Sesungguhnya dalil tanda kehidupan itu adalah apabila banyak jiwa yang disentuhmu dengan kelahiranmu. Dan seawal pagi tadi ehwal inilah yang terlintas di fikiranku bahawa aku telah hidup di antaranya; memberi dan merasai.
"Bagaimanakah pula mengiranya?," soal hatiku. "Apakah bermula pada hari kewujudanmu atau dihitung ke belakang daripada hari pengakhiranmu?" Ahhh, sukar menjawabnya! Kalau hitungannya dari awal, manalah kutahu ke mana akhirku! Dan kalau hitungannya dari akhirku, masakan kutahu di mana bermulanya! Bikin sakit kepala!
Soalnya, apakah ia begitu penting? Eh, tidak! Langsung tidak! Cumanya, keberadaanku di detik genting memaksa untuk memikirkan samada aku telah berjaya menjadi manusia ataupun hanya berjaya menjadi tempelan di pentas dunia..
Apakah telah kuberi yang terbaik dan termampu dalam segalanya? Sejujurnya, sudah. Apakah ada yang akan kurindui? Ada, saat indah bersamamu.
Pun demikian, pada sisa sisa nafas yang ada, yang berbaki dan masih dapat ku hela, takkan kuhabiskan semata menyeka airmataku. Kecuali airmatamu. Kenapa? kerana khuatir bila aku sudah tiada, siapapun tidak akan mampu menyeka apa lagi membantut tumpahannya!
Izinkanlah aku, sementara aku masih upaya, mengisi juga jejakmu di dunia.
Kamal fnd Hashim
Wednesday, October 16, 2013
Saturday, October 12, 2013
Bicara Jiwa
Ahh ramai sekali rupanya yang risau tentangku lewat panggilan dan sms yang kuterima!Lalu, aku jatuh malu kerana mencuri ruang dalam detik kehidupan semua orang itu sedangkan ada yang aku langsung belum pernah berbudi kepadanya waima sebesar zarah sekalipun. Terharu. Noktah.
Iya aku masih bernafas. Cuma semakin kuhela, semakin berat rasanya kerana membikin semua gusar dan galau. Perlukah kupendam dan diam sahaja lantas perlahan lahan menarik diri dari dunia? Dan aku pula telah merenggut hak mereka untuk terus menikmati kehidupannya?
Terkadang menyoal diri sendiri apa perlunya. Adat hidup saingnya mati. Dan sementara itu harus kuisi dengan kebaikan dan tidak memberatkan siapa siapa. Jika kehadiranku menambah rengsa, bukankah itu bermakna kewujudanku menjadi beban cuma?
Tetapi harus kuakui, dengan geringku juga Tuhan menganugerahkan sesuatu untuk aku dan mereka; membuktikan kepadaku bahawa pertolongan datang dalam pelbagai cara dan makna, membuktikan kepada mereka bahawa mereka masih punya hati dan besar jiwa. Maha Suci Engkau Ya Allah yang sentiasa mengingati kami sedangkan kami selalu lalai dari mengingatiMu..
Tuhanku, berkatilah kehidupan saudara2ku yang menghulurkan bantuan kepadaku. Aku ini segan meminta minta tetapi aku akur Engkau merencanakan segalanya. Tuhanku, berilah mereka pertolongan di hari tiada siapa yang mampu menolong kecuali Engkau kerana mereka ini telah menolong meringankan ujianMu kepadaku.
Dari 9 oktober 2013 lalu, $4,320 telah mereka hulurkan kepadaku bagi menambah apa yang tiada, tanpa silu tanpa bertanya. Kalaupun tidak mencukupi atau mencukupkan, aku bersyukur kerananya. Sesungguhnya, akupun telah berusaha mencarinya dan masih mencoba tetapi kendati semangatku cekal, jasadku yang lemah membatasi usaha.
Apapun, aku tidak akan mengeluh. Sebaliknya, aku akan terus mengagahkan diri menghadapi segalanya, berusaha dan terus berusaha dengan apa yang ada dan juga apa yang telah tiada padaku selayaknya sebagai seorang manusia. Harapanku hanya satu:- kalaupun terpaksa kuheret tubuhku, izinkan aku terus punya jiwa seperti mereka, yang mengabdikannya dan terus berpaksi kepada Sang Pencipta.

Thursday, October 10, 2013
2 Dunia, Okt 9.
Matahari masih belum memancar ketika itu. Perlahan lahan kuseret kaki tanpa alas kerana tiada gunanya; kaki kananku tak mampu mencengkam selipar mahupun sandal lagi. Tepok lagi tidak mampu. Namun, kalaupun hati meronta mahu segera sembuh, segan mendongak ke langit memohon ke Hadrat Yang Esa kerana banyak lagi limpahan rahmatNya kepadaku.
Berkira kira untuk membaca akhbar, niat terpaksa kubatal kerana mual loya yang menendang tekak berlumba mahu keluar. Dan begitulah ke-normal-an harianku dek kerana, kata doktor, kesan radiasi. Hanya yang rapat tahu tentang muntah2 ini kerana bisa menyaksikan dalil seksanya.
Aku harus segera bersiap kerja. Hari ini ada undangan. Jam 1030 pagi mula hingga 1230 tengahari, aku harus berkarya tentang cegah jenayah. Sebelum berangkat, kupanjatkan doa kepadaNya agar lidahku fasih, tubuhku betah dan tidak dilanda musibah. Hati pula, sepanjang perjalanan baik ke sini atau mana mana, tak putus bertasbih kepadaNya. Amin.
Tiba di Kompleks MAHB, segak dan gagah sahaja langkah kuhayun walhal gunatenaganya 2 kali ganda; satu menampung badan dan satu menjaga rentaknya-supaya terselindung cacat kakiku. Sengaja kadangkala aku mereka reka gerak tubuh bagi menyembunyikannya. Dan dalam ruang yang penuh manusia itu, aku terus berkarya hingga selesai segala hajat pesertanya.
Tak siapapun menyangka bahawa di penghujung2nya itu aku sudahpun terawang dan merosot tenaga. Kerana itu, sebaik mahu beredar untuk MRI yang dijadual jam 2ptg, aku menukar keputusan untuk berehat sebentar di kafetaria di Kompleks itu. Semangatku iya gagah tapi jasadku lelah.
Menghimpun kembali tenaga, berdaya memandu semula menghala ke Petaling Jaya. Lewat kira kira sejam dan semua petugas resah bimbang terjadi apa apa padaku. Lucu!! Aku sendiri tidak pernah menduga begitu! (Cuma kini aku harus memikirkannya juga.)
Jam 3.15ptg, usai menukar pakaian, dengan seragam rasmi hospital yakni seluar cerut dan baju bertali warna hijau muda, datang jururawat yang mahu memasukkan jarum membuka saluran darah di tangan kiriku. Ditepuk tepuk dan perlahan lahan jarum ditusuk. Sakit? Kalau iya sekalipun takkan ku bersuara kerana bimbang hilang machonya!
Selesai itu, langsung sahaja ke kamar MRI. Dibaringkan, dipakaikan headphone di telinga dan dua lapis selimutnya. 20 minitku bersama Jac Victor dan kemudian satu suara memberitahu mahu dikeluarkan sebentar untuk disuntik kontras. Aku mengiyakan sahaja. Dua susuk tubuh menghampiri dan melakukannya. Selang 5 saat, terasa sejuk baik air batu masuk ke dalam uratku dan memulakan perjalanannya melalui jantung dan salur darah mahu hingga ke kepala! Dan aku disorong semula ke dalam mesin imbasan untuk selama 20 minit semula.
Apa dalam fikiranku? Ikut rasmi manusia, penat sudah melalui episod ini. Tapi aku mematuhi rasmi insan yakni pasrah dan redha. Segalanya ini bukan kerana aku berkira kira buat memanjangkan usia tetapi usaha menjaga amanahNya.
2 jam kemudian, doktor pun menerangkan segalanya. AVMku dikit kecilnya daripada 23mm kepada 18mm sudah tetapi bengkak di otak dan tisu sekelilingnya sudah semakin besar. Juga, jawapan kepada kenapa Foot Drop dan beberapa komplikasi lain masih belum dapat diungkap kerana ini kali pertama sepanjang kariernya keadaan sedemikian berlaku. Bahkan, seorang lagi pakar neuro lain akan dipanggil bagi membantunya.
Sebelum sempat Doktor membayangkan perlunya menginap di sana untuk pemereksaan lanjut, (kerana aku khuatir mengganggu persediaan ibuku untuk Hari Raya Korban), berjaya juga diyakin dan menyakinkan penangguhan kemasukanku ke minggu hadapan dengan syarat ubat yang dibekalkan ditambah dos dan frequensinya. Katanya juga, kalau ada apa2 berlaku, harus segera berhubung dengannya. InsyaAllah tiada kecuali kalau telah tertulis ajalku.
Nah, dalam satu hari ada 2 peristiwa; Yang satu mendatangkan gembira kepada yang lain, yang lagi satu ujian buatku. Sementara aku pasti akan menggembirakan yang lain, aku juga berharap aku diberikan khabar gembira. Kalau2 tiada dan sudah sampai masanya, hanya nyawaku yang terpisah dari dunia sementara kasih sayangku, legasiku dan ilmu yang kucurah insyaAllah mekar sentiasa.
Kalau2 berlaku yang di luar jangka, jangan bersedih seolah olah aku tidak pernah mengajarmu erti tabah, sabar dan redha.

Tuesday, October 8, 2013
Tragedi Oktober
Hampir setahun yang lalu terlantar menahan kesakitan. Hanya sedikit yang tahu betapa hampir keberadaanku di ambang maut hatta keluarga sendiri sekalipun. Maaf kerana membisu kerana itu lebih baik. Dan seperti biasa, kalaupun jasad dah tak berdaya, senyum kuutus jua; satu buat yang mengharapkan dan satu sebagai tanda redha.
Ya benar rawatan itu berjaya. Cuma berjaya itu tidak ku jelas dari sudut mana kerana khuatir yang menerima tidak mampu menahan hakikatnya. Begini, ia berjaya mengeluarkan diriku daripada zon risiko maut secara mendadak. Ia berjaya menghenti pendarahan dalaman yang lebih bahaya untuk terjadi. Dalam lain makna, AVM itu masih ada tetapi stabil.
Bulan2 selepas itu, melonjak diri memaut semangat yang masih bersisa. Banyak yang terjejas dari segi fungsi dan guna. Mata silau dek cahaya, tubuh pantas sahaja lesunya, kulit yang tak sensitif haba. Bahkan ketika mandi, pancur air yang suhunya paling tinggi pun bagiku suam suam sahaja!
Menginjak setahun, imbangan badan memejam mata merupakan satu siksa kerana aku tidak mampu kini melakukannya. Kalau sebelum ini itu gampang sahaja. Dan sekarang pula, ketika kutitip nukilan ini, kaki kanan dan telapaknya sudah hilang deria.
Masih gagah melunaskan undangan yang diterima, tak siapapun akan menyangka cacat dan cela itu semua. Ku sembunyikan segalanya dengan tekun dan usaha. Tak sanggup menghampakan kepada yang mengharap programnya berjaya. Cuma, kalaulah kau tahu deritanya..
Bukankah lebih baik kau berehat sahaja? Bukankah semakin kau aktif semakin bahaya pada nyawa? Ya, benar. Cuma, aku harus mencari biaya perubatanku. Umum tidak tahu setiap bulan rawatan pemereksaanku besar belanjanya. Bahkan ada yang menyangka sumbangan pernah kuterima masih lagi bersisa dan mencukupi. Dan kini setahun genapnya, rawatan ulangan AVM yang sama akan kulalui semula kerana komplikasiku serius rupanya.
Pernah ada, yang menyangka aku sebutir permata negara, menulis kepada Yayasan Kebajikan Negara kalau2 mereka boleh membantuku. Jawapan diterima -Dukacita..Hakikatnya, aku hanya serpihan kaca. Dan kerana itulah, kerana tidak mahu membebankan sesiapa, aku tidak berehat atau betah menolak undangan saudara saudaraku itu. Biar mati mencoba daripada mati meminta minta.
Alhamdulillah aku masih punya jiwa.
Kamal Fnd Hashim

Subscribe to:
Posts (Atom)