Alamak! Tak sempat nak update blogku ini sampai ditegur!!Maaf, wahai pengunjungku. Kamek gago!ha ha ha..
Sebenarnya, amat sibuk memenuhi undangan ceramah termasuk baru baru ini Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM. Cumanya, sehari sebelum itu berceramah di Jabatan Kebajikan Masyarakat, KL dan sehari selepas itu Radio24, ptgnya PKNS dan malamnya Helo Malaysia TV Astro 502! Kira Pesta Ceramah lah! Sori ek?
Menurut tajuk Kosmo ms 14 tarikh 22 jan 2009- Artis, warga luar terima pingat sempena Hari Wilayah tahun ini. Ini bermakna sumbangan artis memang hebat. Jadi, tahun depan saya pun nak jadi artis!Ahaks!
Bukannya jaki tetapi apakah hanya artis yang diiktiraf menyumbang kepada negeri/negaranya? Bagaimana dengan pakcik amin yang dah berpuluh tahun menjual air depan sekolah kita? Macamana dengan pakcik ah kau yang berpuluh tahun membawa bas sekolah? Atau Pakcik Muthu yang menghantar akhbar rumah ke rumah?
Apa sebenar maksud pengorbanan atau sumbangan kepada negara? Apakah yang tak tahu menyanyi seperti kita semua tidak ada baktinya kepada negeri/negaranya? Hanya kerana seseorang tidak menganggotai parti politik, makanya dia tidak berbakti kepada negara ya? Eh, ya ke? Iya.PENGOR!!
Jom karaoke!
kamal fnd hashim
Monday, January 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
Salam bro, tu lah kalau setakat jadi wartawan ni, tak payah mimpilah rasanya nak mendapat pengiktirafan. Lebih 13 tahun ke hulu ke hilir meninjau macam YB, tengok masyarakat sedih, menangis, tersedu. Bila dibantu mereka gembira menarik nafas lega. Menulis ni dah jangan cakap lah, hampir sampai nak bengkak jari jemari, malangnya tak ada siapa pun pandang, jeling pun tidak kecuali penonton setia 360, congak congak lebih 2 juta orang, purata setiap minggu.
Apapun pedulilah bro. Kita memang nekad berjanji dari awal kerjaya. Kerja untuk cari rezeki dan kerana Allah, bukan kerana ghairah bergolek golek inginkan pujian dan penghormatan.
Bro, selama saya jadi wartawan cuma SEKALI dapat surat kepujian dari IPK Melaka. Sedangkan rakan lain di bidang sama, dah berkoyan duit dalam poket, imbuhan pakej anugerah diterima dari pelbagai pihak. Tapi, kita anggap jer lah, itu semua rezeki orang, bukan rezeki kita :)
Bagaimanapun, saya percaya, kita berdua tidak mudah berputus asa memperjuangkan kepercayaan kita fikir harus diperjuangkan. Biarpun di landasan berbeza, kan?
Susah juga kalau nanti saya terpaksa panggil bro, Datuk Kamal Affendi, manakala saya pulak bro kena panggil Tan Sri Mazidul Akmal! Giler panjang tu!
Salam to one and all. All these years I thought that my contribution (not only financial) towards my family and concern for my parents went unnoticed. In fact,I didn't expect anyone to say TQ as it's my responsibility. One day, a few years after abah passed away, some words of frustration just flew out of my mouth. Mak somehow understood and told me '..arwah abah kenal hati budi anak-anaknya..'. Those words were enough to tell me that my parents did notice my sacrifice. No one else heard what mother said but it's okay because I had my parents' redho and InsyaAllah, Allah's redho too.
Some years back, just days before I left teaching, the most valuable award i received were a few words from one of my students, '..kenapa miss tak nak ngajar lagi? saya suka cara miss ngajar..clear, step-by-step, senang faham..' That was the most valuable 'thank you' and recognition i've ever received. Recently, i met this particular student and he's now doing well in an IT company. Alhamdulillah.
There was a special Halaqah programme (Intifada') on TV9 for belia last night at Kompleks PKNS Shah Alam but there were more belia parents. Where were the belia? Of course they were sacrificing their time (their life) at a reality show also held in Shah Alam at the same time.
Kamal Laoshi, the speakers in the Halaqah prog. suggested how our belia can/ should contribute and sacrifice not only towards the Gaza cause but also towards rebuilding the strength and unity of the Muslim society.
The babies, the children, the youth, the old, the innocent in Gaza are killed by bullets and bombs. What are we sacrifing our time and life for?
Nama nya pun pengorbanan.. Pengorbanan xperlukan balasan,tp mungkin ckup skadar sdikit penghargaan..
Jg nk penghargaan ke? Penghargaan yg mcm mana? datuk,tan sri? Perlu ke?
Dr sekolah TADIKA,masuk ke SEK RENDAH,ke SEK.MENENGAH juga, dpt pinjaman buku teks bntuan kerajaan.yuran pun kerajaan bg.
Sambung ke IPTA, biasiswa kerajaan, pinjaman sana sini,kemudahan sana sini.
Dan bila bekerja pun jd KAKITANGAN kerajaan.
Hidup ni xhabez2 ckp pasal
hak org melayu..
hak org melayu..
hak org melayu..
Dah la subsidi sana sini..
tp hari ni terus2an menentang kerajaan. Terus2an crik kesalahan kerajaan.
Cmtu ke makna PENGHARGAAN yg sepatutnya?
Jadinya,
Jgn ckp pasal penghargaan,kalau kita sendiri terlupa utk menghargai..
Bosan!
Opps!
Tet!
Karaoke? Menarik!
Eh! Tapi,
Bkn ke hiburan tu xelok..
Bukan ke Org2 muda mcm sy ni je yg suke hiburan!
Yg suke g konsert ambang merdeka!
Konsert thn baru!
Berkumpul ramai2,berhibur sakan!
Eh!stahun skali pun xboleh!
Mana boleh!
Rosak agama nanti!
Nanti org kate,perhimpunan menentang zionis,xramai dtg.. Kamal fnd buat karaoke,ramai pulak yg dtg.
Tak gitu??
Amboi.Amboi.Amboi.
Ops!
Ha ha.
1.bro mazidul.. oopppss.. tan sri, kita patut jadi artis kerana mereka lebih berjasa daripada wartawan yang mengangkat darjat bangsanya.
2.Xiaojie betul..Bapak belia lagi ramai sebab belianya ke tempat untuk belialah. Datang Halaqah pun bukannya diiktiraf peranan belia ni kak. Thats why berebut tengok acara nyanyi supaya jadi artis.
3. Baby Ashue pun betul gak coz yang mustahak adalah mereka yang sedar dari mana dia bermula.
4. Jom karaoke tu untuk kita semua berlatih menjadi ARTIS yang dapat menyumbang kepada negara atau negerinya!
hanya artis dan orang politik je boleh dapat datuk..ujung taun ni saya nak promot perak,bro kamal nak ikut..mane tau,kot2 kite leh dapat datuk ke..ahakz..nak nyanyi,suara saya sedap sgt..hehehe
saya rase pakcik tua yg menyapu selama berpuluh tahun di agensi kerajaan patot diberi penghargaan...hee..yela zaman skg keje2 2 sume bangsa asing yg wat...hmmm
Every year there are not less than 10 reality shows ( can somebody count for me), musical awards, yearly concerts organised by various radio,tv stations and other organisations.
You're right, 'setahun sekali pun tak boleh. mana boleh! rosak agama!'
You're right again, not only the young ones attend, but also these young and not so young parents tagging along their offsprings, these old makciks bertudung and pakciks (with or without their kopiahs and songkoks).
Hey! Why not? It's only once a year! You only live once, right?
On a softer note..there's no harm in entertainment but don't overdo, don't join those who 'engkar'.
Just remember that we have our faith and the promise we make 5 times a day.
perlu sangatkah kita untuk dihargai dengan diberi anugerah??
Ingatlah apa tujuan kita bekerja...mencari rezeki untuk diri sendiri dan keluarga...ikhlas itu penting...rezeki yang dibawa pulang akan menjadi darah daging keluarga kita...yang akan membentuk akhlak kita...
biarlah mereka menganugerahkan gelaran untuk orang2 yang mereka rasakan amat "berjasa" kepada "pembangunan" negara...yang pasti...jika kita ikhlas...ganjaran kita tetap ada...di sana...
en kamal : saya tetap menghargai sumbangan tuan dan amat berharap untuk berpeluang mendengar ceramah tuan...bila?...ntahlah...
mazidul : 360 is the best!!!
nak jd artis?
Cantik kerr?
Amboi.Amboi.Amboi.
Bukan ke lebih baik kalau kiter dihargai, apabila semua org senang dgn kite n sentiasa berdoa utk kebahagiaan kiter..and apabila ilmu yg kter trunkan diterima umum dan disebarkan..
Bukanke itu lebih merapatkan jurang antara satu sama lain.. Daripada kter berpangkat datuk tp tidak dekat dihati masyarakat.
Bukan semua org selesa berkawan dgn D.A.T.U.K.
Ops!
Betul kata baby ashue, kami tak kisah pun pangkat yg ada.
Sebagai contoh,
"ENCIK kamal" tanpa pangkat datuk juga tetap dihormati.
Mungkin Encik tak perasan tp kami tetap menghargai setiap pengorbanan..
Mungkin ramai yg terlepas pandang,tp tak semua begitu.
Semoga en.kamal terus menabur budi dan kami amat menghargainya.
terima kasih.
salamz semua...apa yg bro mazidul cakap ada maksud mendalam...masing2 punya pendapat..saudari,baby ashue,bro kamal,lela...ishh la banyak sangatla...erm kakak mana?
masa kecil2 dulu...kita masing2 ada cita2 kan?
pernah terlintas atau ada ke sesiapa yg meletakkan aku satu hari nanti nak jadi datuk/tan sri/datuk seri/tun/dato' wira...dan sebagainya?hurmmm?
adakah dgn gelaran2 sebegitu kita akan lebih kerja keras mendukung matlamat2 murni kita ataupun akan lebih disanjung menjalankan 10% daripada matlamat2 kita?
tan sri bina rumah orang miskin...akan di cakap wah bagus...tengok?tan sri pun buat keja orang biasa...
karim bahadur kerja sambilan menjaga rumah orang2 tua,tugasnya menjaga makan pakai orang2 tua yang uzur...akan dicakap pula...huh!cari duit lebih tu nak tunjuk bagus...xde siapa tau pun
belakang cerita...tan sri letak satu bata je atas dinding rumah orang miskin tu..
karim bahadur...buat hampir setiap kelapangan atas rasa tanggungjawab...
..berbalik cerita cita2
adakah bila melihat kebelakang...kita sudah target kita berada ditempat kita sekarang?
..dah agak dah aku jadi cam aku skang?kuasa tuhan ye dak?
so serahlah pada tuhan...anugerah itu hadiah sampingan...anggaplah kita hero di balik tabir...berani ke kita gelar diri kita sendiri hero?bukan orang lain?cam angkuh je pulak..
apa yg penting kerja kita ialah mencari rezeki..ada peluang...berbaktilah pada agama bangsa dan negara..jgn lupa turutan tu...
xde komen len dah kot stakat nie...yg penting kemahuan dan diri kita...matlamat kita...keyakinan kita...prinsip hidup kita..
kalau salah tolong betulkan ye
Sape Karem Bahadur?
Hensem x?
Dia dah kawen ke maseh single?
Ada borang kosong lg tak?
Hahaha..
Sory jebat! Saje je gurau2,sejukkan topik yg maken hot ni..
Cite pasal lain la..
Ops!
Yang telinge lebar tu KAREM namo eh..
Kahkahkah!
"telinga lebar isu sensitif' lah baby ashue sebab arwah abah pun gitu dan pada akak abahlah paling segak.
dan abah jugalah berbangga dengan kejayaan anak-anaknya walaupun dirinya dulu sekadar kerani rendah.
Betul kata jebat , jalan hidup kita ni ketentuanNYA.
Siapa sangka..cita2 akak masa sekolah dulu.. dapat jadi kerani macam abah pun dah ok.
Tapi Alhamdulillah jadi Laoshi (pendidik) juga macam Tn Kamal.
Dolu-dolu ada belajar mandarin sikit..tu yg faham makna Laoshi.
Semua ni anugerah juga, kan?
Biarlah orang lain tak pandang asalkan DIA pandang kita dengan redhoNYA di kemudian hari.
Insyalah 'yang disana' nanti akan menghargai segala pengorbanan dan usaha Tuan Kamal dan beroleh nikmat yang terindah..
Salam perjuangan
Pengorbanan..
Masing - masing mempunyai pendapat sendiri.
Baby Ashue..I like...simple tapi bernas.
Pengorbanan yang ikhlas,niat kerana Allah Taala pasti ganjaran yang besar menanti anda di 'sana'.
Hahaha..
Tak la Akak..
Karem tu karakter dlm video kt you tube.. Tajuk dia "beruk nogori"
Tgk la,klakar gler..
Mat saleh ckp loghat nogori..
Tu yg ktrg kt ofis,kalo ada yg sengal sket,jwbnye dipanggil, KAREM..
Sory la pd yg terasa.. Kepada si karem,mahupun yg telinga besar.. Ops! Sory ek..
Cerita tu rekaan semata2,xde kene mengena dgn yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia :)
chill baby ashue...dah tgk dak video tuhs...hebat mat salleh tu sembang loghat wariqh negori sembilan, cool akak...
just my two cent...
adatla bila kita berusaha dan dijanjikan macam2 memang kita akan jadi berharap kan?memang mudah mengatakan kerja ikhlas,jgn berharap apa2,tapi kecewakan bila kita diberikan pengharapan dan akhirnya dibiarkan?mesti ada antara salah satu orang dalam ini pernah rasa begitu kan?
tidak mengapa...itu semua dugaan namanya...bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah...
yg penting kita lakukan apa jua perkara dgn niat hati kita kerana tuhan dan kerana prinsip dan pegangan kita...yg len2 abaikan dan anggaplah extra...hidup ni macam didalam kapal...apa jua sampah yang lalu ampai2 dikaut sebelum kita menjumpai barang yg berharga....redah je...
amekje peluang apa pun yg terbentang...
rasanya bukan akak je kan yg berkata dalam hati "xsangka aku berada ditempat aku sekarang"
ayah saya dulu plak cita2 nak jadi konduktor bas...sebab best dapat pegang tiket,g jalan mana2 free...sebab ayah bukan dikalangan orang senang...rumahpun atap rumbia....pemadam pun guna selipar jepun yg dikerat2 jadi pemadam....
skang okaylah....dan dapat mendidik anak2 jadi 'Orang'
ayah pun penah ditanya...dia pun cakap...xsangka berada di tempat yang dia berada skang...jauh tu dari konduktor bas ke.....rahsia...
yg laen2?
bro kamal?
bro mazidul?
apa cita2 anda masa kecik dulu?
oh,rupanya bro mazidul pun ada hati nk jd tan sri.
Banyak lg yang perlu dikorbankan utk jadi yg terbaik.
Yang penting jangan korbankan harga diri dan maruah kerana pangkat dah la.
Bak kata baby ashu, perlu ke?
Haha.
ha ha..tajuh asal dia-apa pengorbanan yang anda lakukan?- dan sampailah ke karim boruk negeri tu lak poei!haha
Tentang cita cita masa kecik saya?
Spt terdapat dalam borang darjah 1 biru, Sek Jubli Intan Rengam, Johor dengan guru kelasnya Zainab Hj Sabirin;
a)Combat
b)Ultraman!
Jadi, kembali ke pangkal jalan, apa pengorbanan anda?
kamal fnd
Betol kata lela.
Org slalu xperasan dirinya dihargai..
Apatah lg utk menghargai..
Biase lah,bila dpn mata,buat2 xnampak.. Ada pun mcm xda je..
Bile da xda,nangis pun xguna..
Salam bro...kalau tak silap br pernah berlakon dalam drama susuk...
Salam to one and all. On my way to work this morning, there was a Michael Jackson song on the radio. I don't know the title and don't remember the exact lyrics but it went something like this. "...I'm starting with the man in the mirror. I'm asking him to make a change.....if you want this world to be a better place, you'd better make that change..."
So,I would say that to make positive changes in this world, we'll have to muhasabah diri (cermin diri)and change ourselves for the better.
And in order to make these changes, we might have to make some sacrifices, big or small. There are things and lifestyle that we'll have to give up and make a fresh start . For example, quit smoking, quit merempit, quit dadah, quit bribery, start performing solat, improve solat, start reading the Al-Quran, be a better hubby/wife/employee/
student/neighbour, etc.
Small positive changes can then lead to bigger positive changes.
Wallahu'alam.
setuju dgn baby ashue..
tiap2 bulan mkn gaji dgn gomen..minta naik pangkat,naik elaun,naik bonus dan semua naik belaka..( brg tak seh naik deh)kalo lmbt dpt gaji marah darah naik kepala.tapi gomen buat semua tak bagus,kutuk bagai nak rak.ape kes??
lu pikir laa sendiri!
*anto jek dorang ni gi dok mymmar :(
Berkorban apa saja..harta atau pun nyawa. Tapi jangan sampai korban maruah dan harga diri.
Cerita lain pula..ada kementerian nak cari rakyat miskin seluruh negara untuk dibantu. Mana perginya warga korporat yang kaya raya? Mana perginya hartawan dan jutawan negara? Minta pelbagai kemudahan daripada kerajaan tapi tak kan pula setakat jamuan berbuka puasa dan jamuan raya untuk tunjuk keperihatinan pada yang susah? ( sambil tu panggil media untuk dihebahkan !)
Berkorbanlah sikit untuk bantu rakyat miskin tak kira apa bangsa atau agama.
Tubuhkanlah yayasan untuk membantu rakyat miskin membantu diri mereka sendiri. Golongan profesional tolong beri bimbingan dan idea kepada mereka bagaimana nak majukan diri, supaya dapat keluar dari belenggu kemiskinan.
Berkorbanlah sedikit. InsyaAllah akan bertambah rezeki dan keberkatan hidup kita semua.
Btol tu Echah..anto je diorg ni g myanmar.. Br diorg th betape nikmat dok mlsia..
Tak habis2 nk crik salah org je..
Tambah pulak org yg suke mencarik publisiti murahan. Cam artis2 mlsia yg xbrape valuable ni..
Shah rukh khan dpt datuk pun nk biseng. Eh! Sukati la,dia nk bg kt sape pun.
Dah artis kt mlsia ni memang low claz!
Nk wt cmne kan..
Tak th syukur btol.. Hidup harapkan rupe je pun nk biseng. Esok luse disimbah asid, Melopong!
Amboi.Amboi.Amboi.
Terlebey suda..
Salam..saya ingin bertanya,jika sekolah saya ingin menjemput En Akmal untuk memberi ceramah bagi memberi kesedran pada murid-murid tentang jenayah terhadap kanak-kanak,adakah memerlukan prosedur tertentu?
Salam..saya ingin bertanya,jika sekolah saya ingin menjemput En Akmal untuk memberi ceramah bagi memberi kesedran pada murid-murid tentang jenayah terhadap kanak-kanak,adakah memerlukan prosedur tertentu?
saya nak bertanya kalau saya nak jemput tuan Kamal ni memberi ceramah kesedaran untuk kanak-kanak yang semakin mula terjebak dengan jenayah seperti culik, sumbang mahram..adakah prosidertertentu..?
Post a Comment