Friday, November 20, 2009

Lencun II

Banjir dengan kecaman dan spekulasi minggu ni! 5 penjenayah ditembak dan kritikus berdiri mengutuk tindakan Polis!! Kejam!!! Kejam!!!Kejam!!! bergema di corong radio dan skrin tv serta cetakan akhbar.

Lencun airmata ibubapa yang mendakwa tindakan Polis menyebabkan anak itu terbunuh. Lencun airmata orang yang tersayang mereka. Lencun juga dek peluh orang yang bangkit menuntut hak yang mati!

Barangkali dek banyak menonton filem tamil atau hollywood, ada yang beranggapan polis trigger-happy. Barangkali untuk mengaleh pandangan masyarakat, ada yang membakar semangat untuk 'menuntut bela'. Tak kurang yang bercakap tentang hak asasi penjenayah!!

Eh?

Kalau penjenayah, prinsipnya hak asasinya 'tidak bersalah sehingga disabitkan kesalahan', kenapa untuk polis "bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya'?Bagaimana pula hak mangsa mangsa penjenayah itu? Di mana pula hak asasi mereka?

Atau mangsa dan massa moden malaysia tiada hak pertahankan diri sementara penjenayah perlu sentiasa diselimutkan dengan suaka undang undang?

kamal fnd hashim

24 comments:

ajim said...

mungkin kat dunia ni,orang yg benar adalah bersifat resesif menakala orang yang salah adalah bersifat dominan,,kalau menurut hukum Mendel,,dominan yg mengawal resesif,,jadi dalam kes ni penjenayah yg mengawal pihak berkuasa,tu yg dgn satu kesalahan sahaja,pihak polis terus dianggap tidak benar dan dicop mohor bersalah,manakala penjenayah memerlukan byk sebab yg kukuh untuk menunjukkan mereka benar2 bersalah,,,en kamal, apa yg perlu diubah untuk hukum ini berubah???

Cetusan said...

kalau tersilap atau buat salah minta maaf ada boleh tak??, ala sesekali buat silap tembak, tak boleh elak.

azieazah said...

Tak tau nak komen apa...

tapi sentiasa teringat kata-kata “polis pun rogol orang..!”

Anonymous said...

Azieazah, tambah cket lg,
"polis gatal.."
Jaga jaga..

Saya kenal polis yg berpangkat pegawai buntingkan anak dara orang..
Polis kan manusia..
Ada nafsu.. Grrr.. Aumm..

:)

kenyalang said...

Salam,

Dah nak djdkn ajal mati tu di tgn polis, cmna nak buat. Redha ajalah, ajal maut kan Allah yg tentukan. kalau polis xtembak, tentu sekali polis atau org awam yg xberdosa yg menjadi mangsa penjenayah tu.

kakti said...

Salam sejahtera.

As Tn Kamal mentioned that penjenayah, pada prinsipnya hak asasinya, "tidak bersalah sehingga di sabitkan kesalahan".
This I believe applies to all criminals (samada orang awam, polis, tentera, ahli politik, orang kenamaan, pendatang asing dll)

Terima kasih kepada semua pihak yang berusaha untuk membendung jenayah dan memberkas penjenayah.

Our thanks to you too Tn. Kamal.

hanya mangsa dan keluarga mangsa yang merasai...

Anonymous said...

Andainya ada simpanan senapang patah kat umah, kemudian kelihatan 2~3 org dah pecah masuk rumah kita pukul 4 pagi bersenjatakan parang. Kita wajib tanya "Dtg nie nak mencurik ke? Dah mencurik ke belum?"

Anonymous said...

kalau orang tu mengancam nyawa kita.. da serang kita dulu.. tembakkan je.. kalau ta serang ugut je la pencurik tu.

yus_anakmelayu said...

Saya suke guna ayat "menilai tanpa melihat". Masyarakat yang terlalu pantas menghukum perbuatan polis menembak mati penjenayah bukankah masyarakat yang masih berada di bawah paras sedar? Beberapa soalan dikemukakan untuk kelompok masyarakat ini;
1) Sedarkah? Penjenayah yang ditembak jika dibiarkan akan mengancam nyawa orang lain yang tidak bersalah?
2)Sedarkah? Pihak polis mempunyai prosedur tertentu sebelum melepaskan tembakan? Tn. Kamal lebih maklum. Ingat senang2 ke nak bunuh orang ni? Mane nak wat report lagi lepas tu... macam2 la..
3)Sedarkah? Kalau anda menghukum polis, maka siapa lagi yang boleh kita harapkan? Anda perlukan polis, begitu juga polis memrlukan sokongan anda, baru semangan nak laksanakan tugas!

Sedarlah kita k!
Salam alaik.

Aizen said...

masyarakat yang kononnya ingin menilai tindakan polis yang dikatakan sengaja membunuh penjenayah.. majoriti masyarakat tidak memahami bahaya sebagai seorang penjaga keamanan.. pada saya ini tindakan wajar terhadap risiko yang ditanggung oleh polis.. dah lah gaji kecil.. kena pula mengadap penjenayah yang tiada peduli akan orang lain.. saya yakin.. polis juga manusia yang lakukan kesilapan.. tetapi pasti ada pertimbangan sewajarnya mengapa tindakan membunuh penjenayah dilakukan.. pada yang kutuk dan komplen mcm2 tu, sekiranya polis gagal kawal jenayah.. PUN mereka akan mengutuk juga.. jadi kepada semua pegawai yang menjaga keselamatan masyarakat dan negara.. lakukanlah apa yang sewajarnya untuk memastikan KAMI berada dalam tahap keselamatan terbaik.

Faizul83 said...

saya sebagai sorang pegawai polis yang masih muda dalam pasukan, rasa dan faham keadaan yang berlaku di antara pemuda itu dan polis tu.. dan sekiranyanya... saya akan buat benda yang sama..
apa yang terjadi dengan masyarakat sekarang banyak yang terpengaruh dengan unsur unsur cerita tv, sebenarnya rialiti berhadapan dengan penjenayah memang jauh berbeza...
mahu pulak dalam kes ni pemuda tu dalam keadaan amuk....
dan untuk pengetahuan semua tembakan sekiranya tidak kena tempat/organ penting, kita masih mampu untuk menyerang... bahkan takkan rasa sakin pun dalam masa 10 saat pertama...

dan kita selalunya buat keputusan dan pandangan kita berdasarkan emosi dan bukan minta/fikiran yang wajar... cuba kita fikirkan pada masa kejadian kita memakai seragam biru tua dan seorang pemuda yang hilang pertimbangan/akal meluru kearah kita bersama sebilah pisau... apa kita buat??? dan sekiranya polis tersebut tidak buat apa-apa dan ditikam mati... benda yang sama akan jadi di sebelah keluarga polis tersebut....

Cetusan said...

salam Aizan,

tak elok unggkit soal gaji anggota kerajaan.

azieazah said...

Betul kah GAJI POLIS kecik? hmmmm.... saya tak pernah tahu.. sbb selama ni dok dengar POLIS ada banyak elaun..

elaun kerja? elaun rumah? elaun perjalanan? lagi apa?
sila sahkan/betulkan jika saya silap..

Adakah kerana GAJI KECIK itu mendorong POLIS ambil rasuah? kerana ada peluang?

kalu tidak kenapa ada SLOGAN jauhi RASUAH..??

*bidang kerja saya takdak peluang nak ambil rasuah..

azieazah said...

Saya cuba meletak diri dalam keadaan yang dijelaskan oleh Sdr FAIZUL..

jika kita dalam seragam, itu tanggungjawab.. benar. Saya sokong.

Polis pun manusia biasa, adakala panik juga kan?

kamalfnd said...

apa faizul kata menarik juga untuk baca.

Untuk azieazah, gaji mat kampau ni memang kecik. Lencana yang depa pakai kat dada tu bukan peringatan untuk depa tapi untuk public yang nak menghulur rasuah!

Gaji kadar 8jam tapi kerja 18 hingga 20 jam tu! OT? mana ada beb!
Elaun memang banyak yakni dalam $200 je! Tapi kena ingat- ronda pakai moto sendiri, minyak sendiri, rosak sendiri bayar tau!

Kalau tak meronda kang, public bising sedangkan takda kenderaan untuk meronda. Jadi, belilah moto dengan cara potong gaji.

Pastu, meja beli sendiri,aircond beli sendiri, kerusi, cat, kipas, pen, kertas dan semua ni untuk kegunaan pejabat.

Oh ya! insurans pun kena beli sendiri..

Cetusan said...

terima kasih Tn kamal, info..

azieazah said...

Salam.. terimakasih Sdr Kamalfnd..

Saya cuba meletak diri di tengah-tengah.. Mengakui memang POLIS sangat diperlukan, dan sangat berjasa kadang2 kesian bila ada sebilangan/SEGELINTIR yang merintih.. tapi adatlah mana ada manusia yang pernah merasa cukup..

Hmmm... Polis Diraja Malaysia.. lebih dari 100 tahun.. kadang2 sian gak bila semua benda nak kene beli sendiri, kan?

Cetusan said...

dlam kes Menembak saya masih pegang 'sesekali buat silap' kes terpencil.

"".. ala sesekali buat silap tembak, tak boleh elak;;""

cuma yang saya tekankan soal NAK ngaku atau tidak..
soal kes terpencil dan tak semua masa berlaku sebegitu.

Cetusan said...

Bab Gaji dan rasuah juga, termasuk segelintir bukan semua, soal gaji dan masuk, jika sejuta sehari rasanya bagi INSAN di dunia masih tak mencukupi untuk berbelanja.

yang ditekankan adalah bersekongkol,
kawan buat salah kawan lain tumpang sekaki, tumpang minum, tumpang sorok. BUkannya bagi nasihat atau memboikot (jika tau wang 'memukat').Tapi bukan semua.Sekali lagi segelintir.

Cetusan said...

''''Pastu, meja beli sendiri,aircond beli sendiri, kerusi, cat, kipas, pen, kertas dan semua ni untuk kegunaan pejabat.

Oh ya! insurans pun kena beli sendiri'''??????

uhuhukk..uhukk batuk sejuk..

kamalfnd said...

Memukat? baru hari ni tau ada jargon memukat! kalau settle atau potong tau le!!he he he

Analogi "yang ditekankan" yang menarik dari zeqzeq. Keadaannya serupa seperti bilamana kita di dalam kereta dan kawan nak settle dan kita diam je...aduss!!!

yup..insurans berkumpulan tu kena beli sendiri. Kalau tak, mati katak le yob...

Faizul83 said...

ada jugak satu kes di chow kit lama dulu dimana sorang anggota polis mengejar penyamun di dalam lorong dan disebabkan tidak melepaskan tembakan beliau telah mati di tikam berkali kali dan senjata juga telah di curi.. dan baru baru ini juga (syukur sudah ada tangkapan) sorang anggota di kapak hingga koma kerana tidak sempat melepaskan tembakan, syukur umur beliau masih panjang...
dan keadaan ini juga sama dengan keadaan topik di atas.... cuma pada masa kejadian pemuda tu hilang pertimbangan.... kalau nak di masukkan di sini terlalu banyak kes anggota yang diserang dan cedera juga ada yang mati tapi jarang kita persoalkan dan ambil peduli....
sudah jadi lumrah kita memandang dari sebelah pihak... saya jugak tak lari dari tu...

Al Quds Travel said...

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun hebat untuk semua
pakej pelancongan!!!

Cetusan said...

dalam kes remaja, seorang Ayah sayang kepada anaknya, sayangnya cara membesar yang agak liar??

membuktikan kasih sayang dengan kekebebasan, bila terbunuh saman??
dalam Pusat hiburan??minum coca cola??

sudut pandangan berbeza dari segi kasih sayang seorang ayah..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis