Sunday, January 11, 2009

Pelik Tapi Benar!

3 hari di KT untuk prgm motivasi pelajar, penuntut ILP dan PIBG anjuran Jabatan Tenaga Kerja Tganu. Hmm, semua orang ingat ni mesti ada kena mengena pilihanraya kecil kat sini walhal event ni dah lama terancang. Bahkan sebulan sebelum ni pun pernah datang untuk bengkel kejiranan Rukun Tetangga satu Tganu anjuran Jabatan Perpaduan &Integrasi Nasional Negeri.

Turut sama dalam ceramah motivasi kali ni ialah Angkasawan Mej Fais. Seronok jugak lihat dirinya beri ceramah; tenang dan penuh info. Memang layaklah dia diiktiraf sebagai Angkawasn Negara.Bro Fais promosi Sains dan kamalfnd promosi dirinya sendiri!!

Ha ha ha..Dah nama programnya motivasi, takkanlah promosi kopi janda lak!! Maklumlah, minuman utama pilihanraya P036!!

Dan di sinilah timbulnya prasangka sesetengah pihak bahawa orang seperti saya hanya bekerja ketika masa masa tertentu sahaja. Sebenarnya, ada atau tidak pilihanraya, kerja tetap kerja.

Kenapa? Eh, nyawa manusia dan tamadun ini perlu diteruskan sentiasa sepertimana tugas seorang guru atau pengetua; tak mengira pangkat dan darjat, ideologi mahupun kepercayaan seseorang tanpa silu terus mencurahkan ilmu bakti demi pertiwinya.

Dan pasti ada yang terfikir jugak, ah, kalau ada orang mcm si kamal tetapi sharlinie masih gak hilang, apa barang??!! Well, jawapannya; kalau nak harap si kamal sorang je sedang yang lain kerjanya ngangkang, hampeh le!

Baca tak laporan akhbar perhimpunan menentang kekejaman Zionis di Stadium Malawati, Shah Alam? 5000 orang je yang datang. Baca tak Pesta Tahun Baru, 200,000 orang datang!! Hampeh!!!

kamal fnd hashim

9 comments:

laili said...

Majlis ilmu...hadirinnya boleh dikira dgn jari & kaki,
tapi majlis hiburan tak mampu dikira berkali-kali...
kerana apa?terlampau ramai bilangannya..
Masyarakat kita terlalu fanatik dgn dunia hiburan sampai terlupa meletakkan ilmu di tempat yang tinggi...
Memang pelik........
tapi benar pakk...

Anonymous said...

Kopi janda? Sdap ke?
Apa2 pun tkot la nk minum kopi janda.. Blom kawen,tkot menJANDA.. Hahaha!

Ni kak laili mpsj ek,yg slalu cmment kt frenster chuera..

Ala,kak..
Ktrg penah buat event, 14org je dtg..kter beriya menjemput, masuk free,mkn free,goody bag,buat kt hotel,ilmu free..
Sng cite dtg bwk bdan je. Tu pun susah..
Alasannya,raptai hari merdeka..
Haram jadah tol..


Opps! Tet!

Anonymous said...

Ada tika dan masanya kita terpaksa membuat dosa untuk membuat sedikit amal pahala..

Anonymous said...

dah cakap dalam komen yang lepas2 pun pasal apa yg kak laili and baby ashue cakap....ni la dia realiti sebenarnya...malaysia hangat2 taik ayam je...ada kes terbaru....berduyunla...lama sikit...lupa dah...majlis ilmu datang bila perlu je...majlis yg lagha(lam alif gha)bak kata orang utara...xperlu datang pun xpe...sanggup dok jauh pun xpe datang....apa yg bro kena skang nie is menumpang toi...kebetulan aje pilihanraya,kempen bro...biasalah bagi yg dangkal pk...oh bila pilihanraya...sibukla dia...nak nama la tu....xpun owh bila pilihanraya...masa ni la panggil orang itu orang ini bercakap...walhal benda dah lama dah buat...masih diteruskan...biasalah malaysia suka fikir mudah daripada berfikir secara kreatif dan kritis...(KBKK)macam dak2 skolah skang diterapkan nilai2 tu..

Anonymous said...

Kamal Laoshi.
Yes, you deserve the title. I made the right decision in awarding it to you. It doesn't matter if you're 'promoting'yourself. What's important is what you're relaying to your target audience and how you do it. From what I know, the majority of your audience enjoy your delivery (and adore their Uncle Fnd !)but I hope it hooks on to their minds and hearts.

DeeN said...

Majlis ilmu, positif dan bermotif memang tak ramai org kalo nak di bandingkan dgn konsert yg dipenuhi artis2. Susah nak ubah mentaliti. Wallahu'alam.

Anonymous said...

'..membuat dosa untuk membuat sedikit amal pahala..' That doesn't sound quite right. 'The end does not justify the means.'I'm sure there's always a right way do something right.
Moreover, I believe Kamal Laoshi has not gone down to that level.

Anonymous said...

xiaojie,
Nak th kamal fnd tahan x dgn semua ni,tggu je la bln 4..

Opps! Tet!
Hehe..

Anonymous said...

boleh saya tanye encik kamal.mcm mana sy sbgi student ingin mencari kerjaya dalam bidang penganalisis jenayah..sy x tau knp? tapi sy mint..ad x cr n stage tuk sy ceburi bidang ini..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis