Monday, January 26, 2009

PENGORbanan

Alamak! Tak sempat nak update blogku ini sampai ditegur!!Maaf, wahai pengunjungku. Kamek gago!ha ha ha..

Sebenarnya, amat sibuk memenuhi undangan ceramah termasuk baru baru ini Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM. Cumanya, sehari sebelum itu berceramah di Jabatan Kebajikan Masyarakat, KL dan sehari selepas itu Radio24, ptgnya PKNS dan malamnya Helo Malaysia TV Astro 502! Kira Pesta Ceramah lah! Sori ek?

Menurut tajuk Kosmo ms 14 tarikh 22 jan 2009- Artis, warga luar terima pingat sempena Hari Wilayah tahun ini. Ini bermakna sumbangan artis memang hebat. Jadi, tahun depan saya pun nak jadi artis!Ahaks!

Bukannya jaki tetapi apakah hanya artis yang diiktiraf menyumbang kepada negeri/negaranya? Bagaimana dengan pakcik amin yang dah berpuluh tahun menjual air depan sekolah kita? Macamana dengan pakcik ah kau yang berpuluh tahun membawa bas sekolah? Atau Pakcik Muthu yang menghantar akhbar rumah ke rumah?

Apa sebenar maksud pengorbanan atau sumbangan kepada negara? Apakah yang tak tahu menyanyi seperti kita semua tidak ada baktinya kepada negeri/negaranya? Hanya kerana seseorang tidak menganggotai parti politik, makanya dia tidak berbakti kepada negara ya? Eh, ya ke? Iya.PENGOR!!

Jom karaoke!


kamal fnd hashim

Monday, January 19, 2009

MMHE

Terpacak di dalam stadium perbandaran pasir gudang,di celah ribuan kakitangan yang menyertai MMHE Family Day, amat mencemaskan! Masakan tidak, semua sedang asyik dengan aktiviti masing masing di lantainya, aras 1 malahan kerusi aras 2 stadium tertutup ini.(tapi muka tetap cool!)

Walaupun dah veteran dengan ceramah dan bengkel, dalam fikiran tercongak congak cara nak tackle audience. Hmm...AHA!Akhirnya gue dapat idea. Buat biasa je!Ha ha ha

Terdengar track mission impossible dan terus lari atas pentas. Pegang mic dan membebel sampai abis!ha ha..(alhamdulillah, kata j/kuasa Family Day ni bro ezry dan konco konconya; semua puashati dengan sesi..dia kata le!!)

Dalam sejarah karier, kali terakhir berdepan dengan crowd yang ramai adalah berjumlah 1000 dekat UiTM Segamat dulu dulu. Kali ini lagi ramai. Katanya dalam 1500 ada pada masa tu.

Apa bezanya ya?

MMHE ini menyentuh hati kerana dalam ribuan syarikat di Johor, MMHE mengintrepretasi maksud keselamatan dengan luas. JKJR, PDRM, JPJ, Jab Kimia, Alam Sekitar, JPA macam macam ada termasuk patik pacal yang hina. Dan inilah yang sepatutnya dicontohi oleh lain lain pihak yakni melihat kakitangannya sebagai aset syarikat dan bukan hanya sekadar statistik! SALUTE!

So, are you an asset or are you merely just a statistic?

Kamal Fnd Hashim


p/s Family Day MMHE jugak mengubat luka hatiku yang berbalar.

Sunday, January 11, 2009

Pelik Tapi Benar!

3 hari di KT untuk prgm motivasi pelajar, penuntut ILP dan PIBG anjuran Jabatan Tenaga Kerja Tganu. Hmm, semua orang ingat ni mesti ada kena mengena pilihanraya kecil kat sini walhal event ni dah lama terancang. Bahkan sebulan sebelum ni pun pernah datang untuk bengkel kejiranan Rukun Tetangga satu Tganu anjuran Jabatan Perpaduan &Integrasi Nasional Negeri.

Turut sama dalam ceramah motivasi kali ni ialah Angkasawan Mej Fais. Seronok jugak lihat dirinya beri ceramah; tenang dan penuh info. Memang layaklah dia diiktiraf sebagai Angkawasn Negara.Bro Fais promosi Sains dan kamalfnd promosi dirinya sendiri!!

Ha ha ha..Dah nama programnya motivasi, takkanlah promosi kopi janda lak!! Maklumlah, minuman utama pilihanraya P036!!

Dan di sinilah timbulnya prasangka sesetengah pihak bahawa orang seperti saya hanya bekerja ketika masa masa tertentu sahaja. Sebenarnya, ada atau tidak pilihanraya, kerja tetap kerja.

Kenapa? Eh, nyawa manusia dan tamadun ini perlu diteruskan sentiasa sepertimana tugas seorang guru atau pengetua; tak mengira pangkat dan darjat, ideologi mahupun kepercayaan seseorang tanpa silu terus mencurahkan ilmu bakti demi pertiwinya.

Dan pasti ada yang terfikir jugak, ah, kalau ada orang mcm si kamal tetapi sharlinie masih gak hilang, apa barang??!! Well, jawapannya; kalau nak harap si kamal sorang je sedang yang lain kerjanya ngangkang, hampeh le!

Baca tak laporan akhbar perhimpunan menentang kekejaman Zionis di Stadium Malawati, Shah Alam? 5000 orang je yang datang. Baca tak Pesta Tahun Baru, 200,000 orang datang!! Hampeh!!!

kamal fnd hashim

Wednesday, January 7, 2009

Budiman Zaman

Ramai yang bertanya samada benar saya adalah budiman zaman-karektor dalam PSA tatarakyat satu masa dulu di RTM- dalam slot Kenali Diri. Suara mcm chipmunk tu! And...hanya nampak kaki, tangan sahaja.

Yup. Gue lah tu.But yang hairannya; depa dapat juga mesej yang disampaikannya walaupun cukup sarkastik penyampaiannya!he he!AIB AIB AIB!

Entah lah but saya percaya suatu perkara, kalaupun serius, kaedah penyampaiannya tak semestinya rigid dan serius kan? macam kesedihan jugak le..takkan semestinya nak tunjuk sedih mesti nangis(macam dalam drama.AHAKS!)..hmmm

Karut!!Ada yang kata gitu gak!Sedih mestilah leleh airmata!eh, tapi ada gak orang gembira dan leleh airmata kan? hah, amacam?

Ini masalah persepsi sebenarnya. Macam 50 sen tu lah..ada nampak?

Pada sesetengah orang, ianya adalah harga kebijaksanaan. Contoh; Makbapak naikkan belanja sekolah 50 sen tahun ni untuk pelajar..HULAMAK! Syurga untuk pelajar tu! But dalam masa yang sama beban untuk keluarganya ek?

Pada sesetengah orang ia harga kemanusiaan. Contoh; derma 50 sen untuk tabung palestine atau nyawa manusia dah ok dah tu. But boleh lak hantar SMS beratus kali untuk AFundi ek?

hmm...AIB AIB AIB

BUKA MINDA, BUKA HATI, KENALI DIRI!

kamal fnd

Monday, January 5, 2009

Salam Tahun Baharu!


Ahaks! Salam selamat buat semua sempena tahun gregory 2009 ini. And sempenanya, apa kata kalau kita mulakan blog ini dengan soalan; APA YANG ANDA NAMPAK DARI IMEJ INI?
Selamat Mencuba!

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis