Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Wilayah!

1. Selamat Hari Wilayah- Saya tumpang gembira dengan rakan rakan yang kini menjadi Orang Bergelar. Dulu orang biasa sahaja, sekarang orang luarbiasa! Cumanya, janganlah segan pulak nak bercampur dengan Orang Kebanyakan ya? Sejarah dalam hubungan saya banyak dah terjadi sedemikian dan diharap Orang Bergelar yang baharu belajar dari kesilapan orang orang lain.

Saya pun ada kawan yang jadi Datuk Bandar, YB, Menteri Besar, Tim Menteri. Saya akui saya kawan mereka. (Cuma tak pasti sama ada mereka masih anggap saya kawan mereka lagi ataupun tidak! he he) Kadangkala terjumpa, meriah suasana! Boleh berhenti seketika dan bertanya ehwal kita. Sampaikan di celah celah manusia, dia sanggup datang kat kita andai ternampak! Huaaaa, besar sungguh penghormatan yang diberikan pada kita!

Pun begitu, dahulu juga ada rakan yang kamceng gigit. Comolot lagi rapatnya! Bila dapat gelaran, tegur kitapun tersipu sipu! Duduk bersebelahan pun dah tak pandang kita. Muka dipaling tempat lain. Sungguh!! Tak termasuk yang sekarang dah jadi kaya, pegawai besar waima pegawai kecik yang berlagak besar. Hulamak, bongkak semedang! Bahkan, saya pernah terkulat kulat berdiri, tersenyum kelat kerana tangan dihulur tak dijabat. Macam terlupa bahawa kerana kita dia di sana! ha ha ha

2. Bercakap pasal kawan, saya pernah kecundang beberapa kali bagai seorang anak miskin yang menagih simpati. Bayangkan, bila dia susah, kita wajib ada. Bila dia senang, kau siapa aku siapa katanya! Bahkan saya asyik kena kencing aje! Resmi manusia agaknya?!Saya hanya doakan mereka berbahagia.

3. Ini rumusan saya sekarang. Barangkali ada baiknya kalau berkawan dan menabur jasa kepada orang politik sahaja kerana kalau tak berbalas baik kita, sekurang kurangnya taklah kita sengsara kerana mereka sememangnya begitu; amnesia dan pelupa!! Ahaks!!

kamal fnd hashim

p/s

5 comments:

LailaAlfisyahr. said...

ragam manusia ni sebenarnya kelakar kalau kita diam & perhati sebentar ;)

akhir zmn ni, kita dh tak tahu siapa patut kita percaya, siapa patut kt hormat

ashue said...

Nak ckp pasal ragam manusia, yg berckp ni pun manusia jugak.
Apa yg pasti,bila manusia dah berpangkat,mula dikenali, tak byk,sikit mesti ada gap antara Dia dan kita2 ni.

Benda yg plg xberkenan= bab masa.
Agaknya,org2 yg perasan bagus ni, rasanya diorg ni semua pakai jam harga riban2,tp tetap xboleh nk tepati masa..
Yg kita,org biase2 ni, melangok la tggu dia mcm dah xde keje lain.
Bler dtegur nanti melantun balik kat muka kita
"Awak nk jmpe sy ker,sy nk jmpe awak? Mase awak pntg ke,mase sy lg pntg"

Sbenanye,dia boleh dtg cpat pun,tp saje je nk tnjuk yg dia org pntg kann..so org yg xbrape penting ni kena la tggu dia.
Hmm..Iyekan je la..

Faizul83 said...

hahahha macam tu lah selalunya...

saya sehari sebelum hari wilayah bertugas 24jam, habis bertugas 24jam terus sambung DCC 12jam... heheheh
bagi warga PDRM tak pernah ada makna cuti umum dalam hidup ^_^

ajim said...

mereka semua hanya kawan en kamal,, jadi tak mengapa,,doakan saja mereka,

jebat derhaka said...

salam semua...wah! cik ashue....pekat benar kahak yg diludah...kesumat benar..

en faizul...saya pernah dgr lagu askar...satur angkap dia saya ingat...abang buat abang yg tanggung...so itu lumrah la ekk dalam pasukan keselamatan ni ..
bagai saya...no komen...sebabnye...perkara inilah yg mengukuhkan lagi peribahasa kacang lupakan kulit...ada jugak gunanya orang begini sebab kalau xde nanti...maka hapuslah istilah itu...peace yah!!!=)

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis