Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyayat dan dahsyat. Sesungguhnya tidak ada kemuliaan dan harga nyawa insan. Hanya sahaja semangat juangku yang masih utuh kalaupun jasad ini sudah lama mengadu lusuh.
Apakah tidak ada yang melihat kematian adik adikku? Apakah tidak ada yang tersiat perasaan? Atau adakah airmata pura pura masih lagi lebih bermakna dari kematian mereka yang padahnya sia sia?
Perjuangan itu menuntut pengorbanan! Perjuangan ini memerlukan korban! Nah!!!!!!!Ambillah diriku menggantikan mereka!!!!!
Kalau selama ini kalian tidak tahu, aku terpaksa berhadapan dengan wajah wajah hipokrasi dunia sepanjang perjalanan ini. Bercakap berkobar kobar atas nama manusia tetapi orang2 ini yang sama menghalang segala usaha mengurangkan jumlah mangsa.
Setiap kali mesyuarat, ada sahaja yang tidak kena kalau aku yang berbicara. Kalaupun mataku layu menyiap segala macam kertas kerja, aku masih tidak akan berjaya menyakinkan mereka bahawa manusia ini ada nyawa dan nyawa itu berharga! (Sedang yang lain datang lenggang sahaja dan mereka pasti berjaya.)
Nah, lihatlah duniaku yang penuh pancaroba;
Mereka boleh ke sana ke mari keliling dunia di atas kerusi empuk kelas utama. Aku?eh, kita tiada bajet untuknya! Jangan kata kelas utama, ekonomi pun bak suatu yang berdosa untuk diluluskannya. Mereka bisa sahaja ke mana mana kerana apa apa sahaja. Aku?kalaupun untuk ilmu-eh,kita tiada bajet untuknya!Aneh2 sahaja jawapannya.
Kalaulah bukan demi bangsaku dan adik adikku yang tidak lagi bernyawa ini, pasti akupun lama kecundang sepertimu. Kalaulah kau kenalan2ku berada di tempatku, sudah lama kau menarik diri dari menjadi abdi tamadunmu sendiri.
Kalau kau menjadi aku, sudah lama kau hilang hormat pada orang orang tertentu. Depannya seolah membantu, belakang masyarakatmu dialah seteru sedangkan kau menyangka mereka ini pembela nusa! (Aku sudah lama berhenti menghormati mereka kerana fananya mereka pada dunia)
Kepada kenalan2ku, kalau kau mahu membantuku, carikan aku segera sesiapa dari kenalanmu yang benar benar mahu membantu mengangkat kembali martabat nyawa. Bukan untukku tetapi demi adik adikku supaya kematian mereka terbela.
Sudahlah hidupnya dahulu merana, matinya masih terseksa rupanya.
kamal fnd hashim 019-210 9999
P/s minta jasabaikmu mewarwarkan kepada semua kenalanmu kalau kalau mereka turut ingin membantu- Public Bank 4007852927
15 comments:
Assalamu'alaikum.
InsyaAllah akan diusahakan.
Please reply to my sms
Semoga perjuangan En. Kamal dirahmati dan diberkati..
Ya.. kita tiada bajet untuknya..!!
Tetapi kita punya bajet berbilion untuk menjana angkasawan kedua ke langit hitam hanya untuk beraksi makan jelly semata..!!
Sedih.. sedih.. sedih..
Negara ini sudah sakit.. Dunia ini sudah sakit.. Masyarakat kita sudah sakit..
Petualang konglomerat..!!
Dengar sini apa kata suara angin..
Benarkan saudara ini menjadi wira..!! Kerna dia hanya sekelumit umat.. Yang mahu lihat bangsa bumi ini selamat..!!
Salam dari si jahil..
salam...
akan diusahakan juga....
apa2 akan diupdate...
redhalah dgn realiti hidup...
tiada tempat bagi orang yg jujur dalam dunia nie bro...
tapi yg tegas dan terus berpegang pada prinsip ini bakal dihormati...
bukan yg juang hanya untuk kepentingan sendiri....yang juang hanya untuk poket kekayaan...semua ini bakal padam,malap,reput,luluh,,hancur bila mati kelak....
MELAYU MUDAH LUPA
Melayu mudah lupa..
Melayu mudah lupa..
Melayu mudah lupa..
Melayu mudah lupa..
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
Sesungguhnya, tidak ada yang lebih menyayat,dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,dari membiarkan bangsaku dihina..
Air mata tiada ertinya,sejarah silam tiada maknanya,sekiranya bangsa tercinta terpinggir, dipersenda dan dilupakan.
Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah beerti mara,
mengharung sejuta dugaan.
Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat, bagi memastikan negara,
merdeka dan bangsa terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.
Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya..
Bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedangang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.
Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenal.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan rendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.
Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memertabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku,
KERANA MASA DEPAN BELUM MENJANJIKAN SYURGA, BAGI MEREKA YANG LEMAH & MUDAH KECEWA..
Perjuangan ini belum selesai,
KERANA HANYA YANG CEKAL DAN TABAH.. DAPAT MEMBINA MERCU TANDA, BANGSANYA YANG BERJAYA
alahai, panjangnya baby asyue...
insyaAllah, perjalanan dan perjuangan tuan akan diberkati oleh Nya.
apa2 pun, saya sentiasa menyokong kerja2 tuan, malah saya akan membantu sekiranya terdaya.
p/s: projek saya yang memerlukan ceramah tuan masih belum diluluskan oleh bpr lagi. nnt saya update.
bro, nak bantuan kewangan tu for what. Barangkali boleh dijelaskan secara lebih terperinci. Thanks
Bro mazidul,
Pembiayaan & penajaan program cegah jenayah samada untuk kanak2, remaja, belia, dan lainnya.
Malam tadipun terpaksa tolak motor kerana rosak tiba tiba di Jalan Brickfields semata mata menghadiri majlis Rukun Tetangga.
Penyu menangis siapa yang tahu..
Salam. Akak menumpang guna internet kat rumah adik.
Hopefully saudara mazidul boleh turut membantu dengan kerjasama kekawan/network nya yang luas.
Hang in there dik Kamal. Bila niat kita ikhlas Lillahita'aala, InsyaAllah DIA akan membantu.
Maaf saudara, saya tak dapat hujung pangkal cerita nih. Mungkin elok kalau kurangkan madah, senang faham cerita. Buat kata omputeh: Get to the point.
Sekali lagi, maaf, kalau apa yang saya kata ni menyinggung. Tapi bukan itu niat saya.
Insan
jadilah umat yg prihatin, keperihatinan tv8 sempena hari kanak2, wajar di contohi, hu
yang boleh aku bantu lagi...... aku akan letak kan entry untuk bro..... kat blog aku pasal bantuan ini.
dan kalo boleh perincikan untuk aper bro....
insyaallah kami hulurkan bantuan...
damn.. all that picture really make me want to cry..
teruskan perjuangan bro.. kerana ALLAH kita berjuang.. dari ALLAH juga akan dtg kemenangan..
Haa..mazidul dah jawab tu..moga2 Tv3 boleh bantu! Sedangkan kera di hutan sibuk nak beri susu, inikan pula anak sendiri, kan?? hi hi...
Post a Comment