Friday, October 16, 2009

Tabik buat Mock Trial!

Dalam kekecohan,kesibukan dan kecemasan, sempat juga mencarik adat hadir di auditorium UIA malam tadi kalaupun lewat. Yang pasti, sangat sangat berbaloi menyaksikan projek penuntut jurusan undang undang ini.

Set yang sangat mudah; rentas perbicaraan mahkamah di mana seorang lelaki dituduh membunuh anaknya sendiri. Kerana hanya tiba kira kira 1008pm, saya hanya sempat tonton bahagian kedua mock trial ini. Best ker?

HULAMAK! Pecah pecah perut gelak tengok gelagat " pendakwaraya" dan juga saksi "Bapak Ayam"! Kelakar giler!! Senang cakap, saya rasa bangga dapat menyedut udara dalam dewan yang sama dengan pementasan yang sangat sangat menarik itu!

Tak lupa lakonan mantap oleh 'bapa mangsa' di akhir persembahan. (sedang orang lain bergelak, aku diam. Kenapa? kerana aku dapat membaca mesej yang dilontarnya dengan jelas. Noktah)

Kepada pengarah dan pendukung watak khususnya mereka yang saya sebutkan di atas, tabik sama lu!!!


kamal fnd hashim

8 comments:

Cetusan said...

salam Tuan,

dapat mesej boleh kongsi..

Unknown said...

bgtau la ape mesejnyer tuan..ape salahnyer berkongsi kan..hehe...

kamal fnd hashim said...

Bapanya marah bukan kerana benci. Marahnya kerana kecewa. Kecewa pada diri sendiri yang dirasakan gagal memberikan yang terbaik buat anaknya.

" aku di situ semasa Ana lahir..Aku di situ semasa Ana menunggang basikal buat kali pertama. Aku juga yang menghantarnya ke sekolah.."

Pada si bapa, bukan anaknya yang derhaka. Hanya bapanya (di matanya sendiri) sahaja yang tidak cukup wibawa..

Buat abahku sendiri, maaf kerana pernah menyakitimu..

kenyalang said...

Tima kasih, itu ke mesejnya Tn Kamal?
Saya Masih blur. Tdo jelah, esk bgun awal pergi sempadan (Serikin)nak Shoping.

Cetusan said...

senyum abahnya..bila ada kemaafan..

kenyalang said...

Alhamdulillah, Tn Kamal anak yang soleh. Bangga abahnya.

Anonymous said...

tp kenapa ade org ckp mock trial diz year sgt teruk??
cuba masuh blog minah ni..
http://bridetomei.blogspot.com/2009/10/mock-trial-uia-year-2009.html
dier kutuk habis mock trial...
hmm...

Faizul83 said...

saya betul betul bangga dan kagum dengan tuan.... kekadang ternampak tuan kat kawasan kuala lumpur ni datang ke sekolah sekolah memberi ceramah... bukan satu kerja mudah... terbayang saya perit jerih... tapi saya pasti tuan puas.... saya juga sedang cuba berkongsi/bincang tentang pengetahuan/pengalaman saya yang agak cetek untuk kesemua orang....

TAHNIAH BUAT TUAN..!!

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis