Friday, November 28, 2008

Gelut

Semalam hantar sms pada seorang rakanku:-

Bila kau perlu aku, aku ada.
Bila aku perlu kau, kau tiada.

Dan sepertimana biasa biasa, dari tarikh kumohon ehsan dan mengemis simpati massa, baris kedua rangkap sms itu mengiyakannya.

Pernah ditegur kerana tidak pernah berkira kira untuk yang lain, hari ini membuktikan betapa benar sergahan itu. Sebelum sebelum ini, ada yang menagih simpati masaku, aku ada untuknya. Ada yang memohon ehsanku, aku hadir untuknya. Ada yang mahu pertolonganku, ada datang memenuhi keperluannya.

Hari ini dan sebelumnya, aku mohon ehsan dunia dan lihatlah aku masihnya di mana? Naif? Kolot?

Samada aku yang telah berubah atau hanya sahaja mereka yang terlupa. Bukan mengungkit jasa! (Ahh, tak sebesar kuman pun cuma!!) Hanya sebagai manusia, aku juga bergelap dalam gelut karenahnya. Dan bilamana ianya berlaku, di mana kedudukan dirimu?

Bukankah kewajibanmu sebagai manusia (yg telah lega dari bebanmu) membantuku pula?

Bila kau perlu aku, aku pasti ada kerana itu fitrahnya.
Bila aku perlukan kau, kau memenuhi kewajibanmu dengan tiada?


kamal fnd hashim

Wednesday, November 19, 2008

Bantuanmu kuperlukan segera!

Telah 15 tahun berkhidmat, rupanya jalan ini masih lagi berliku. Dah terbalar kulit, dah tercalar belulang tetapi keadaan masih tetap samar. Cabaran yang ditempuhi berbaur; luka, duka, hiba.

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyayat dan dahsyat. Sesungguhnya tidak ada kemuliaan dan harga nyawa insan. Hanya sahaja semangat juangku yang masih utuh kalaupun jasad ini sudah lama mengadu lusuh.

Apakah tidak ada yang melihat kematian adik adikku? Apakah tidak ada yang tersiat perasaan? Atau adakah airmata pura pura masih lagi lebih bermakna dari kematian mereka yang padahnya sia sia?

Perjuangan itu menuntut pengorbanan! Perjuangan ini memerlukan korban! Nah!!!!!!!Ambillah diriku menggantikan mereka!!!!!

Kalau selama ini kalian tidak tahu, aku terpaksa berhadapan dengan wajah wajah hipokrasi dunia sepanjang perjalanan ini. Bercakap berkobar kobar atas nama manusia tetapi orang2 ini yang sama menghalang segala usaha mengurangkan jumlah mangsa.

Setiap kali mesyuarat, ada sahaja yang tidak kena kalau aku yang berbicara. Kalaupun mataku layu menyiap segala macam kertas kerja, aku masih tidak akan berjaya menyakinkan mereka bahawa manusia ini ada nyawa dan nyawa itu berharga! (Sedang yang lain datang lenggang sahaja dan mereka pasti berjaya.)

Nah, lihatlah duniaku yang penuh pancaroba;

Mereka boleh ke sana ke mari keliling dunia di atas kerusi empuk kelas utama. Aku?eh, kita tiada bajet untuknya! Jangan kata kelas utama, ekonomi pun bak suatu yang berdosa untuk diluluskannya. Mereka bisa sahaja ke mana mana kerana apa apa sahaja. Aku?kalaupun untuk ilmu-eh,kita tiada bajet untuknya!Aneh2 sahaja jawapannya.

Kalaulah bukan demi bangsaku dan adik adikku yang tidak lagi bernyawa ini, pasti akupun lama kecundang sepertimu. Kalaulah kau kenalan2ku berada di tempatku, sudah lama kau menarik diri dari menjadi abdi tamadunmu sendiri.

Kalau kau menjadi aku, sudah lama kau hilang hormat pada orang orang tertentu. Depannya seolah membantu, belakang masyarakatmu dialah seteru sedangkan kau menyangka mereka ini pembela nusa! (Aku sudah lama berhenti menghormati mereka kerana fananya mereka pada dunia)

Kepada kenalan2ku, kalau kau mahu membantuku, carikan aku segera sesiapa dari kenalanmu yang benar benar mahu membantu mengangkat kembali martabat nyawa. Bukan untukku tetapi demi adik adikku supaya kematian mereka terbela.

Sudahlah hidupnya dahulu merana, matinya masih terseksa rupanya.

kamal fnd hashim 019-210 9999

P/s minta jasabaikmu mewarwarkan kepada semua kenalanmu kalau kalau mereka turut ingin membantu- Public Bank 4007852927

Saturday, November 15, 2008

Selamat Pagi Malaysia!

SYAIR I- MENARA SANG MENORA

Alkisah seorang dara malap yang merasa dirinya cerah. Semasa mengaji lagi merasa dirinya hebat. Kalau yang lain menentang arahannya, dia lazim mengatakan” PULAU PULAU” kan sahaja si dia.

Hanya dia kasta yang mulia, Yang lain “DOWN GRADING DOWN GRADING” sahaja .

Putarkata belit jiwa memang dia pakarnya. Sang pendeta pun ditipunya. Katanya bagai sabda anak raja dan yang lain hanya hamba sahaya. Bagi dia, janji dia bahagia. Cuma bila tersepit, siapapun boleh jadi Tuannya atau Tuhannya!

Dihantar sang pendeta dia berkarya. Di sebuah tempat bernama Pulau Tiga. Katanya yang ke sana yang hebat hebat sahaja. Yang ke daerah ARTI M,hanya down grading dan takda kelas la!!

Di jaja seluruh pelosok, si polan si anu teruk. Hanya dia sahaja yang tercantik sedangkan orang tau dia pun jelek!

Baru muncul sekali dua di khalayak jelata, berkokok seolah olah satu dunia. Hanya sahaja ramai tidak tahu; dipilih bukan kerana bakatnya. Dipilih kerana percuma badannya!

Selang beberapa purnama setelah tamat pengajiannya, dia cuba cuba kembali ke tempat ternama. Tapi sudah menjadi resam dunia, orang tak berbakat sepertinya siapa nak terima? Dahlah gelap, bengap rupanya!!

Hatta tak sanggup menahan malu dek kerana mulut besarnya, dia cuba menagih simpati dari tempat yang dulu dihinanya. Memang Tuhan mahu menunjukkan, bahawa Dia juga amat murka, ditakdirNya dia diterima.

Bagi dia, WAH Hebatnya! Dia muncul semula di balik kaca! Dirinya di puncak dunia!! Cuma dia tersalah kira, jelata ketawa lihat bodohnya; sudahlah dulu dihinanya, sekarang di situ dia rupanya!!! Dahlah meludah se benua, sendiri dijilatnya semula?!!!

Memang Tuhan yang murka!!
HA HA HA HA HA

Moral cerita- Doa orang teraniaya memang makbul!

kamal fnd hashim

Wednesday, November 12, 2008

Analisis sang langau diperlukan.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak saya sedang membuat pelan tindakan Belia Mencegah Jenayah untuk tahun 2009. Oleh yang demikian, adalah dipelawa semua pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung aktiviti yang bersesuaian untuk belia.

Sukacita dimaklumkan juga bahawa semua pandangan, cadangan, saranan, idea, pendapat dan buah fikiran anda TIDAK akan dilayan atau diterimapakai kerana belia tidak layak memberikan pendapatnya tentang bagaimana menarik perhatian atau mengurus kelompoknya sendiri walaupun bertujuan mulia demi masadepan negaranya.

Wargatua.

Nah, ini masalah yang kerap saya hadapi sebagai belia warga malaysia. Sekali imbas, seolah olah kita tidak layak melihat bagaimana untuk meletak nilai belia di mata massa. Tetapi yang lebih menyedihkan adalah kebolehan menerima pandangan golongan belia begitu terbantut. Kata belia tonggak negara kan?

Maka itu, patutlah tak ramai yang mahu terlibat kerana tidak diberi ruang. Patutlah ramai yang tak gemar mencurah bakti. Patutlah ramai dari bangsaku, khususnya belia, rebah menyedut heroin kerana tak siapapun mahu menerimanya..

Kita hanya sang langau yang selalu membuat kacau sahaja. Bukankah tarik tali dan cari duit dalam tepung itu lebih bermakna dari XBox dan Paintball? Bagaimana mungkin Paintball menyatukan kita?Ekstrem tembak tembak ini dan menyebabkan belia radikal dan agresif!! (eh, bagaimana dengan si tua yang menjadi ahli kelab menembak ya?)

Kecewa? Eh, yang layak kecewa hanya wargatua kerana kita semua tidak mengikut saranannya betapapun ketinggalan zaman atau menyahut seruan keterlibatan demi Negara!

kamal fnd hashim

Saturday, November 8, 2008

Apa katamu skrg ya?

Sudah lama tidak ketemu ya? Hampir sahaja seminggu berlalu tanpa catatan baruku..Tetapi memetik kata kata bro mazidul (yup, D mazidul daa! Sapa lagi!), buat le mana yang larat. Ahaks! Bro mazidul merupakan rakan yang kerap berhubung dalam telefon dan bertanya, berkongsi pendapat dalam isu isu semasa.

Eh, biar betul? Mazidul bertanya? Ya. Kami masing masing tak pernah malu dan tidak juga lokek ilmu. Kalau ada apa apa keperluan, saya tel dan begitu juga dirinya. Dan seperti saya kata tadi, dia salah seorang rakan saya.

Bukan kawan? Nope. Kawan lain istilahnya. Kawan ramai dalam hidup. Rakan tempat kita mencari kelemahan dan dia bisa menunjukkannya tanpa silu. Kawan pula hanya berkata baik bila tidak perlu dan menahan lidahnya bila perlu. Aneh?

Tidak bagi saya. Ramai yang mengajar saya pelbagai perkara. Mereka ini rakan saya yang tidak jemu jemu mengajar ilmu baru ke dalam benakku yang lembab ini. Mudah mudahan Tuhan merahmati mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurgaNya yang tertinggi tanpa hisab.

Sahabat pula lebih mendalam ertinya. Tak tergali dan hanya ditemui bilamana kita bermasalah besar dan dia membantutkan hasrat nya yang lain semata mata ingin membantu kita.

Teman pula lebih dari itu. Dia tempat berkongsi bahgia dan dukalara. Hibamu selamat dan bicaranya tanpa rahsia. Teman singular bilangannya.

Oh ya, berapa ramai kawan, rakan, taulan, sahabat yang kita sebenarnya perlukan? Satu atau lebih? Atau memadai hanya tiada(?).

Apakah kadangkala lebih baik tiada daripada ada walaupun tidak memberi apa apa makna ATAU lebih baik ada daripada tiada kalaupun memberi hanya setitik makna?

Kamal fnd hashim

Monday, November 3, 2008

Anak siapa lah ni?

Ada yang masih bertanya kenapa blog ini tidak diupdate setiap hari. Ahh..kalaulah saya punya masa seperti orang lain, pasti saya akan tekun menulis. Cuma tulisan yang bakal ditinggal sebagai nukilan rasa dan kata.

Awal minggu lalu, usiaku bertambah lagi. Dalam lain kata, baki usiaku udah pendek. Entah sempat atau tidak melihat belia bangsaku diterimapakai massa. Bukan kerana nasionalisme, tapi kerana generasiku begitu gersang!

Tiada yang lebih menyayat dari melihat bangsaku dihina, dipersenda dan dilupakan…

A) Senario Satu

4 bulan lepas, ada wakil bagi pihak YB Selangor menjemput saya menjadi ahli panel seminar. Menerusi telefon, pegawainya berkeras minat persetujuan hadir. Akhirnya saya katakan padanya,’ Hina sangat ke saya ni sampai jemput dalam tel je?Dah lah objektif dan peserta seminar u tak beritahu pun dan u nak persetujuan? U cakap dengan YB u tu, dia tak boleh call saya sendiri sekali je kalaupun sibuk?

B) Senario Dua

2 bulan lalu saya ada menghantar respon terhadap saranan seorang ahli politik kebangsaan bahawa belia mesti proaktif membantu dan melibatkan diri dengan aktiviti arus perdana. Berkobar kobar YB itu berucap menyerunya. Tapi yang pelik, email saya langsung tak berjawab! Saya hantar email kedua, pun tak berjawab. Apa dalam email tu? Saya kata bukannya belia tidak mahu membantu tetapi kejujuran dan keikhlasan untuk menerima belia itu perlu ada. Akhirnya, dia hanya membuktikan yang dia hanya berkokok.

Bukankah kedua dua senario ini membuktikan bahawa belia itu hanya retorik? Bahawa belia itu hanya massa picisan yang layak dihina dari diterima?

Barangkali hanya saya yang TERsilap.

Kamal fnd Hashim

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis