Saturday, November 8, 2008

Apa katamu skrg ya?

Sudah lama tidak ketemu ya? Hampir sahaja seminggu berlalu tanpa catatan baruku..Tetapi memetik kata kata bro mazidul (yup, D mazidul daa! Sapa lagi!), buat le mana yang larat. Ahaks! Bro mazidul merupakan rakan yang kerap berhubung dalam telefon dan bertanya, berkongsi pendapat dalam isu isu semasa.

Eh, biar betul? Mazidul bertanya? Ya. Kami masing masing tak pernah malu dan tidak juga lokek ilmu. Kalau ada apa apa keperluan, saya tel dan begitu juga dirinya. Dan seperti saya kata tadi, dia salah seorang rakan saya.

Bukan kawan? Nope. Kawan lain istilahnya. Kawan ramai dalam hidup. Rakan tempat kita mencari kelemahan dan dia bisa menunjukkannya tanpa silu. Kawan pula hanya berkata baik bila tidak perlu dan menahan lidahnya bila perlu. Aneh?

Tidak bagi saya. Ramai yang mengajar saya pelbagai perkara. Mereka ini rakan saya yang tidak jemu jemu mengajar ilmu baru ke dalam benakku yang lembab ini. Mudah mudahan Tuhan merahmati mereka dan memasukkan mereka ke dalam syurgaNya yang tertinggi tanpa hisab.

Sahabat pula lebih mendalam ertinya. Tak tergali dan hanya ditemui bilamana kita bermasalah besar dan dia membantutkan hasrat nya yang lain semata mata ingin membantu kita.

Teman pula lebih dari itu. Dia tempat berkongsi bahgia dan dukalara. Hibamu selamat dan bicaranya tanpa rahsia. Teman singular bilangannya.

Oh ya, berapa ramai kawan, rakan, taulan, sahabat yang kita sebenarnya perlukan? Satu atau lebih? Atau memadai hanya tiada(?).

Apakah kadangkala lebih baik tiada daripada ada walaupun tidak memberi apa apa makna ATAU lebih baik ada daripada tiada kalaupun memberi hanya setitik makna?

Kamal fnd hashim

19 comments:

Teja Suraya said...

Assalamualaikum...

fitrah hidup manusia memerlukan teman disampingnya...

bagi saya..sahabat adalah teman yang terbaik selepas keluarga...

susah nak cari sahabat...xsuma kwan nak berada bersama kita kala susah...

Wallahualam...

Unknown said...

Betul kata Teja ..

Anonymous said...

Bagi saya, memadai hanya tiada.

Lebih baik tiada dari ada.

Fireroll said...
This comment has been removed by the author.
Fireroll said...

nak ada atau tiada?!
ermm...
dalam hati memang nak ada sahabat seperti pengertian tuan...
kawan mmg ramai, jumpa kenal sehari boleh jadi kawan...
rakan yang rapat dan terpilih sahaja...
apa-apa pun...

BOLEH KITA BERKAWAN..??!!!

NSMY said...

setuju dgn semua komentar dan juga komentar dari tuan sndiri.. rakan dan kawan dua pengertian yang berbeza...
rakan ada bila kita perlu..
kawan sentiasa ada..tapi tiada di saat kita perlu..
sahabat... sentiasa ada, dalam gelap dalam cerah. kita mahu atau tidak.. itu sahabat.
teman.. bisa melengkapi hidup walau apa jua yang berlaku..
salam

Anonymous said...

apa pun umat Islam itu bersaudara, (tak kiralah yang singular atau plural ! ) semuanya akan dipersoalkan kelak

Anonymous said...

eh, apasal lak delete komen tu?

nurdaniella said...

sahabat sejati sukar di cari,
teman setia tetap menemani,
rakan dan taulan sering bersendiri,
kawan pula sentiasa mengelilingi...
cuma kita harus bijak memilih.. antara kawan ketawa ataupun kawan menangis..

Anonymous said...

manusia tak perlu kawan mahupun sahabat sebenarnya..

cukup sekadar kenalan..(kot..??)
y?? bcuz..
bila kita susah dia TAKKAN datang..
dan bila dia susah, kita xperlu hegeh2 nak membantu..
semua orang pernah menipu..
semua orang adalah backstabber..
so..???
hidup dalam dunia masing2 lagi bagus kann..

laili said...

Saya setuju dgn Tun Teja...
Suka kata-kata akhir fire...
'BOLEH KITA BERKAWAN..'
Eh, fire nak jadi adik saya??
Kite adik beradik kannn...hehehe

Fireroll said...

alahai akk laili ni...
iye, saya nak jadi adik akk...
hahahaha....
dah tu bile nak call saya?! lamanya saya tunggu...

balik pada topik..
ungkapan yang saya ucapkan tu biasanya ramai yg akan ucapkan...
tp ada satu keadaan org berbuat begitu, teka bila?!

Anonymous said...

Nak harapkan kawan, sorang pun tak berguna

Memang adat dunia encik

Kawan ketawa senang cari..
Kawan menangis 100 payah 1 nak dapat...


-Keluarga 69-

http://malim-muda.blogspot.com/

Anonymous said...

Kata orang...'No man is an island'.In one way or another, we are all related, sekurang-kurang nya sebagai office mate. Kita tak boleh hidup atau bekerja bersendirian. Kita masih perlu bergantung kpd org lain. kita masih perlu seseorang yang sudi mendengar atau menjawab pertanyaan.. betul tak dik Kamal?

Anonymous said...

Assalamu'alaikum wrwb
Akak nak tambah sikit lagi komen semalam. Adakalanya yang memberi setitik makna tu lah yang mampu merubah hidup kita atau dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini.
Sepertimana usaha dik Kamal sendiri telah menyentuh hidup ramai insan walaupun sekadar dari jauh.
Jazakillahu khairan wa kathiran.

cerpelai said...

Entahlah..
Berbezakah teman dengan sahabat?..

Lebih baik tiada dari ada..
Penjelasan dari Tun Teja sangat benar dan tidak dapat disanggah lagi..

Lebih baik ada dari tiada..
Penjelasan saudara Kamal juga sangat benar dan sukar untuk ditangkis..

Pokoknya sahabat, teman, kawan, rakan, taulan itu ialah sesuatu yang subjektif.. Berbeza manusia maka berbeza ideologinya..

Ada yang suka berkawan..
Ada yang suka jika tiada kawan..
Ada yang bimbang hilang kawan..
Ada yang tak kisah kehilangan kawan..

Kerana kitalah yang menentukan haluan hidup kita sendiri untuk melata di bumi.. Apakah makna sebenar sahabat?..

Sepertimana yang saya katakan tadi.. Ianya sesuatu yang subjektif..!!

fuzzy83 said...

saye takde kawan,rakan...lebih2 lagi sahabat...ketiga-tiga perkataan yang mempunyai fungsi yang tersendiri itu adalah amat payah untuk direalisasikan...

bagi saya, cukup lah ada teman yang boleh memahami...bagi sayelah!

Anonymous said...

BERAKHIRNYA SEBUAH KEIKHLASAN

Ku lihat lirikan mata itu,
Ada salam persahabatan,
Dan senyuman itu,
Bagai ada salam keikhlasan,
Memang ada kemesraan yang subur,
Dengan pantas mewangi,
Bagai haruman kenanga,
NAMUN

Ada mata-mata melirik,
Mungkin cemburu,
Mungkin juga kurang senang,
Persetankan renungan mereka,
Kita dengan dunia kita,
Aku tahu ikhlasnya tutur bicaramu,
Tapi terkadang ia menggoncangkan
Kesabaranku…

Dan dalam diam ku simpan,
Ku kunci dalam peti hati,
Sekian lama ku telan bicara mu,
Biarpun pahit bagai hempedu…

Tiba-tiba bosan menjengah,
Mungkin sekadar menyedarkan ku,
Dan hati ini tiba-tiba sakit,
Peti hati ini ku rasa sarat dan padat,
Tiada lagi ruang yang boleh muat,
Sayangnya……2008

Dinding-dinding peti hati itu,
Bukanlah dari binaan yang kukuh,
Dalam sabar menanganinya,
Terburai jua yang telah
ku simpan sekian lama,
Serpihan dendam dan benciku,
Terhadap insan yang bergelar sahabat,

Dulu lafaz kemaafan sering meniti di bibir,
Kini mungkin tiada lagi kata maaf,
Yang mengetuk pintu belas,
Kerana telah pun ku buang jauh-jauh,
Rasa simpati dan rasa hormat,
Andai ia hanya permainan bagi mu,

SESUNGGUHNYA…

Telah lama ku biarkan,
Demi menjaga perhubungan.
Tapi aku bagaikan tertipu dalam kebaikan,
Aku di tertawa di atas pengorbananku sendiri,
Dan ku simpan memori yang menyakitkan,
Ku tanam dalam-dalam,
Terkubur dalam lubuk hati,
Moga terus dihancur lenyap,
Dimamah detik waktu yang terus berlalu,
NAMUN…

Kesannya masih bersisa dan parutnya masih ada,
Andai ditakdir kita berganding lagi, Sesungguhnya…
Ketahuilah olehmu sahabat…
Aku tak seikhlas dulu…
Aku tak seperti dulu…

Anonymous said...

bila dihayati puisi anonymous;
"Berakhirnya sebuah keikhlasan"
sy rasa ape yg dirasa..

:( sy xpercaya kan sesiapa kecuali diri sendiri..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis