Wednesday, August 11, 2010

Salah baca

1. Encik Soffian Dumex menghubungi saya dan bertanya samada dia yang saya maksudkan di dalam posting kisah dalam kelambu. Dia risau ada kesilapannya mentelah setelah cuba menelefon berkali kali, saya tidak dapat menjawab! Ironinya, Encik Soffian dan Dumex TIDAK PERNAH menghampakan saya! Tapi dia sanggup 'menyangka' dirinya sendiri. Inilah manusia yang mahu belajar mengetahui. Bravo Sir! Saya tidak ada apa apa masalah dengan pihak Tuan!


Tapi, bagi mengelakkan prasangka ini berlaku dan sempena bulan ramadhan, hari ini saya akan nyatakan siapa yang saya maksudkan dalam posting itu; ibupejabat MARA Kuala Lumpur, tarikh kejadian pada 23 Jul 2010. Yang hadir pada acara itu adalah isteri Ketua Pengarahnya yang merupakan pengerusi puspanita.

Habis acara, di lobi letak kereta, saya maklumkan kepada Datin duduk perkara yang sebenar dan bagaimana saya dipermain oleh petugas yang menjemput saya, parking pun pandai pandailah sendirilah, jemput pun tak ikut protokol tapi bab bayar mahu kita ikut protokol dan perihal yang saya sebenarnya hadir walaupun urusan perjanjian dan persetujuan belum lunas!

Sehingga hari ini, tiada usahapun daripada penganjur untuk berhubung dengan saya malah menyelesaikan soal upah yang masih tertangguh! Saya sedia maklum kerana barangkali MARA takda duit dan tak dapat bayar hak saya. Barangkali sebab itu mereka masih diam. Maklumlah, ramai yang masih berhutang dengan MARA dan gagal bayar, kan? Tetapi, yang benarnya, betul kan apa yang saya kata dalam posting itu?

Saya buat pendedahan ini hanya kerana ada permintaan. Jadi, harap harap hanya yang makan cili akan terasa pedasnya!

kamal affandi hashim

38 comments:

kenyalang said...

Jemputan tak ikut protokol..bab bayaran ikut protokol pula..eh..pelik betul cerita tu tuan?

Kamal fnd said...

Itu tak pelik! Yang pelik adalah sampai hari ni depa buat tak tau je! Dah lepas tengkuk dia kan?

Anonymous said...

Salam tuan, rasanya bila melibatkan soal pembayaran dari jabatan kerajaan memangla perlu ikut protokol. Sememangnya mesti ada pihak dari jabatan kerajaan contohnya MARA sendiri akan menghubungi tuan. Jarang diorang tak bayar upah yang tak seberapa. Melainkan jika pada masa itu tuan menghalalkan perkhidmatan tuan tak kiralah tuan berceramah atau sebagainya.

Kamal fnd said...

Aduhai, dah dewasa pun takkan pegawai MARa tak faham mana satu sindiran dan mana satu sarcasm?

Anonymous said...

Selamat menyambut Ramadan Mubarak.

Setahu saya sebarang jemputan dari mana-mana agensi atau jabatan kerajaan, mereka akan keluarkan surat jemputan. Cara dihantar samaada melalui faks, pos atau kedua-duanya sekali iaitu bergantung kepada jangkamasa acara tersebut diadakan. Tentunya persetujuan tuan telah diperolehi untuk menyampaikan ilmu serta tarikh, masa serta tempat acara tersebut akan diadakan.

Saya merasa hairan dengan apa yang tuan catatkan mengenai episod ini kerana seolah-olah pegawai MARA tidak profesional dan tidak tahu cara melaksanakan tugas mereka! Untuk makluman tuan saya bukannya pegawai MARA atau ada sebarang kepentingan didalam perkara ini. Cumanya saya juga banyak berurusan dengan agensi serta jabatan Kerajaan termasuk MARA dan sehingga kini tidak pula menghadapi perkara seperti ini.

Mengenai bayaran memang kena ikut prosedur dimana harus tandatangan baucar pembayaran. Ini mengikut prosedur accounting dan juga untuk auditing. Itu perkara normal dan tidak harus dijadikan isu yang besar.

Mengenai tempat letak kereta yang dikhaskan, saya tahu memang ada. Tentunya sekuriti telah memastikan bahawa kereta tuan diletakan ditempat khas.

Apa yang menjadi persoalan saya ialah tuan menyatakan bahawa ilmu perlu dikongsi dan tentunya dengan segala ilmu yang tuan ada ianya perlu mendapat ganjaran kerana kalau tidak masakan tuan menjalankan bisnes sebegini. Mungkinkah tuan rasakan bahawa ganjaran yang diterima dari MARA terlalu rendah untuk standar tuan jika dibandingkan dengan tempat lain? Atau mungkinkah ada perkara lain yang tersirat yang ada kaitan dengan MARA? A lot of questions came to my mind. Perhaps you had dealt with MARA previously, asking for scholarship or loan but was turned down.

Mengambil sempena bulan Ramadan ini saya syorkan agar tuan muhasabah diri. Renungkan dan ambil iktibar atas apa yang telah berlaku. Kadangkala kita perlu laksanakan our Corporate Social Responsibility kepada bangsa serta negara.

Well...I doubt you will carry my comments, but as I said tuan perlu muhasabah diri dibulan Ramadan yang mulia ini. Tuan tahu bahawa bayaran dari agensi kerajaan rendah dan sekiranya tuan rasa tidak berbaloi, bagi saja alasan yang jadual tuan penuh.

Hamba Allah

♥Chura♥ said...

OMG..thats mean ok..

Belum kena pada batang hidung sendiri, memang tak tau..

im the person yg received that fax.
and nak mengatur jadual kamalfnd bukan mudah ok..

oits, budak UITM pun bayar Rm2k for 2hours talk la..
xde banyak bunyik pun..may be sbb mereka tahu menilai erti ilmu dari mak2 and bapak2 org yang dah tua bangka but budus like tadika punya budak..

Btw, i rasa ada pihak "tak sedar diri"
Kalau TAK mampu kenapa tak panggil polis jerk bg talk..
agensi kerajaan vs agensi kerajaan:(

hahaha..
bayar Rm3rat pun xde byk bunyik..

Kompius, siapa yang sepatutnya muhasabah diri ni?
I yang tak pandai ker atau dia yang bodoh skrg nih?
hmmm..

Sorang pegawai mara email to me;
"Ashue...mmg patut pun kamal marah kpd yg buat kerja lembab tu..
sis tak pandai nak komen coz tak tahu cerita yang sebenarnya..kesian kamal..asyik2 kena masalah macam tu..sabar ja lah kamal.....mgkin ada hikmah disebaliknya...mana tahu tu urusan Allah...bnyk2 lah bersabar...
kalau nak cerita pasal ibu pejabat mara mmg tak habis satu hari. lgpun kita ni puasa..batal nanti..he..he..
budaya kerja dh lain kat mara hq kl skrg ni..mgkin ramai staff yg baru..sombong bodoh"

see, kalau org mara pun cakap camtuh, so......

wey..puase la wey..

Anon ni xde email or blog ker?
Guna anon, budak tadika pun boleh..

tet! nasib bek xpuase hari ni..
so ckp banyak pun xpe.. xrugi..

huaahahhahaha...

♥Chura♥ said...

opps..
i rasa i dah tau da syape yg makan cili..
cili api kot nih..

Kamal fnd said...

Musykil pun musykil lah..kalau nak ukur
, prosedur kerajaan digunapakai kalau jemputan tu lerka kerajaan. Juga,memgikut pekeliling kjaan, bayaran boleh juga dibuat menerusi sebutharga, kan?

Buat pembela mara, cakap hanya bila anda faham proses tu supaya anda tak keliru dan mengelirukan orang lain. Saya harap anda boleh perbetulkan kesilapan anda.

Apapun, pembaca juga boleh semak:)

ps- tengok ip add, saya tahu siapa orgnya..

soffian said...

Salam tuan,
Bila baca awal2 entry tu memanglah tersalah sangka yg saya dah buat tuan terasa hati dengan saya & group saya coz event kita di Seremban yg terlebih delay masanya. Saya lak yg rasa panas aritu sebab adakalanya org tak tu hargai kita2 ni yg cuba memenuhi selera orang dengan ilmu kita, tetapi selalu diperlakukan seperti 'pelacur murahan' yg datang menjaja diri walhal kita di jemput.

Anyway, u did a great job on that day. Thats why my team comment 'Such a good speaker been asked to wait for so long & cut short his session?'

A little bit comment for anonymous, saya ni pun pernah & adakalanya masih lagi menjadi penceramah undangan bagi pihak2 kerajaan, swasta & NGO. Dari KBS, NFC hinggalah ke BAKAT ATM, saya cuba penuhi undangan mereka. Seperti Kamal, saya percaya kami ikhlas ingin menyampaikan ilmu yg kami ada untuk kepentingan bersama, cuma bila menjemput tu, maklumkan awal2 yg penganjur tiada budget utk sume2 tu. Kita pun akan faham yg ianya perlu dilaksanakan sebagai amal jariah. Jangan hanya berjanji pada awalnya, tp pengakhirannya buat muka bodoh aje. Setiap org ada harga diri. Mengapa kita hanya cuba merasa hormat kepada golongan artis sedangkan para ilmuan itu lebih tinggi martabatnya di sisi Tuhan.

Sabar jelah tuan, ni lah asam garam dalam mendepani masyarakat alaf baru. Org 'gomen' tetap dengan perangai mereka yg mudah melenting bila ditegur kerana beranggapan mereka manusia suci yg tak pernah melakukan kesalahan.

Akhir sekali, renung2kan; 'Manakan sama orang yan berilmu dengan yang tidak berilmu'...

♥Chura♥ said...

adoy..dush..dush..

jebat derhaka said...

kih kih kih...kesian kesian bila tgk keadaan..lama xmenulis..kebusyan keja..tu lah..mungkin orang selesa bila mendengar nama Kamal Affandi?alah kamal..xbayar xpe..bayar slow2 xpe..bayar sikit xpe..firm bro bagi diorang nampak sket..
sound ajer setiap kali nak buka ceramah atau taklimat..sabda rasulullah SAW sesungguhnya amalan seseorang itu akan tergantung diantara langit dan bumi selagi tidak dibayar hutang hutangnye...
ni kalau xterasa nie..xtaula..

masalah pemikiran nie..xsensitif mulut yg perlu di suap,hidup yg nak kena terus...

prosedur hanya digunakan utk kepentingan..bila xde..lompat gunting potong lat...naya orang

kamal fnd said...

eh, logik jugak kata jebat kot?

Bernas!

Hanya kerana kita tidak akan membuat bising yag amat, maka ada yang mengambil kesempatan!

Susah jadi Hang Tuah ni dan lebih baik jadi Jebat Derhaka, kan!ha ha ha

♥Chura♥ said...

PERHATIAN.
Memandangkan si anon yg ntah sape2 ni mengesyorkan org yg buat bisnes perkhidmatan ni byk2 muhasabah diri, dan buat CSR.. (ala2 sedekah gitukan)

So nampaknya pasni,
Doktor2 pun kenalah buat klinik free,
Lawyer2 pun xpyh ambik duit dari anak guam,
Cikgu-cikgi pun kenalah kerja tanpa gaji..
Pakcik2 teksi pun, xyah da ambik duit dari penumpang..

NAK M*MP**?
anak bini nak makan ape?
pasir?
oits, pasir pun jual mahal skrg tau x..

And org2 GOMEN pun xterkecuali bekerja tanpa gaji..
BOLEH?
xdpt bonus pun melenting2, ini plak nak kerja xbergaji..
CITT!

kamal fnd said...

he he he!!!

" xdpt bonus pun melenting2, ini plak nak kerja xbergaji.."

Biarkan je si anon tu. Dia berhak buat ulasan dan pandangan. Cumanya, bacul la dianya coz baling batu sambil sembunyi tangan..

Eh, dia tak tau ke bila type word verification tu, IP naik dan boleh back track kepadanya? Ahh, sepandai pandai tupai melompat...

♥Chura♥ said...

Ni bukan "baling batu sembunyi tangan" laa..

yg lebih sesuai:
"berak tengah jalan sape nk mengaku.."

Hahaa..
Pasnih ley ganti Mr.Karam Singh
"Terbakar kampung nampak asap, terbakar hati siapa yang tahu.."

Sesi mengenal peribahasa..

Anonymous said...

Dalam episod ini kita hanya dpt citer satu pihak je - Dr Kamal. Xtau pe yg berlaku masa tu. There is always two sides to a coin! Perlu dpt citer 1 pihak gi utk dpt wat penilaian benar.

Ada gak dpt info dr kengkwn yg attend sesi Dr Kamal. Rata-rata mereka kata Dr Kamal hebat, tersohor, very good - a very good entertainer.

Izin pinjam komen anon August 12, 2010 9:19 AM, seperti berikut:

"things always happen for a reason...if its happen too often, then something might be wrong in the way u r trying to gain profit in the name of the victim n the loss of others...i think Bala did a better job than u...u should reflect upon ur doings, if what u are doing currently is right n proper, Allah will help and smooth all the things for u...If u sway a bit, he will sent a reminder through things that happen that u might think as shit...but its Allah's way to remind u that not everything is profit oriented...sometimes u r demanding too high RM2500 for 2 hours talk??? bullshit...with all the profanities u've been using, all people remembered is that...nothing else what so ever...En. Kamal dear, please...u r not above everything, far beyond great...be humble, things will be just perfect for u...pacal or not...

August 12, 2010 9:19 AM"

Komen Dr Kamal dan lebih lagi Ashue jelas cam "spoilt brat," je yg "throwing tantrums."

Betoi ini blog anda tp cuba focus isu yg dikus & jgn cepat melenting cam kta seorg blogger pegawai kerajaan cepat melenting! So sapa yg cepat melenting...Lu Pikirlah sendri!

Apa pun saya amik kesempatan ni utk ucap slamat menjlnkan ibadah puasa semuga diberkati Allah SWT dan all the best to Dr Kamal in your future endeavours.

Oh ya, sebelum terlupa kami juga tau salah silah & latar blakang Dr Kamal plus keluarga etc.

Prihatin

Kamal fnd said...

Sah org yg sama tulis 2 2 komen ni! Mcm ni, kalau saya yg salah, kenapa pagi ni en abu bakar dari MARA sms nak jumpa utk settle the matter? Bila saya tak jawab, dia pergi pej dan cari saya utk serah duit 850? Lebih pelik adalah saya tak berkesempatan pun lagi hantar quotation!

Jadi, cakaplah guna akal dan info lengkap. Kita bulam threw tantrum. Kita cakap berdasar fakta and bukan auta mcm yg SAUDARI implied.

Oh ya, betul kata saya bahawa saya hanya membuat posting kerana en soffian dumex sangka kisah dlm kelambi tu pasal dia walhal bukan. Ke anon tak baca kerana nak pertahan kawan kawan?Ooppss..

Dan jgn lupa, saya tak gi blajar pakai duit gomen. Pada yg pakai tu, patut tak payah bayar gaji je atau pencen. Kenapa? Dia tak pernah pun pakai duit sendiri dan waktu bekerja dia siap FB lagi? Eh? Yg kedua, kan kebajikan tu?yg ketiga, pahala. Pulang je duit pencen or bonus kjaan tu kerana selama ni kita pun tak pernah buat kerja sungguh2 sambil senyum dan ikhlas kan!

♥Chura♥ said...

Kalau org tu tak suka kat kita, boleh ek add kat FB..
TET!

♥Chura♥ said...
This comment has been removed by the author.
soffian said...

Salam tuan,

Time kasih sebab buat post ni untuk menjelaskan kekeliruan yg tak dapat saya elakkan sebagai manusia biasa. Tapi tak sangka pulak ianya mengundang pelbagai komentar dari kalangan pembaca yg terasa ataupun merasa. Siap buat makluman lagi yg dia amat mengetahui salah silah tuan. Bahaya gak bunyinya tu tuan, nasib baik tak salah silap tuan. He... Hanya sekadar meneka, adakah si anon ni pernah tuan kecewakan atau undangan pernah ditolak oleh tuan? atau cinta yg tak berbalas? he... no komen...

'sometimes u r demanding too high RM2500 for 2 hours talk??? bullshit...with all the profanities u've been using, all people remembered is that...nothing else what so ever...En. Kamal dear, please...u r not above everything, far beyond great...be humble, things will be just perfect for u...pacal or not...' marah benar bunyinya dia ni tuan. seperti yg saya katakan terdahulu, org kita sanggup bayar sehingga 20k untuk mendengar 5 buah lagu daripada artis pujaan mereka, tetapi sangat2 berkira untuk membayar 2.5k untuk majlis2 ilmu. nilah cabaran era milenium ni tuan. he...

Hanya sekadar renungan:
Rasulullah SAW pernah berpesan, 'jika ada 2 orang diantara kamu sedang berdebat, sedangkan tidak bertemu titik pertemuan perdebatan tersebut, maka tinggalkanlah ia, jika tidak akal kamu akan rosak kerananya'.

Renung2kanlah... Salam Ramadhan...

abdooss said...

Sebahagian dari kita cuma tau menerima, tak pandai (atau tak reti-reti) memberi. Kalau boleh, semua benda dia nak percuma. Ilmu untuk dikongsi - tak perlu ganjaran. Rasa-rasanya ada tak orang nak kerja cikgu atau ustaz/ustazah kalau gaji tak ada? RM2.5k terlampau tinggi? Tak boleh bawa bincang ke - semua kena dedah kat sini ke? Nama sendiri tak berani pula dedahkan.. hmm, sabar je lah di bulan puasa ni.

♥Chura♥ said...

Rasanya tahun ni yang bayar RM2.5K belum ada kot..

Semua boleh berbincang..
Ini jemput orang mcm panggil ayam makan..

Cuba datang ofis berbincang harga ke apa ker..
Takde inisiatif.
Kalau bawak berbincang ada je caranya..harga boleh runding.

Hmmm..tu lah.. bila ckp cepat melenting marah..
padahal itu lah hakikat.

Ps: yang mula2 ckp pasal org gomen cepat melenting ni en.soffian tu eh..
Jangan nak quote2 nama den plak.
Baca balik yg kat atas tu..
pandai baca x?

Anonymous said...

bila baca satu post yg di post oleh saudari ashue saya boleh buat satu kesimpulan..
jadi betul la sebenarnya isu sebenar sebab tak puas hati pasal soal bayaran ya? siap ungkit2 lagi pasal bayaran student UiTM... kata tk ikut prosedur... tp kata faks diterima pulak... minta maaf.. saya antara peminat dr. kamal, tp terasa nk berubah fikiran bila baca post2 kat sini... nak2 bila nampak siapa yg tk profesional dalam hal ni...
lain kali kalau rasa tk berbaloi.. tolak aje... rasanya banyak lagi penceramah yg lebih berkualiti yang MARA boleh jemput... kesian MARA sebab tk diberi peluang untuk cerita perkara sebenar... cerita ni tak ubah mcm bergaduh dgn orang bisu... sebab lebih kepada cerita sebelah pihak... apapun... kesiannn.... sebab tuduhan2 yg dilemparkan nampaknya dah terpalit kepada diri sendiri...

abdooss said...

Ya kesian kepada nama baik penganjur.. tapi tak kesian kepada penceramah yang datang - penat lelah, dah keluar belanja dan terpaksa tolak peluang lain..

Bhgn 2 saya setuju - ya betul, kalau tak mau, tolak dan beritahu.. bukannya diam dan biarkan orang buat kerja, kemudian tak mau bayar.
(Saya tak ada kepentingan dengan MARA mahupun Kamal Afandi)

♥Chura♥ said...

Aduhai dia nih..
Tak abes2 plak.. pe cer..

Oi!
i bagi perbandingan.
Kenapa budak2 yang takde duit tu sanggup keluar duit poket sendiri sbb nak bayar penceramah.
Ini realiti..i boleh bagi no.tel budak2 tu kalau nak.
Budak2 tu sendiri datang ofis and bincang.
Kita nak bagi lagi murah tapi diorang ckp tak boleh.
Sbb ilmu tu tggi nilainya.
And apa yang dijanjikan dari pihak kami,
ada money back guarantee.
Tapi diorang sangat puas hati.

Kenapa org2 yang DEWASA ni tak boleh ke donate kuar duit poket 10 hengget sorang untuk byr penceramah?
Maknanya apa?
Ilmu itu tak bermakna bagi orang2 yang kononya DEWASA ni.

dah dewasa kan..dah pandai..

Nak suruh org muhasabah diri.
Cuba duduk balik muhasabah diri sendiri baru betulkan org.

p.s: kalau ada lagi crime analyst lain, panggillah.
Dah tentu kat Asia dia sorang.
Nak bayar anak Melayu pun tak mampu nak bayar mat saleh macam mana.
Tapi ye la kan..
Melayu, mana nak bantu nak melayu..
Kalau mat saleh tu di agung2kan sangat.

♥Chura♥ said...

En.Soffian,
Cinta tak berbalas..??
kiranya mcm cintaku kau campak ke tepi la ni..
hahahaha..kelakar la..

Ala En.Soffian,
biasalah manusia tu..
takde idea da, guna la personal attack plak..
Sangat politik kann org2 cam ni..

Pasni kuar citer,dalam kain, pastu dalam suar dlm..hahaha..

Adush..sakit perot ketawa lagi arini..

Anonymous said...

Aduhaiii En. Abdoos.. andapun sungguh kesian... sila baca komen saya betul2... penceramah ini bukan penceramah cap ayam.. dan saya yakin Dr.Kamal tentu tahu rate kerajaan yg biasa dibayar... persoalannya... adakah perkara ini ditimbulkan sebelum ceramah diberi? Saya rasa pegawai MARA takde la sebodoh itu nk teruskan kalau tahu harga dan nilai ilmu yg kononnya tinggi nilainya bak kata cik Ashu kita mereka tak mampu bayar.. tentunya mereka cari alternatif lain dan cari penceramah lain... tapi kalau perkara ini tak diberitahu awal2.. takkan la pihak Dr.Kamal anggap mereka boleh baca gerak hati dan kehendak Dr.Kamal yg mahukan bayaran lebih? Kata profesional....
Saya tak tahu jalan cerita sebenar... tapi dengan bahasa2 yg cukup manis dan indah dari cik Ashu... saya tak nampak keprofesionalannya kat sini...
Cik Ashu... tak pe la.. simpan la no telefon student tu.. saya tak de kaitan ngan Dr.Kamal mahupun MARA... jadi rasanya tak de la beria2 nk habiskan kredit telefon saya... saya cuma highlight perkara tu sebab terlalu jelas ayat tersebut adalah punca amukan Dr.Kamal... at least, saya boleh buka mata.. apa yg kita lihat mungkin tak sama dengan apa yg ada di dalam... minta maaf kalau terasa...saya rasa agak bersetuju dengan salah satu pendapat dari salah seorang pengkomen... seharusnya sebelum tuding jari pada orang lain, lebih baik muhasabah diri sendiri dulu...Salam Ramadhan... :)

Unknown said...

Pada pendapat sebagai silent reader setelah sekian lama;
Apa yang saya lihat, rasanya, masing2 dah cuba calm down..
tapi dibakar lagi dengan kata2 En/Pn/Cik Anon.
En.Kamal bayar dia untuk jadi pem-provoke- di blog ni ka?
(sekadar ingin tahu)

Apapun, tak payah suruh orang muhasabah diri.
Kalau dengar khutbah pun,
imam tak cakap
"Saya menyeru anda semua...."
Tapi dia cakap;
"saya menyeru anda DAN DIRI SAYA sendiri...."

Saya rasa,dalam hal ini, masalah utama adalah misscommunication.

Dan pihak2 luar yang mana bukan dari Pej En.Kamal dan MARA tak tahu hal sebenar.
Jadi tak perlulah mengeluarkan kata-kata dan komen yang hanya bakal melukakan hati pihak MARA dan pihak En.Kamal.

Memetik kata En/Pn/Cik Anon
"Dalam episod ini kita hanya dpt citer satu pihak je - Dr Kamal. Xtau pe yg berlaku masa tu. There is always two sides to a coin! Perlu dpt citer 1 pihak gi utk dpt wat penilaian benar."

Jadi anda sendiri mengapa menyebelahi satu pihak jika tidak tahu perkara yang sebenarnya?

En.Kamal juga ada buat statement bhw pihak MARA ada menghubungi beliau utk settle case dan selepas itu masing2 pun dah beranggapan case ditutup.Jadi jangan lah diperbesar-besarkan lagi.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Bahawasanya lidah manusia itu lebih tajam dari mata pedang.

Saya saya sendiri ingin meminta maaf dari semua pihak andai kata ada yang terasa hati dengan kata-kata saya.

Wassalam.

abdooss said...

Cik Anonymous atau mungkin lebih mesra dipanggil Cik Enon,

Memang budaya di Malaysia (bukan semua ya) - Kalau kita diam, ganjaran kita selepas kerja siap akan dikira hangus/halal. Contohnya, pembinaan Istana Negara - kalau tak masuk suratkhabar, sampai sekarang pekerja-pekerja tak dapat gaji. Bila masuk akhbar atau TV, barulah masalah nak diselesaikan.
Kalau Cik Enon harap semua 'mangsa' bersikap 'professional' - pasti rancangan 'Aduan Rakyat' tak akan muncul dan suratkhabar yang kita beli pun nipis sahaja, Michael Chong pun boleh bersara dari Biro aduan MCA.
Mungkin Cik Enon boleh bersabar bila ditipu, tapi tak semua orang banyak duit dan penuh dengan sikap pemurah macam Cik Enon. Mungkin Karim Singh Walia pun perlu muhasabah diri agar jadi Karam Singh Wali.

Cik Penakut said...

alahai

gua rasa yang Cik anon tu
suka jilat kaki mat saleh lah
kalau penceremah yang bising2 tak dibayar oleh MARA silap2 MARA yang disalahkan wkkwkwkkwww poor copperhead

Unknown said...

Salam.
Syukur satu hari lagi dipertemukan dalam bulan Ramadhan.

En.Kamal,mengikut kata cik.Ashu
"kalau ada lagi crime analyst lain, panggillah.
Dah tentu kat Asia dia sorang.
Nak bayar anak Melayu pun tak mampu nak bayar mat saleh macam mana."

Sebagai anak Melayu, saya turut berbangga dengan pencapaian anak melayu yg diluar jangkaan ini.
Bukan hanya boleh mencipta nama dengan berlayar dan mendaki gunung ganang sahaja tetapi dalam bab ilmu, kita tak kurang hebatnya.

Baru saya perasan memang tidak ada penganalisis jenayah lain di Malaysia selain Encik.
Selalunya yang bercakap mengenai jenayah hanya dr PDRM dan Kem Dalam Negeri.

Maknanya we have no choice!
Kalau nak bercakap pasal motivasi sungguh ramai yang boleh bercakap mengenainya. Tapi bab jenayah,hanya encik lah yg plg layak.

GOOD JOB!

Hazrey said...

Salam bro. Aku gelak sungguh baca komen komen anon semua. Sayangnya 'kepandaian' mereka di-anonymous-kan. Haha.

Well, first of all, you are not a celebrity. Cuba kalau Siti Nurhaliza yang nyanyi kat majlis tu, mau masuk Melodi bro sebab lepas penat lelah, ilmu dah dibagi tapi tak dibayar lagi.

Tulah kan, Malaysia ni memang macam tu. Contoh penceramah agama pun nasib yang sama. Ingat dulu, function ni semua boleh bayar beribu ringgit kat artis melalak terjerit jerit, terkinja kinja, tapi bila panggil penceramah agama, depa kata alah buat apa nak bayar memahal, itukan dakwah. Kalau dakwah takyah bayar, tapi kalau yang menyetan, terkinja kinja, koreklah tabung manapun, boleh bayar. Signifikan tak?

Same goes to you, bila aku baca someone said, this is a CSR, that is so stupid. Let us call him an idiot. Cuba dia jawab, masa Kamal Fendi pi dapat ilmu tu semua, orang yang ajar dia free ke? Kalau macam tu, meh kita masuk universiti pastu cakap kat pentadbir, buatlah CSR, takyah bayar yuran. Sama gak, kita pi rumah sewa, cakap kat tuan khemah tu, CSR lah.

These bunch of idiots tak tahu value ilmu and creativity, tapi bila artis melalak sanggup bayar beribu. Percayalah, suruh pi audit, I bet one of those days, depa ada panggil artis, beribu depa bayar. I bet an ayam percik with you Kamal.

♥Chura♥ said...

Nak tumpang senyum je hari ni.
Taknak ckp pape..sbb arini puase ♥

jebat derhaka said...

xsemua orang nampak keindahan dan keberhargaan sesuatu ilmu itu...ada yg nampak hanya utk kepentingan..jgn harapla dapat bayaran yg cepat,pantas,efisyen dan lumayan...bagi yg nampak indahnya ilmu dan pentingnya ia pada masyarakat..sudah tentu tinggi,diusaha pembayarannya,dipermudahkan segalanya..yg nampak ilmu nie hanya untuk beramal..jgn meloncat plak kalau dapat pisang..bukan setandan...sesikatje =)
tepuk daDA TANYA SELERA BRO..FIRM..
minyak,weaR and tear,masa, xde nilai ikutkan bro tapi semua tu adalah duit...=)

apapun nak isi minyak kena duit..nak gerak dari a to b pun duit..

lepas tu cuba treat orang lebih elok sket..kalau yg dijemput tu membawa ilmu.....bukan datang buat taik atau buat onar...

hurmm..masalah masalah ..chill..ujian nak buat baik nie bukan senang

Kamal fnd said...

Kenapa pergi haji kena bayar ek? Takkan MAS tak mahu pahala?
Kenapa pergi klinik swasta walhal klinik kerajaan ada?
Kenapa imam Asia barat utk terawih masjid kg baru dibayar 17000 dan imam tempatan 7000?

Itulah jawapan saya utk anon.

Dan utk en soffian dan siapa yg berminat tentang kebenaran, janji Allah bahawa sesungguhnya yg batil tidak akan dapat menewaskan yg hak.

WAN ZUHA ISHAK said...

ehehehe... kelakar dgn kenyataan cik anon. sungguh emosi membuat kenyataan dan berbalas hujah. tak puasa ke?

zizie sabri said...

salam...

1stly,sy minta maaf byk2 bg pihak MARA...sy tkedu ble bace seme2 nih..seriesly mmg sy xtau n rini tetibe teringat nk tgk blog Dr Kamal..n,tup2 sy pasan entry yg bkaitan..ape yg bleh sy ckpkan..sy di antara penonton yg gelak bdekah2 mdgr jenaka Dr Kamal...tp,ble isu ni kuar...sy rase malu sgt2!!!SAYA MINTA MAAF kerana penganjur DAH BUAT DR KAMAL TERASA HATI...

sempena bulan baik ni..sy mohon maaf zahir & batin....n,sy mohon juga pihak Dr Kamal halalkan ape yg dah diberi...sy tau amat sukar utk Dr Kamal terima seme ni...tp saya xsedap ati cz sy da beria2 mendgr ilmu tp tuannyer berkecil hati...papepun...

tahniah buat Dr Kamal,wpun ade masalah yg blaku..ttp,Dr bjaya mengawal seme keadaan tmpk spt bese...

SAYA MINTA MAAF BYK2 dr Dr Kamal n Cik Ashu..

cik fiza said...

salam,
sebagai penjawat awam, kita mesti bertanggungjawab dgn apa yg kita lakukan. saya di ajar oleh jabatan sy untuk melunaskan semua bayaran selepas mendapatkan perkhidmatan atau pembekalan.

kalau ikut KSN, dalam tempoh 2 minggu dari sebarang perkhidmatan atau pembekalan yang dh dilaksanakan perlu dibayar. jika kita ikut prosedur ni, masalah insya Allah x timbul. kalau ada pun masalah, bukan sebab tak diuruskan tp mungkin dokumen tak lengkap dan sebagainya.

terima kasih pada Dr. Kamal kerana kongsi pengalaman di sini. jadi semua perlu ambil ikhtibar dan jangan ambil mudah prosedur pembayaran selepas menerima perkhidmatan mana-mana pihak.

dijemput dengan cara terhormat, dibayar pun dengan cara terhormat.

hanya berkongsi pendapat sebagai penjawat awam.

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis