Thursday, December 31, 2009

Mintak diri!

Ini ayat popular hari ini- Selamat tinggal 2009! Ayat mudah yang sukar..naskah yang banyak pengertian. Eh?

Dulu dulu, kalau nak masuk tahun baharu, ayat paling popular ialah, 'tak dapat kalendar ke?'
Masuk 80an, kalau nak masuk tahun baharu, yang paling popular - 'diari tak de ke?'
90an lak, ayat paling popular - 'tak de annual dinner ke tahun ni?'
2000an ni pulak-'takde bonus ke tahun ni?'

Laa, nilah evolusi tahun baharu rupanya! Yang tak berubah ubah adalah permintaan kita dari pihak lain. Cumanya, tak lak mintak permintaan kepada diri sendiri gamaknya! Eh? Ya la, mintak diri kita lebih cekap jalankan kerja, mintak diri kita berhenti merokok rokok sendiri (he he), mintak diri kita lebih kurus, sihat dsbgnya ek?Ahaks!

Ada la! apanya? Ada mintak diri! Camana? Tu yang AZAM tu!

Oooo, azam tu ek? azam tu untuk kita kepada kita la ek? O ya ke? eh, schizo bunyi nya!he he he...Cuma yang paling popular hari ini, detik ini- selamat tinggal 2009! eh mintak diri dulu ek!ha ha ha






kamal fnd hashim

p/s

Kepada kebodohanku, selamat tinggal kerana mendewasakanku. Kepada kecerdikanku, selamat tinggal kerana belum pasti tahun hadapan apakah bernasku masih ada..

7 comments:

akak said...

Assalamu'alaikum.

Rasanya belum terlambat bagi akak untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah 1431 kepada Tn Kamal,Ashue, Hanifi, Laili , Kenyalang, adik2 dan anak2 sekelian.

Dalam usaha kita untuk menjadi insan yg lebih baik, moga kita akan terus mendapat keberkatan drpdNYA dan dikurniakan kesejahteraan dunia akhirat.

Cetusan said...

naik gaji..

ashue said...

naik gaji.. yes.. best...
sokong!!! (sambil mengetuk2 meja mcm dalam parlimen)

hehe..

kenyalang said...

sapa nama pemuda yg berdiri dekat YAMAHA WBF 8814 tu zeqzeq?, bagitau org kampung kirim salam ya. he, he, he.

minta dirik dulu.

ajim said...

alhamdulilah,,selamat tahun baru,, ternyata Allah masih memberi peluang utk diri ini memperbaiki diri,,hijrah

Cetusan said...

kenyalan,
u bayangkan jika pakai jean ketat duk belakang??..lepas itu tekan Break slow slow dua tiga kali..bersama BF..hihihik..

Ain Humairah said...

ayat bakal popular tahun 2010:

eh da kahwin ker? oo da kahwin..

eh da berapa org anak?

Gud luck cik kamal..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis