Sempat tonton doku The Malayan Emergency di History Channel? Jika tak sempat, saya sarankan tontonlah doku yang dikira Skim Wajib Tonton ini! Lagipun ini kan bulan kemerdekaan. Maka ada baiknya kalau kita mengetahui asal usul dan sejarah tanahair kita sendiri kalaupun sedikit.
Ya, saya pernah menulis tentang propaganda Komunis , pakar psy-ops CC Too dan perjuangan anak bangsa yang lain. Dan tatkala menonton doku seperti ini, bulu roma saya pasti meremang dan kadangkala hati juga sentap sendu. Kenapa? kerana anak anak kerdil ini, kalau berselisih bahu dengan kita pun, entah kita kenal entahkan tidak!
Katakanlah satu pakcik, apek atau ayya yang datang kat kita dan nak tanya sesuatu. Kita pulak memang alergik dengan senior citizen dan layanpun kerana terpaksa. Acuh tak acuh je kita jawab sambil jari kita sibuk balas sms ataupun layan FB. Agaknya, macamana roman wajah kita kalau tiba tiba pakcik, apek atau ayya tadi dengan lembut cakap," Nak, salah ke pengorbanan saya sampai macamni awak balas?"
Nah, kalau bimbang itu terjadi, serbulah pameran kemerdekaan di Muzium Negara mulai esok.Barangkali banyak yang kita boleh pelajari. Atau sempena bulan merdeka ini, carilah mereka dan jabat tangannya seraya mengucapkan terimakasih kepada wira tak dicanang ini.
Ya benar sayapun ada buat doku seumpama The Malayan Emergency dan telah pun lama siap. Judulnya Kasa Merah, Si Saka Biru. Finas, yang buat doku kualiti antarabangsa seperti dgn History Channel atau AETN All Asia kata ok dan tiada masalah samada teknikal dsbgnya. Responden yang menonton pun kata meleleh airmata. Wakil PDRM yang tonton pun kata inilah dia. Tapi nak buat camana coz panel penilai RTM tak setuju dengan pendapat2 ini. Kata mereka-opening tak sesuai, jalan cerita berterabur, idea ada tapi treatment tak menarik, suara latar macam kisah seram..
Tapi kenapa 3 orang panel penilai itu pun tak pernah pulak hasilkan doku seumpama itu sepanjang karier mereka ya? Dan doku Mansor Puteh pasal Tunku Abdul Rahman mereka yakni panel ini luluskan pulak walhal..tak apa lah..no komen! Mungkin kerana kasta perjuangan yang berbeza kot?
Tak kisahlah siar tak siar. Bukan RTM nak kena bayarpun.Yang mustahaknya, sempena bulan kemerdekaan ini, tanyalah sendiri diri kita. Apakah dengan mengibar bendera maka itu sahaja tanda patriotik? Atau kisah pemimpin sahaja itu yang dinama sejarah? cerita anak bangsa yang gugur mempertahannya dikira tiada apa apa?
Jawapannya barangkali seperti saya katakan tadi. Sementara kerajaan berusaha mengingati pengorbanan si anak bangsa, kita beriya-iya memadamkannya kerana bagi sesetengah daripada kita apalah sangat sumbangan mereka itu pada sejarah negara? Apalah sangat istimewanya pejuang2 kerdil itu sehingga kita perlu mengangkat kisah mereka, ya?
Atau kerana kita sendiri tidak mampu menandingi mereka dan cara yang terbaik untuk menutup malu itu adalah melenyapkan usaha mereka yang terdahulu?
kamal fnd hashim