Wednesday, November 12, 2008

Analisis sang langau diperlukan.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak saya sedang membuat pelan tindakan Belia Mencegah Jenayah untuk tahun 2009. Oleh yang demikian, adalah dipelawa semua pihak untuk mengemukakan pandangan berhubung aktiviti yang bersesuaian untuk belia.

Sukacita dimaklumkan juga bahawa semua pandangan, cadangan, saranan, idea, pendapat dan buah fikiran anda TIDAK akan dilayan atau diterimapakai kerana belia tidak layak memberikan pendapatnya tentang bagaimana menarik perhatian atau mengurus kelompoknya sendiri walaupun bertujuan mulia demi masadepan negaranya.

Wargatua.

Nah, ini masalah yang kerap saya hadapi sebagai belia warga malaysia. Sekali imbas, seolah olah kita tidak layak melihat bagaimana untuk meletak nilai belia di mata massa. Tetapi yang lebih menyedihkan adalah kebolehan menerima pandangan golongan belia begitu terbantut. Kata belia tonggak negara kan?

Maka itu, patutlah tak ramai yang mahu terlibat kerana tidak diberi ruang. Patutlah ramai yang tak gemar mencurah bakti. Patutlah ramai dari bangsaku, khususnya belia, rebah menyedut heroin kerana tak siapapun mahu menerimanya..

Kita hanya sang langau yang selalu membuat kacau sahaja. Bukankah tarik tali dan cari duit dalam tepung itu lebih bermakna dari XBox dan Paintball? Bagaimana mungkin Paintball menyatukan kita?Ekstrem tembak tembak ini dan menyebabkan belia radikal dan agresif!! (eh, bagaimana dengan si tua yang menjadi ahli kelab menembak ya?)

Kecewa? Eh, yang layak kecewa hanya wargatua kerana kita semua tidak mengikut saranannya betapapun ketinggalan zaman atau menyahut seruan keterlibatan demi Negara!

kamal fnd hashim

26 comments:

Fireroll said...

belia?!
nak pahamkan topik ni dulu, mcm pening aje..hahahaha....
betulkah belia tidak diberi ruang dan peluang utk memberi pendapat dan menilai sesuatu perkara itu?!
siapakah warga tua itu?!
saya lebih banyak pertanyaan daripada penyataan.

Anonymous said...

Hahahaa..
Setuju dengan pendapat saudara..
Tali ukhuwah itu lebih lebih terjalin jika kita bermain galah panjang, konda-kondi dan berbagai lagi permainan di zaman saya dan juga zaman datuk nenek kita..

Tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana saudara telah dengan bijaknya mengutarakan pendapat yang bijaksana..!!

Salam..

Fireroll said...

bagaimana utk belia melibatkan diri dalam mcm2 kempen, terutama yang memberi kepentingan kepada belia itu sendiri, jika belia tidak diberika hak utk bersuara?!
lagi satu, carilah pendekatan yg sesuai dalam memberi pengajaran dan pendedahan kepada belia dalam mencapai matlamat tertentu, dan jangan menjadikan hiburan itu semata-mata dalam membentuk belia masa kini, kerana hiburan sahaja akan melalaikan mereka, tambah lah dgn aktiviti2 yg menarik tanpa lupakan tradisi kita.

Anonymous said...

Fireroll, baca apa kata cerpelai tu..

"Tali ukhuwah itu lebih lebih terjalin jika kita bermain galah panjang, konda-kondi dan berbagai lagi permainan di zaman saya dan juga zaman datuk nenek kita.."

he he he...kalau setakat idea tu datang dari belia mcm kita,he, najis mughallazah tu!

Fireroll said...

ermm...begitu kaa..???!

SuperwomaN said...

langau?? emm.ade yg wat muka cm dengar "najis" je bila ckp psl belia..ntahla,mcm2 dah kita wat nk suh warga-warga senior ni terima belia.terima bukan takat terima..cuba terima belia kala berdiri mahupun duduk.baru la orang kata berdiri sama tinggi duduk sama rendah..ujilah kami untuk bangsa..

Anonymous said...

Salam. warga tua sedar ke diri mereka dulu pernah jadi warga muda/belia?
Bukan ke warga tua yang berkeluarga kini hidup bersama/serumah dengan warga muda?
Walaupun akak tiada anak tapi pernah mendidik dan membimbing anak remaja supaya mereka 'menjadi'. I'm happy to say that 'anak-anak' akak menjadi. Alhamdulillah. Warga tua perlu open your minds and open your hearts untuk memahami warga muda. But this doesn't mean that kita biarkan sahaja tanpa bimbingan. Akak yang tergolong dalam warga tua pun upset juga dengan sikap sesetengah warga tua yang 'buta hati'.

Anonymous said...

sang langau hanya diperlukan apabila tersepit atau terdesak saja

Anonymous said...

wargatua ni mergastua pun ya..

merak merak kayangan sedang hamba gagak di rimba...

Golongan yang merasa dirinya elit dek kerana pangkat & keturunan tetapi bukannya dek kerana kewajarannya dihormati..

Anonymous said...

Pangkat dan gelaran tak bermakna jika tiada budi bahasa, budi pekerti.
Pangkat dan gelaran tak bermakna bila tiada lagi denyutan nadi.
Pangkat dan gelaran tak bermakna
bila talqin dah dibaca.
Pangkat dan gelaran tak bermakna bila sendirian dalam pusara.

Anonymous said...

Pesanan untuk adik-adik dan anak-anak dari warga tua ini:
Jangan leka dengan berpesta, berkonsert, berhiburan yang melalaikan. Tak salah nak berhibur tapi ada hadnya.Hargailah masa muda. Penuhilah masa muda dengan aktiviti berfaedah yang diredhoiNYA, yang boleh memajukan diri, agama dan bangsa.
Jangan lupa, yang muda akan jadi tua juga, insyaAllah.

nurdaniella said...

tolong terangkan definisi belia itu sendiri.. golongan dari umur berapa sehingga berapa??

Anonymous said...

Pada akak/aunty, belia tu dari peringkat akhir remaja hingga 30 thn aje. Tapi norm M'sia sampai 40 thn. Rasanya 40 thn dah tua sangat.(nothing personal ye Dik Kamal!!)
Ada sorang doktor perubatan bagi tau umur 40 thn tu dah middle age!
Kalau nak plan activities untuk belia, kena libatkan belia (18-30 thn) dalam perbincangan. Tengok apa keperluan mereka dan bimbing mereka dalam merangka aktiviti.

cerpelai said...

Ternyata provokasi dari saudara Kamal membuahkan hasil..
Tiada seorangpun warga emas yang memberikan pandangan disini..
Hanya ada warga belia yang menulis dengan aura amarah dan tidak puas hati..
Saya juga seorang belia..
Tapi saya rasa memang patut belia seperti saya memberikan laluan kepada warga tua (saya lebih gemarkan frasa 'orang lama') untuk berbicara tentang belia..

Belia berbincang tentang kebaikan dan munafaat belia sendiri?..
Kita masih belum layak..
Memang benar kita punya hak untuk bersuara.. Tapi jangan jadikan itu sebagai medium melepas geram.. (hanya segelintir)

Telah saudara Kamal tulis di situ, pendapat belia tidak diambil enteng.. maksudnya kita boleh memberi pendapat.. bukannya tak boleh langsung.. Takkan kita mahu memaksa orang untuk mendengar segala pendapat?.. itu kediktatoran dalam bersuara namanya..

Apapun, banyak pendapat dalam post kali ini yang menjana minda.. Sekali lagi tahniah pada saudara Kamal kerana berjaya memomokkan warga belia dengan ayat yang bijaksana..

Salam

Anonymous said...

bila dilihat dan di fikir kembali...itulah sebab bukan semua layak jadi pemimpin dan bukan semua layak menjadi decision maker....mebina kelab sendiri membina badan sendiri hanya kerana nama?pangkat?menggunakan belia sebagai wayang kerana apa?belia ramai?tetapi kehendak belia?pernah faham atau dalami?majulah mergastua,gunakan akal sepenuhnya...ikutlah peredaran masa..shah rukh khan nak dapat datuk dah..muzaffar dah melancong ke angkasa lepas...nak main konda kondi dengan laga buah getah macam zaman dia dulu ke?gamaknya kalau dibiarkan...xberkembang dan xkemanalah belia2 negara melainkan ke tampuk yang asal...jika mahu berbakti,bukan sudah banyak kelab yang ada?bukan menyindir mahupun menghina?nampak tak udang di sebalik batu?walau apa pun dah jelas kan?ia tidak salah,malah ia juga mungkin mulia..jika betul apa yg dijuangkan dilaksanakan...itulah yang terjadi apabila siluncai naik menjunjung takhta...maka biarkan si luncai terjun dengan labu2nya...sadaqallahulaazim

iKHMAR said...

Salam perkenalan,..
1st time dtg sini...
Hi En Kamalfnd!

Anonymous said...

Steady jebat derhaka.

biarkan si luncai terjun/TERjun dengan labu labunya..dengan labi labi lagi afdal! ha ha

fuzzy83 said...

tetibe ambe ghase tak cukup belia untuk memberikan buah pikiran...

karang lah bagi kot...huhuhu

Anonymous said...

wargatua
warga yang dah tua
bila nak 'keluar'

wargatua
orang lama
sudah ada nama
kuasa bergema

wargatua
berhati muda
nafsu kuda
macam gila

wargatua
jgn dihina sang langau
nanti dihentak...kalau
terus sasau

Anonymous said...

Wargatua bila bersua
cerita semua tentang mereka
wargamuda bila berjumpa
cerita jugak tentang negara

wargatua buat kelab
itu semua demi negara
wargamuda duduk berkumpul
ini semua otaknya tumpul

Kalau si tua buat kelab
ini untuk elakkan negara malap
kalau si muda buat kelab
ini semua jiwanya gelap

orangtua kelab jiwa bangsa
orangmuda kelab jiwa luka!

nurdaniella said...

orangtua kelab jiwa bangsa
orangmuda kelab jiwa luka!

hehe, nak tambah sikit..

orang tua ke kelab dangdut,
orang muda ke kelab malam,
pas tu, orang tua sakit lutut,
orang muda pulak, mata berbalam-balam..

Anonymous said...

biasa bro semua nie adalah dugaan bagi mereka yang mahukan sesuatu bukan untuk diri sendiri...dugaan inilah terjadi bagi mereka yang berjiwa pejuang...inilah yg berlaku jika kita menentang arus...tapi ingat....antara manusia yang berjaya dan berjasa adalah manusia yang menentang arus...dan harus diingati...menentang arus bukanlah kepada yang mudah jemu dan putus asa...maka teruskan usaha bro menjadikan belia malaysia yang terbaik demi masa depan negara...ramai yang menyokong secara moral...fizikal...buah fikiran...doa dibelakang kamu...ini bukan ayat poyo tapi ini lah kebenaran...orang kita suka sokong dari jauh...tak ramai dari dekat...xpelah...dari tak sokong langsung...adala jugak sipi2..apa apa pun perjuangan masih belum selesai..do or die dont ask why...yakin dgn langkah diatur

Anonymous said...

Ada dia punya 'untaian' dalam hali ini. mengikut pandangan aku.

Pemimpin
|
v
implementasi pendidikan
implementatsi agama dan budaya
implementasi social
|
v
Rakyat
|
v
cara hidup rakyat
|
v
Kesan dari cara hidup
|
v
Kesan kepada rakyat/generasi baru


contoh:

Pemimpin menekankan hal agama
so
Rakyat didik dengan cara yang penuh dengan Ad-Din
so
rakyat kuat pegangan agama dan aqidah
so
Insya Allah tidak berlaku jenayah.

Contoh kedua:

Pemimpin terlalu menekankan kehidupan duniawi

Rakyat berlumba lumba mengejar duniawi

Yang menguasai ekonomi terus monopoli ekonomi

Minority ekonomi akan hidup tertekan

Minority menjadi hamba dan minta subsidi

mudah melakukan jenayah

jenayah berleluasa akibat tekanan ekonomi dan harga minyak naik mendadak selari dengan harga barang

meragut/menyamun/mencuri/merompak kerana nak beli susu anak

bangsa lain terus maju

bangsa melayu belajar hingga ke university, sukar dapat kerja seperti mana golongan pengawal ekonomi

golongan pengawal ekonomi mudah dapat kerja walaupun cgpa rendah

golongan minority hidup tertakan

kuasa membeli tiada pada tangan golongan minority

maka semuanya hidup terpinggir

bila hidup terpinggir, agama tidak dijadikan pegangan kerana untuk terus hidup harus menggagahi ekonomi.

untuk mengatasi masalah ekonomi secara pantas, berlaku lah jenayah ekonomi atau lain lain yang tidak langsung.

sekian

Anonymous said...

dr kamal

Tengokla di Melaka, makin melampau mereka ni kepada orang Malayu.

Gantung kepala babi di pagar rumah.

Salah Siapa?

Siapa yang beri MUKA sangat kepada penternak 'BABI' ni?

Pemimpin lah, siapa lagi.

su said...

salam...ape kata kalo sama2 bg idea yg terbaik?

maaf jika menyampuk...leh gak saye dpt idea nak didik anak2 murid saya...

Anonymous said...

Cerita melayu

Ada apa dengan melayu?
Ada nama tapi tiada rupa
Ada bangsa kurang penjiwa
Ada bahasa kurang penutur setia…

Melayu ada pada setiap peringkat usia
Ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua
Tanpa melayu tua, tiada melayu dewasa
Tapi apa guna yang tua
Kalau akal tak berguna

Anak melayu suka dimanja
Suka dimanja pantang dicela
Kalau kurang tak boleh diajar
Mahu berjaya suka meleka

Anak melayu
Suka mengada-ngada
Bila bercakap tak pernah kalah
Bila disuruh buat banyak masalah

Lain pula cerita melayu dewasa
Mahu dihormati mahu disapa
Pantang dikritik yang lebih muda
Walaupun salah kena biarkan saja
Tapi ada hati nak nasihatkan orang lain pula

Begitu juga dengan melayu tua
Tidak boleh ditegur, pantang dipersenda
Kalau dikritik kurang ajar katanya
Kalau tidak ditegur
Usia dah tua
Tapi akal tak reti guna.

Melayu tua
Yang perempuan suka mengumpat
Yang lelaki suka mengorat
Tak sedar-sedar rumah kata pergi
Kubur kata mari

Wahai bangsaku melayu
Janganlah suka meleka
Janganlah lagi suka mengata-ngata
Jagalah tingkah laku
Berfikir biarlah secara terbuka

Wahai bangsaku melayu
Sedarlah kita bahawa apa guna
Ada bangsa
Tapi tak melambangkan bangsa…

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis