Maaf dah lama tak menaip.
1. Ada yang makan hati sebab saya tak tulis ehwal mereka. Katanya, kenapa angkat satu tempat ini sahaja dan tidak mereka? Jawapannya ada di bawah.
2. Ada yang makan hati sebab bayar sama tapi respon kepada saya lain. Katanya, depa pun bayar sama tapi kenapa tempat lain lagi meriah? Jawapannya ada di bawah.
Bukannya saya mahu membezakan antara satu sama lain. Hakikatnya, ada di antara mereka yang masih terus berhubungan bertanya khabar menerusi sms atau email walaupun event dah bertahun berlalu. Tetapi, ada yang langsung bezanya bagai langit dengan bumi sebelum dan selepas event!
Sebaik sahaja tamat event mereka, hubungan yang sebelum itu sangat meriah tiba tiba tamat! Jika sebelum itu bukan main tawaduk, lepas itu terus berpatah arang berkerat rotan. Kenapa? kerana saya tidak diperlukan lagi.
Masalah yang kedua pula, bila bayaran khidmat itu sama tetapi respons crowdnya berbeza. Barangkali dari segi kehadiran kot. Now, ada penganjur yang sanggup bermandi peluh dan membuat promosi bagai orang gila menarik jumlah kehadiran. Seawal 2 minggu hinggalah saat saat akhir, rangka promosi dibuat dengan giat. Ada pula yang buat ala ala kadar sahaja. Eh, ala kadar? Dah kalau hanya tampal dan edar risalah itu namanya promosi, hmmm, memang patutlah kurang sambutan.
Contohi pelajar UNITEN Tragedi Berdarah. Tengah malam sampai subuh nampal banner, letak bunting di tempat strategik, walk-talk-stop, sms, email dan bermacam macam lagi dibuat mereka. Begitu juga Fadhil UiTM Melaka dan jkuasanya. Saya sampaikan ulang alik 2 3 kali tengah malam hanya untuk mereka!
Saya juga tidak menulis tentang Nurul Aiman dan kawannya di UIA yang kerananya saya memaksa diri berulang alik separuh malaysia! Ada mereka kata apa apa? Ada mereka mengomel kerananya? Tidak! Kenapa? kerana mereka tahu apa yang saya fikirkan dan tanggapan saya tentang mereka. Bila saya tulis Segamat yang terlampau, itu kerana mereka berhak mendapat penghormatan saya. Bukan kerana apa tetapi atas usaha dan inisiatif yang mereka lakukan dalam sejarah peribadi saya.
Saya sentiasa match apa yang orang berikan. Prinsipnya meet or beat your expectation. Nilai RM1 adalah RM1. Malahan banyak kali saya buat nilai RM1 sebagai RM2. Bahkan, yang berikan RM0 tetapi saya buat dengan nilai RM1 juga. Selepas event, saya pasti bertanya samada puashati atau tidak. Sehari dua selepas itu saya kembali follow through bertanya respon dan follow up. Kalau misalnya tak puashati, saya ada money back guarantee.
Natijahnya, bukan saya tidak mahu menulis tentangmu, tapi nanti kau sendiri yang malu. Jadi, tepuklah dahimu dan tanya sendiri di mana jujurmu.
kamal fnd hashim
p/s
Kalau kutahu aku dinilai dengan wang, sudah tentu kulemparkan sahaja wangmu itu ke mukamu agar kau tahu itulah nilaimu.
Friday, February 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
28 comments:
dah namanya manusia, tuan
lalai dan lupa kekadang meracun jiwa tanpa kita sedar...
sabar aja lahhh..
bila kita ikhlas buat kerja, yg bekerja dgn kita pun ikhlas berkerjasama..insyaallah berkat dari NYA berlipat ganda..yg sikit pun nampak byk..yg banyak lagi lah nampak meriah, yg kurang pun tak terasa..yg lebih lebih tu bawak2 lah kongsi bersama...
selamat berjaya!
:D
hahahahahha adush macam tu punya orang pun ada ka.. haiyak.... dah bagi lebih pun kira besaq rahmah dah tu.. heheheh bro bagi penampaq kat dia sedas baru dia tau
Slm Tuan Kamal, persembahan anda di UITM Segamat tempohari memang best! Saya ibunya memang tak pergi tengok cuma jengok di blog jer. Anak dara saya dan teman-temannya yg komen. Sungguh berimformasi dan bila bab kelakar tu sampai patah kerusi diaorg gelak. Siap rakam dlm henpon lagi. Teruslah memberi motivasi,ilmu, nasihat, tunjukajar dan amaran berguna kepada mereka. Kasihan anak-anak muda kita, mencabar sungguh ranjau kehidupan yg sedang dan bakal mereka lalui. Semoga Allah berkati usaha murni tuan, amin...
Dasar Penilaian Manusia Perkara Lapan Akta Sendiri Bikin;
1) Berguna
2) Menurut Kata
Gua?
1) Geleng kepala
2) Tidur
3) Malas Mahu Ambil Pusing
SAYA SARANKAN AGAR PERSATUAN KELUARGA MANGSA JENAYAH (PKMJ) DITUBUHKAN AGAR BOLEH DAPAT SUMBANGAN RAMAI & TAJAAN KORPORAT DEMI MENYEDARKAN PARA PELAJAR TERUTAMANYA DENGAN CERAMAH ROADSHOW SUPAYA BELAJAR RAJIN2 SEMASA DI SEKOLAH MOGA2 NEGARA SEMAKIN MAJU LANTAS CCTV BANYAK YANG AKHIRNYA PENJENAYAH TAKUT MAHU BUAT JAHAT LAGI.
Yup i like uitm melaka.
bez gler.. thank 4 d nan cheese.. lupe ckp terima kasih aritu..
p/s: eh brg2 tu jgn buat rete sendiri tau=)
#bdak2 OM aritu yg nak jd secretary i, shout je kat cbox.. i nak crik secretary ni..
Salam, Tn Kamal,
Disedari rata-rata manusia di muka bumi Allah ini memang tak pandai puas2. Sabarlah tuan, teruskan usaha murni tuan itu. Moga Allah sentiasa bersama tuan dlm menghadapi segala dugaan berhadapan berbagai kerenah manusia.
nak dikatakan pelbagai corak,sesuai ka? Kalau corak batek 1 Malaysia boleh kan?
sabar sabar,
nak kena puji juga ker?
xmakan pujian la kamalfnd ni,zeqzeq..
Dia mkn beriyani je 3pinggan.. Hahaha..
sdr kamal,pada pendapat saya,anda org yg sentiasa cuba bersifat optimistic,tetapi kdg2,bila terlalu panas,anda akan menjadi celuparmistic kan,,huhuu,,just my opinion,,ape2pon,bukan mudah nak puaskan hati semua org,,sedangkan seorang ayah yg punya anak 3 pon susah nak puaskan hati ketiga2 org anaknya,,
Tak elok mkn bryani bnyk sgt tu. Nanti berat btmbah dari 45 kg ke 80 kg. Gendut...he, he, he.
slm tuan kamal...
biar org nilai dari nilai wangnya..
x kemana org jenis ni..
sabar bnyk2..
aku ni bukan celupramistic- aku ni mulut tak cebok! he he he
keuntungan mulut lepas adalah tidak memendam perasaan dendam,cakap situ habis situ,sentiasa tiada apa nak perlu difikirkan cth cara nak cakap nak tegur nak susun ayat..
xramai kawan...yg ada sekeliling hanya yang reti menghargai dan tahu rentak serta yg ikhlas dan jujur sebagai sahabat dan kawan...kira quality friendla...bukan quantity..
terkadang xfaham bila segelintir berkira duit...sebanyak ini bayarannya sebanyak ini hasilnya atau lebih...bergantung pada bagaimana seseorang menilai apa yg dibayar dan apa yg diusaha..
terkadang sesuatu perkara itu xternilai dengan duit...bergantung juga bagaimana perkara itu dihargai...ada yg sanggup bersusah payah kerana ia..ada yang sambil lewa kerana ia..ada pula memikirkan ada duit semuanya boleh dimiliki....anda silap...walau realitinya duit adalah penggerak dan nadi dibumi ini tetapi syukur kerana manusia masih segelintir mampu menilai,menghargai,menyanjung dan menyemat sesuatu ilmu itu lebih tinggi dari wang ringgit hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk ia...tahniah kepada semua yg nampak nilai sesuatu ilmu itu...
ampun datuk bendahara Jebat.
Patik hairan nilai nilam dan kaca berbeda rupanya. Kaca lebih bernilai daripada permata..
Sumpah tok, patik bukan menagih uang tapi patik kumpul dana untuk anak anak bangsa patik yang lain yang tidak menikmati ilmu hanya kerana mereka orang orang desa. Ufti ini patik himpun buat belanja perjalanan dan perhimpunan mereka.
Ampun patik Datuk Bendahara Jebat.
Tapi jangan lupe, 2 things yg memusnahkan hidup lelaki..
ehemm ehemm..
PEREMPUAN & DUIT.
*cthnya;TIGER WOOD bukan nama sebenar* uhuks..uhuks..
as-salam TN, kekadang kreditpenting untuk naik nama, puji jer kan??
lain kali boleh pangil lagi bila kena puji, bos dia pun kembang juga.
Ashue juga wanita..(bukan nama sebenar)..tapi harap ashue insan baik hati/tak dendam tak bocor rahsia saya..
ashue: hehehe its all come back to BU&DU.... hehehehhe lepas salah satu alhamdulillah.. lepas dua dua ok.. kadang laki ni bab DU ok.. tapi BU tu susah sikit.. jadi jawabnya kawinlah.. maka hilanglah masalah BU hehehehhe
Pesan Bujang padaku semalam, kalau laki suka makan madu, masuk lebah dlm baju nye biar lebah tu buat sarang kat badan nye. Kalau kena sengat padan muka nye.
Fikirlah sendiri.
kalau dah kawen pun masalah BU tu x selesai cane?uhuk..uhuk..
ahaks!!!nak mohon derhaka tak nie?
silap tu nilam by of course lebih berharga dari kaca...since tidak ternilai dgn matawang maka tidak mungkin rendah bayarannya kan?usahalah lebih sikit untuk mendapatkan yg terbaik benar?jika mahukan kualiti?ia datang dengan harga..walau xsepadan tapi biarlah berpada...penat2 belajar obersee xkan bayarannya macam guru sandaran...benar?xkan la g wat ceramah jauh2 semagta2 sesikat pisang?setandan pun xpela jugak boleh wat niaga...ngeh ngeh...inilah nasib orang nak berbakti...baik...mudah kena pijak...aloah dia tu bolehje...bape2 pun diambilnya...tabahlah menongkah arus...kerana orang yg berjaya adalah orang yg cekal menongkah arus tanpa kira penat dan lelah.....
aduh... kalau masalah BU tu tak selesai gak pas kawin.. cari lagi satu BU... sampai BU,BU,BU,BU jugak tak cukup taktau nak cakap aaa
bubu la ek..
uhuks..uhuks..
Mr. Faizul, apa susah2 tambah je huruf R di hujung BU BU tu. Maka jadilah BU BUR boleh pula dimakan. Cite makan lagi.
Salam...
En. Kamal...saya berminat mendapatkan perkhidmatan en. kamal...bagaimana cara untuk hubungi...
Kerjasama amat dihargai...
salam tuan..bagus hujah tuan kali ni..biaq pi la orang cam tu
ape la, uitm segamat keen puji n nak jeles.
hidup ni kan cam roda, kejap kite kat ats, kejap kat bawah..skarang mungkin giliran uitm segamat n seantero dgannya, lain masa institusi die lak kan??
ape2 pun, tuan is the best!
Ms.Ezora
I easily found your email address from your profile.
ezora.hashim@yahoo.com
I'd suggest that you view Dr. Kamal's profile to get his email address.
Other interested individuals/parties should take the effort to do so too.
Best wishes.
urmm
update2
Post a Comment