Monday, August 16, 2010

The Malayan Emergency

Sempat tonton doku The Malayan Emergency di History Channel? Jika tak sempat, saya sarankan tontonlah doku yang dikira Skim Wajib Tonton ini! Lagipun ini kan bulan kemerdekaan. Maka ada baiknya kalau kita mengetahui asal usul dan sejarah tanahair kita sendiri kalaupun sedikit.

Ya, saya pernah menulis tentang propaganda Komunis , pakar psy-ops CC Too dan perjuangan anak bangsa yang lain. Dan tatkala menonton doku seperti ini, bulu roma saya pasti meremang dan kadangkala hati juga sentap sendu. Kenapa? kerana anak anak kerdil ini, kalau berselisih bahu dengan kita pun, entah kita kenal entahkan tidak!

Katakanlah satu pakcik, apek atau ayya yang datang kat kita dan nak tanya sesuatu. Kita pulak memang alergik dengan senior citizen dan layanpun kerana terpaksa. Acuh tak acuh je kita jawab sambil jari kita sibuk balas sms ataupun layan FB. Agaknya, macamana roman wajah kita kalau tiba tiba pakcik, apek atau ayya tadi dengan lembut cakap," Nak, salah ke pengorbanan saya sampai macamni awak balas?"

Nah, kalau bimbang itu terjadi, serbulah pameran kemerdekaan di Muzium Negara mulai esok.Barangkali banyak yang kita boleh pelajari. Atau sempena bulan merdeka ini, carilah mereka dan jabat tangannya seraya mengucapkan terimakasih kepada wira tak dicanang ini.

Ya benar sayapun ada buat doku seumpama The Malayan Emergency dan telah pun lama siap. Judulnya Kasa Merah, Si Saka Biru. Finas, yang buat doku kualiti antarabangsa seperti dgn History Channel atau AETN All Asia kata ok dan tiada masalah samada teknikal dsbgnya. Responden yang menonton pun kata meleleh airmata. Wakil PDRM yang tonton pun kata inilah dia. Tapi nak buat camana coz panel penilai RTM tak setuju dengan pendapat2 ini. Kata mereka-opening tak sesuai, jalan cerita berterabur, idea ada tapi treatment tak menarik, suara latar macam kisah seram..

Tapi kenapa 3 orang panel penilai itu pun tak pernah pulak hasilkan doku seumpama itu sepanjang karier mereka ya? Dan doku Mansor Puteh pasal Tunku Abdul Rahman mereka yakni panel ini luluskan pulak walhal..tak apa lah..no komen! Mungkin kerana kasta perjuangan yang berbeza kot?

Tak kisahlah siar tak siar. Bukan RTM nak kena bayarpun.Yang mustahaknya, sempena bulan kemerdekaan ini, tanyalah sendiri diri kita. Apakah dengan mengibar bendera maka itu sahaja tanda patriotik? Atau kisah pemimpin sahaja itu yang dinama sejarah? cerita anak bangsa yang gugur mempertahannya dikira tiada apa apa?

Jawapannya barangkali seperti saya katakan tadi. Sementara kerajaan berusaha mengingati pengorbanan si anak bangsa, kita beriya-iya memadamkannya kerana bagi sesetengah daripada kita apalah sangat sumbangan mereka itu pada sejarah negara? Apalah sangat istimewanya pejuang2 kerdil itu sehingga kita perlu mengangkat kisah mereka, ya?

Atau kerana kita sendiri tidak mampu menandingi mereka dan cara yang terbaik untuk menutup malu itu adalah melenyapkan usaha mereka yang terdahulu?

kamal fnd hashim

8 comments:

soffian said...

Salam Tuan,

Salam ramadhan & salam kemerdekaan.

Bulan ni memang bulan penuh penghayatan, selain menghayati betapa kerdilnya kita sebagai makhluk Allah di bulan Ramadhan ini, kita juga perlu menghayati semangat patriotisme yg sebenarnya semakin menipis dalam kalangan rakyat Malaysia. Mungkin kerana terlalu bertuahnya kita hidup di bumi Malaysia ni hingga terlupa pengorbanan org2 terdahulu. Maybe kebanyakannya anak pasca-merdeka.

Teringat saya sewaktu kenangan menyertai pasukan debat universiti dahulu dalam debat kemerdekaan tahun 2003, dalam pertandingan suku akhir antara u saya dgn USM, tajuknya 'Penghargaan pada tokoh kemerdekaan sekadar pada nama'...

Walaupun kami tewas, tapi persoalan tu masih lg terawang2 dalam pemikiran saya sehingga kini, bukan kerana kekalahan itu, tetapi kerana tajuknya. so, saya ingin bertanya kepada paraq komentar, cukupkah penghargaan kita pada mereka2 yg byk berjasa ini hanya sekadar pada nama? fikir2kan.

sakai said...

"kita sendiri tidak mampu menandingi mereka dan cara yang terbaik untuk menutup malu itu adalah melenyapkan usaha mereka yang terdahulu"..mungkin itu jawapannya,,,

kenyalang said...

Salam Pagi Selasa Serta Slmt Berpuasa...

"Malayan Emergency" chanel doku 555 jam 10 pm hingga 12 pm..mgkin rezekiku mlm tadi..smpt ku tonton sampai habis..

Mmg sedih dan pilu menyaksi tayangan ini...
Teringatku dsekitar tahun 60an ..itupun saat2 negara dh mula reda dari ancaman komunis..masa itu mgkin usiaku dlm 5thn atau 6 thn..aku tinggal di kpg yg tersenarai black area ketika itu..
Cuma ku ingat...adanya anggota keselematan DiRaja Malaysia yg sentiasa mengawasi kpg kami dan seluruh kwsn hutan..
Kdg2 ada pula saat perintah berkurung..tak dibenarkan keluar rumah dari jam 6ptg sampai 6 pagi..bnyi helikopter berligar-ligar2 di udara..siang mlm..detik2 kecemasan kami mmg terasa ketika itu yg tak dpt kulupa hingga ke saat ini..

Eh..mengapa pula kita perlu melenyapkan usaha mereka yg terdahulu..seharusnya kita sanjung pengorbanan insan2 yg kerdil ini..ianya amat bernilai bagi negara yang sudah lama merdeka hasil perjuangan murni tersebut..
Alfatihah utk yg telah tiada sempena Bln Ramadhan ini moga roh mereka dihimpun bersama org2 soleh bg yg muslim..dan yg masih hidup didoa moga perjuanganmu terdahulu dan perjalanan hidup sentiasa dirahmati yg maha Esa..

Tuan Kamal U'R the best..teruskan perjuanganmu..

Salam Kemerdekaan..

MIM YA LAM HA

Faizul83 said...

nak tgk.. tapi rumah takde astro.... tapi memang minat sangat ngan doku yang memaparkan tentang peperangan/sejarah...
nanti cari cd atau download dalam internet lah...

♥Chura♥ said...

Bulan ni History Ch mmg banyak citer pasal sejarah Malaysia.. Al-maunah etc..

Zechs said...

ye lah dari nat geo citer pasal keindahan malaysia kat history dok citer sejarah malaya...
rugi tol rakyat malaysia law tak tgok...

ded1 said...

kepada encik kamal dan semua,

saya rasa sangat perlu pihak kerajaan sekarang dengan kerjasama sesiapa amat sesuai buat masa sekarang membangkitkan kesedaran sejarah kepada SEMUA rakyat malaysia tanpa mengira latarbelakang. Ini untuk meredakan isu yang "panas" ketika ini.

ASASSUDIN said...

Dr,

Saya rasa lebih baik Dr. uploadkan video tu dlm youtube...
Boleh saya nengok...

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis