahnya bahasa tuan mengungkap rasa...

faqhrule said...

kasih bapa bawa ke syurga

ajim said...

sedihnya,,bila baca post ni teringat wajah abahku yg bengis bertukar menjadi selembut wajah mak bila memujuk aku yg sdg menangis,, semoga air mata sang bapa ini mampu menyedarkan si anak,
di sini saya ingin berkongsi,saya pernah terbaca,,"percikan sifat ar rahman dan ar rahim Allah s.w.t hanya ada pada kasih sayang ibu bapa kepada anak-anaknya sahaja,di mana kasih sayang yang dicurahkan tanpa syarat dan mengharap balasan"percaya atau tidak,,semua kasih sayang lain yg dicurahkan,semuanya kita mengharapkan balasan,,termasuk kasih sayang suami terhadap isteri dan isteri terhadap suami,,,

aaapit said...

Ayah saya tegas,tak banyak bersuara,nasihat dia tajam,yang disampaikan mesti jelas,masih bersikap toleransi dgn segala mcm alasan anak2nya..kalau mintak 10 item yang dibagi tak sikit sgt.tak byk sgt 2-3 saja.kata ayah lebih baik dari langsung takdak...

Saya?

Nak jadi macam ayah..

Cetusan said...

oohh sedunya..bahu yang memikul..

kenyalang said...

Salam,

Bagi si bujang yg dah boleh kawin tu, kawinlah. Jadilah ayah yg bertanggungjawab. Rasakan macamana nak pikul tanggungjawab serta kasihsayang terhadap keluarga.

kasihnya ayah sanggupnya berpisah kasihnya ibu membawa ke syurga.

Anonymous said...

kasih ibu memang tiada tandingan tetapi kasih ayah yang memberi kekutan

UmmuAimanIrfan said...

Mengalir air mataku bila membaca article ini. Kasih sayang ibu bapa sememangnya tanpa syarat...apalagi upah!

Anonymous said...

Salam ukhwah fillah.. Sedihnyer.. Teringat kat abah aku masa aku peluk dia kat majlis ceramah ustaz abdullah khairi.thanks ustaz coz menjadikan aku seorang yang lebih menghargai insan yang bergelar bapa. buat mustafa bin mehat, kaulah ibu kaulah bapa buatku.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis