Tuesday, October 20, 2009

Mata

Saya melawat blog seorang jurugambar profesional malaysia (blog.hadzleyharith.com). Aduhai! Betapa matanya merakam sesuatu yang indah dan pesona. Bahkan, dalam diam saya mengkagumi ketipan lensanya. Bukan sahaja gambarnya penuh cerita tetapi berdaya menghasilkan keinsafan dan kekaguman kepada Yang Esa. Baik bukit, kayu malah pantai latar fotonya mengingatkan saya kebesaran Tuhan.

Dan tentunya mata juga untuk melihat dan memandang. Adakalanya mata terperdaya dalam ketakutan. Cumanya, setiap orang mempunyai cara melihat yang tersendiri.

Bila takut, pokok pisang pun tersangka hantu. Bila ngantuk, jalan lurus pun disangka bengkok! Bila terlampau lena, mata sukar dibuka..lembam!

Cumanya, ada juga yang sering memilih dengan matanya untuk melihat kelemahan seseorang sahaja. Berilah apa sahaja, nescaya dia akan berjaya melihat negatifnya. Baik macamanapun sesuatu itu, pastinya dia buta. Buruk sahaja yang nampak dek matanya..

Jika demikian, wahai si celik tapi buta, bagaimana mungkin Tuhan mencipta sesuatu yang sia sia? Dan kenapa engkau tidak berusaha membutakan sahaja matamu? Kan lebih elok begitu supaya mulutmu turut membisu dari terus berbicara menyongsang Tuhanmu?

" sesiapa yang membenci, dialah yang terputus" Al-Kauthar ayat 3.

kamal fnd hashim

12 comments:

Azrul Adnan said...

betul tu apa yg en kamal cakap tu..kadang2 mata ni tersalah guna..coz lain yg di tgk selain keindahan dan kebesaran ALLAH..

Anonymous said...

ya,,en kamal,,ustaz saya pernah bgtau, mata adalah salah satu pancaindera utama yg menentukan seseorang manusia itu ke syurga or ke neraka,"alangkah ruginya mereka yg x buta tetapi x bleh melihat""

Cetusan said...

betul dek mata seribu mazhab akan timbul versi baik, versi benci.
tambah dicampur versi telinga..

ada orang bila benci tengok BAYANG pun boleh bertukar histeria,
ada juga bila baca nama,nama ID dan MAYA pun boleh jadi geram..

alkisah manusia.

faqhrule said...

buta mata tak bermakna buta hati, buta hati memang tak berguna kalaupun tak buta mata

kirana nakia said...

Salam kat semua
Mata memang organ yang sangat penting dalam hidup kita..kalau tidak, masakan Noorkumalasari nyanyi lagu bertajuk Mata..tak ke gitu en Kamal..erk..panggil encik..encik nie skima sangat la..panggil abang boleh? huhuhu..jangan marah ya abang kamal walaupun mata abang nampak saya secara maya je...:)

asilahmuhajer said...

jangan jadikan mata kita ciptaan yang sia-sia.

ajim said...

sebut pasal mata,,ade citer interesting nak share,,cter tentang first time tgk penganalisis jenayah kt tv malaysia,,first time saya tgk en kamal kt tv,dalam 5 thn lepas,time tu saya x kenal pon,nama pon x pernah dgr,,yg penting first word yg saya ckp,,"adik,mamat telinga capang ni bebel ape adik,telur ayam tu nak watpe".waktu tu adik saya tgk tv 1,ada talk tentang cegah jenayah,,segment bomoh penipu rasanya,guna cuka untuk tulis nama org kt telur,pastu sapu ngan abu kertas,then,timbullah nama org yg di tulis,,cam tulah,,,,adik saya jwb" mamat ni smart doe,penganalisis jenayah,tp gaya die cam polis,dari cara di ebercakap aku rasa die org johor jim,",penganalisis jenayah???malaysia ada ke???saya tanya balik kt adik saya,,,now,,after kenal en kamal, baru saya celik,,mmg hebat la brother ni,sape g talk die buat mmg x rugi,,byk knowledge kiter bleh dapat,,kalau ada talk yg kamal affandi buat pasni,pakat dtg ramai2 ye,,,hehee
p/s:don't judge a book by its cover and don't make your conclusion before you do the experiment,,,sori en kamal kalau saya menyinggung perassan anda=p

kenyalang said...

Anak = Mak! mana seluar Azrul?

Mak = Tengokle dlm almari tu.

Anak = Tak adalah mak, dah puas cari.

Mak = Azrul guna mata ke lutut?

Memang mata pacaindera ciptaan Allah yg amat berharga. Menfaatkanlah pemberian Allah itu ke jalan yg diredaiNya.

aminlandak said...

asslkum,cik kamal dulu saya ada post komen tentang komik remaja,mungkin ni lari dr tajuk en kamal (en kamal lebih pada jenayah)
so sekrang komik ni da sayasiapkan..saya arap en.kamal bolh tgk..kalu mau publish pun tak per..saya tak kisah..sbb benda untuk remaja yang da tak tau apa hidup ni



kepada semua bloger2 pun bolh lah tgk kat saya punyer blog

cheritapenglipurlara.blogspot.com

akak said...

Allah Maha Melihat

Anonymous said...

Asasalamualaikum,

PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG
(PERCUMA)

BERKAITAN:

1. ILMU HAQ, ILMU BATHIL, ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR

2. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.

TUJUAN:

1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN.

2. MEBELASAH, MEMUKUL, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

3. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS

4. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

5. MENGUBAT JIWA KOSONG, SUSAH TIDUR

6. MENGALAHKAN KEJAHATAN MANUSIA DAN MAKHLUK HALUS

HASIL
1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
3. SEMBAHYANG KHUSYUK
4. PERASAAN SUKA KEBAIKAN BENCI MAKSIAT
5. DAN BANYAK LAGI

INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

*LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

1. BERSIH RUMAH BERHANTU
2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
*TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*
RAWATAN
1. HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

Salah satu tanda kena serangan makhluk halus jahat

1. Sembahyang tidak khusuk / malas sembahyang
2. Pergantungan kepada Allah tidak kuat
3. Akhlak sukar dikawal-pemarah-ego -banga diri -cakap kasar -sombong -riak-cakap besar -khianat -lain lain perkara yang buruk
4. Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / pilu / sedih
5. Fikiran kacau bilau resah gelisah tak tentu pasal
6. Jiwa tidak tenteram
7. Hati cinta maksiat
8. Ada perasaan takut selain Allah
9. Dada sebak / sempit
10. Hati gatal
11. Susah tidur

*TERDAPAT JUGA RAKAMAN SESI PENERANGAN DALAM BENTUK DVD
BERMINAT HUBUNGI:
ISMAIL
(pakar bunuh makhluk halus)
019-3619305
http://ilmuhaq.multiply.com
email: ilmuhaq@yahoo.com.my

baby_ashue said...

Susah tidur disebabkan gangguan makhlus halus?
Saya laa org yg susah tdo di mlm hari..subuh br ngantok..
Bulan ramadhan pun xbley tdo.. Diganggu makhluk halus ke mcm tu?.. Cis bedebah..nk kono ni..bulan puasa pn x kene ikat ek :-)

Ada kah?
Xbley tdo,g jmpe psikatrik la.mintak ubat tdo.. Abez citer..

P/s: kamalfnd kena pegi ni,xtdo mlm kan.tp tkot2,baru nk berubat setan2 sume dah lari dlu.. Hikhik..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis