Wednesday, October 16, 2013

Jejak

Sesungguhnya dalil tanda kehidupan itu adalah apabila banyak jiwa yang disentuhmu dengan kelahiranmu. Dan seawal pagi tadi ehwal inilah yang terlintas di fikiranku bahawa aku telah hidup di antaranya; memberi dan merasai.

"Bagaimanakah pula mengiranya?," soal hatiku. "Apakah bermula pada hari kewujudanmu atau dihitung ke belakang daripada hari pengakhiranmu?" Ahhh, sukar menjawabnya! Kalau hitungannya dari awal, manalah kutahu ke mana akhirku! Dan kalau hitungannya dari akhirku, masakan kutahu di mana bermulanya! Bikin sakit kepala!

Soalnya, apakah ia begitu penting? Eh, tidak! Langsung tidak! Cumanya, keberadaanku di detik genting memaksa untuk memikirkan samada aku telah berjaya menjadi manusia ataupun hanya berjaya menjadi tempelan di pentas dunia..

Apakah telah kuberi yang terbaik dan termampu dalam segalanya? Sejujurnya, sudah.  Apakah ada yang akan kurindui? Ada, saat indah bersamamu.

Pun demikian, pada sisa sisa nafas yang ada, yang berbaki dan masih dapat ku hela, takkan kuhabiskan semata menyeka airmataku. Kecuali airmatamu. Kenapa? kerana khuatir bila aku sudah tiada, siapapun tidak akan mampu menyeka apa lagi membantut tumpahannya!

Izinkanlah aku, sementara aku masih upaya, mengisi juga jejakmu di dunia.


Kamal fnd Hashim



2 comments:

ochii miyake said...

Huhhhhh

Anonymous said...

assalamualaikum, saya berumur 17 thn. saya berminat untuk menjadi seorang crime analyst. apa kah bidang yang perlu saya ceburi dan universiti yang mana saya perlu masuk?

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis