1. Perbicaraan sedang berjalan sekarang dan saya bukan ahli mana mana parti. Tetapi ada yang sms kepada saya semalam dengan lkurang mesejnya " Fitnah itu lebih besar dosa dari membunuh. Sesiapa yang menyokong La'natullah!".
2.Saya tahu tujuan sms itu kerana penghantarnya menyokong salah satu pihak. Tapi bila ia dilemparkan seolah olah kalau tidak menyokong pihak tertentu maka kita dalam laknat Allah, saya hanya tersenyum. Kenapa? Yalah, beria ria seolah dia, yakni yang cenderung kepada salah seorang itu, turut terlupa dia juga sedang menyokong dan menyebarkan fitnah! Macamana dia yakin dia betul dalam hal sokongannya itu?
3. Persoalannya- Bagaimana kalau misalnya seseorang yang disokong kita itu tidak berkata benar? Bagaimana kalau pihak yang disokong mati matian oleh kita itu sebenarnya yang berdusta? Bagaimana kalau sebenarnya kita yang sedang menjadi jentera menyebar fitnah? Macamana nak buat kalau akhirnya kebenaran didapati begitu?
4. Lebih menambah kronik, dalam kes Saiful vs Anwar ini misalnya, ia dibicara secara tertutup atas permintaan peguam. Maka, banyaklah fakta yang bakal tidak diketahui. Bertambahlah nampaknya spekulasi dan kerja tukang sebar dan spin!
5. Dan ini jawapan saya - semasa kejadian hanya ada 2 orang itu sahaja. Samada seorang berdusta seorang tidak, dua dua berbohong, atau keduanya berkata benar, hanya mereka dan Allah yang tahu. Kalau nak jugak terbabit dalam ehwal ini, pakailah otak dan rasio bukannya otot dan emosi! Susah susah ikut sahaja jejak bukti @ follow the evidences. Evidence never lies kerana telah tetap pada QadarNya.
6. Kepada semua rakyat Malaysia, samada dari kabilah mana sekalipun anda cenderung, samada tukang sorak, tok dalang, kaki kipas waima kaki wayang sekalipun, nasihat saya - tidak perlu ikut sedap mulut. Bertenang dan biarkan proses mahkamah berjalan lancar. Allah suruh guna akal dan kita yang sentiasa dalam solat mintak tunjukkan jalan yang lurus- Ikutlah jalan yang lurus yakni jalan orang orang yang disayangi, bukan orang yang dibenci tidak pula yang sesat!
Masakan Allah menipu dalam janjiNya!
Thursday, February 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Kalu nak ikut demonstrasi pun rasa macam buang masa, buat letih badan...
Benar ~ seperti yg saudara katakan ~
"pakailah otak dan rasio bukannya otot dan emosi! Susah susah ikut sahaja jejak bukti @ follow the evidences. Evidence never lies kerana telah tetap pada QadarNya.".
Dan...kita tunggu ajelah apa kesudahannya nanti yg bakal@telah ditetapkan Ilahi...kerana semuanya ada hikmah tersembunyi.
salam tn kamal, lama tak menyingah, sibuk keje
yg pasti kita tunggulah siapa yang terkena dan siapa yang dikena..
saya baru balik mahkamah ada bicara 2 kes berbeza... aman ja tgk... alhamdulillah takdak dah kecoh kecoh macam mula mula... wartawan ramai sungguh
"Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya"
http://eelobor.blogspot.com/2010/01/khabar-angin-vs-fitnah.html
saya cuba utk bersifat optimistic,tetapi apa yg saya harapkkan,dlm kes ini jgn ada yg teraniaya,itu sahaja,soal salah atau betul,Allah lebih mengetahui,,
hukum kedua2 sekali baru ADIL..
Apabila kita jadi fanatik, kita akan lebih cenderung mengikut nafsu.
Saya menyokong pendapat/pandangan Tn.Kamal. Bolehkah penyebar SMS seperti ini didakwa??? atas dakwaan menghasut?ka....
semoga mahkamah dapat mengadilinya dgn adil dan 'bermaruah'.
salam ,
nampaknya politik dan akhbar kita sibuk dg isu liwat -meliwat ....
winterl..
lalu kita pun terikut dgn akhbar..
oleh itu belilah akhbar yang.agak ,telus..walaupun buka 80%..
akhbar yang hormati orang |Melayu dan Islam..spt yg tada TOTO result..
SAHAM juga bila beli..walaupun tak baca..
sebab kita ada pilihan keculai dulu tada pilihan..
Isu liwat amat disensasikan sekarang...malu bila tengok Tv dengan anak-anak.imbul pulak kes baby
pun kena liwat.Malunya betul rasa.
Geram marah malu berbaur jadi satu.
Apa dah jadi dunia sekarang.Kemana
pergi akhlak manusia sekarang.
agama yang mengawal manusia,bukan manusia yang mengawal agama..
Dua2 pun org Islam..ikut je la ape Allah s.w.t da suruh..klu tuduh zina..xde saksi sume..hukum qazaf..lg pun tgk ayat si saiful ni mcm meragukan..kenapa la dia g kuar pakai towel je..sesuai la dgn pointer yg dia dpt masa di uniten dulu..
Post a Comment