Monday, February 2, 2009

check betul betul haaaa....

Ada orang tulis nama saya kamal EffEndi. Ada yang tulis kamal EfEndi. Ada jugak KamaRUL EffEndi. Ada lak tu langsung tersasar;kamal ARIFFIN hashim!! Ni semua saya jumpa melalui jemputan faks,akhbar atau email. Ahaks!

(Beriya iya mereka jemput dan kata program depa ni terbaik la, bla bla bla. Tapi nama salah eja!ha ha ha)

Dan ini membawa satu persoalan; nama gelaran lebih relevan?

Kenapa pulak? iyalah-nak buat majlis, nak kena pikir menu makanan, acara pelancaran, bla bla bla. Mana ada masa nak fikir benda kecik macam nama pacal hina yang nak dipanggilkan?aib aib aib..

Jadinya, bila orang beri kita gelaran macam contoh badariah= badak, amin= buntat, ahmad= mat sabun, Ani= Tembam, makanya kita patut bersyukur. Kenapa? kerana mereka ingin mengelak malu kerana tak tahu nama sebenar kita. Sekurang kurangnya mereka tak la wayang!ha ha

Wayang? iya. Puak yang lain sebenarnya tak mahu pun ambil tahu ejaan nama sebenar seseorang itu kerana menyusahkan. Yang penting kepuasan dirinya dan apa yang dia boleh dapat dari orang itu. Dengan lain kata; lantaklah! janji aku settle masalah aku dah!

Kalau benda kecik tak leh handle, macamana nak handle tanggungjawab yang lebih besar?

Jadi pembaca blog ini saya harap dapat berkongsi nama gelaran yang anda dapat sejak kecik or remaja hinggalah dewasa. Sekurang kurangnya dapat kita sama sama gelak melihat kejujuran yang terdedah daripada jenaka yang terselindung!!

kamal fnd hashim

p/s Luorang nak panggil gue apa pun gue tak kisah sebenarnya..dah lali..tapi untuk orang lain, gue takut perasaan dia terbakar dan rasa terhina. Next time, lu check betul betul haaa(sebutan gaya Nasir Bilal Khan....he he he)

42 comments:

cerpelai said...

Apa ada pada nama bro..
Setakat gelaran tu taklah sampai berkudis dalam hati ye tak?..
(Tapi ada jugak yang marah)

Gua pernah digelar 'Pak Tam'..
Sebab kulit gua yang agak gelap..

Pernah jugak digelar 'Bezet' waktu zaman sekolah asrama dulu sebab kena buli berlakon jadi Ultraman oleh senior-senior yang agak kejam..

Tapi gua tak pernah kecil hati.. Apa ada pada nama.. Amalan tu yang lebih penting.. Tolong betulkan kalau gua tersilap.. Gua pun manusia jugak..!!

Anonymous said...

steady pak tam! skrang depa tak panggil hitam dah..Diorang gelar tinted!ha ha ha

bezet gua tak ingat la...ada ek dalam ultraman?

Anonymous said...

Eh,pntg tau nama..
Cm org mlka,name diorg kdg2 tu, agak melampau2.
Letak nama anak Jantan,Burok..
Isy,kalau la nama i Cik.Burok, xsanggup nk meneruskan kehidupan rasanya.

Wujudnye nama Ashue,zmn skola dlu,cikgu nk tulis nama kt jc hoki,oleh krn nama pnjg sgt,amek dpn je la..

Kwn2 ada yg pggil "chuera", "syurex","syura"
Ada gak,bdak2 lelaki yg bengang bila cintanya ditolak pggil i "bubur asyura"
Sukati korg la..

arwah nenek org melaka, pggil i "nyonye"
Cket2 nyonye..cket2 nyonye..
Tp skrg,rindu nk dgr suara tu lg:)

My sweetheart pggil i "hon"
Honey pun,honey la babey.
Jgn habez madu,sepah dibuang dah la..
Huks.huks.. :(

Amboi.Amboi.Amboi.

cerpelai said...

Bezet bukan nama Ultraman..
Gua dulu kena buli buat aksi Ultraman tengah 'fire' raksasa bro..!!

Bzzztttt..!! Camtulah bunyinya yang keluar dari mulut gua..

Terus diorang panggil gua Bezet..

Anonymous said...

LOL Hulubalang derhaka!
Bzzzzt! ha ha ha

Anonymous said...

Salam.
Baru balik dari menziarah.
Terima kasih di atas ucapan takziah dan bacaan ALFatihah untuk arwah makngah.

Sepatutnya akak pun makngah tapi anak-anak saudara panggil 'chek' (bukan cheque haa!).
Masa umur 3-4 tahun, mak pernah panggil 'pendek' sebab montel dan
pendeklah. Siapa sangka..bila mula sekolah akak jadi 'tall and slim' sampai la ni.
Famili pun tak panggil pendek lagi tapi sebab masa kecik comel dulu, sebelum dapar adik, kita nilah buah hati mak, jadi digelar pula .....biarlah rahsia(Tn Kamal je yg tau!)

Anonymous said...

Sorry ye. spelling mistake ..dapat adik bukan dapar adik.

Anonymous said...

masa kecik dulu nama 'ayul'
masa sekolah 1 nama 'crack'
masa kerja pertama, nama 'power'
masa kerja kedua, nama 'virus'
masa kerja sekarang : nama sebenar

mcam-macam ada !

Datuk zulshaari said...

masa kat sekolah rendah semua pangil saya lidi, sebab kurus. dah besar sekolah menegah panggil panjang sebab dia orang nampak tinggi.. berenti sekolah masa keje saya guna nama zulshaari.. ramai panggil saya shaari, tu nama bapa saya.. saya zul bin shaari. lepas tu ramai panggil saya abang chik lama juga guna nama panggilan tu, lepas tu dia panggil saya abang long pula... sekarang dah 3 tahun dia pangil saya AYAH.. apa lah ada pada panggilan ..

Anonymous said...

Hehe,baby ashu.
Nyonye ek.. Best juga nama tu.
Baba nya ada ke dak?
Hehe..kidding!

Akak mcm sedih je kewujudan "adiknya"
Haha.. Mesti waktu tu,akak rasa dia meragut kasih syg parents akak yg patotnya diberi pd akak,bkn harus berkongsi kan..
Dulu,arwah ayah panggil saya putri..sbb satu2nya puteri dlm keluarga.selepas 12thn,bila dpt adik,ayah panggil sy kakak..terus berubah.. Mula2 kecik hati juga,tp akhirnya saya terima. Sampai hari ni,saya harap saya masih menjadi putri di hati ayah :(

Anonymous said...

Ct oh Ct!
Baba nya tgh mencarik lg..
Kalau u jumpa,soh dier blik ek..

Ala kecian nye..putri ek?
Asal xtolak je adik tu masa dia maen kete kayuh dlu2.. Ops! Mcm th je crite sape ek.
Hahaha.jgn mara,nanti cpat tua!

Amboi.Amboi.Amboi.

Anonymous said...

Sebenarnya ct, akak tak pula rasa gitu. sebaliknya akak sangat sayang dan manjakan adik lelaki akak yg lahir ketika akak 5thn.
Pernah juga adik akak tu digelar ultraman. Tapi masa dia baru habis 1st degree, dia dapat pula gelaran superman sebab 'superman ada iras adik saya'!

Apalah agaknya gelaran Tn Kamal masa kecik/remaja/dewasa ye?

Anonymous said...

Rasa2nya JIBEK kot..

Jeng.jeng.jeng.

Anonymous said...

jibek tu cam cite keranamu saerah la plak...lakonan benji...menjadi citenye...nama2 panggilan ekk?macam2la jugak...pernah digelar kazam...cam dalam citer p ramlee tu yg jaga harta ahmad albab tu sebab badan besar...kena panggil makhluk berbulu pun penah zaman hot bigfoot kat johor dulu...sebab badan memang berbulu...ada keturunan mamak....kekadang lawak jugak ble memikir...xmarah...susah nak marah ble diberi gelaran2 nie...at least taula jugak rerakan nie kreatif memikir xla lembam sangat ahaks!

Anonymous said...

Memang si jibek tu la yg dimaksudkan..
Sbb dia suke buat muke selenge..
Kesian,dulu lahir elok jerk.
Kahkahkah!

Oh,ada org pernah pggl i fasha sandha..
Bkn sbb muka i mcm dia,tp muka dia yg mcm i.. Xcaye,tnye bos i.. Kann?
Huks.huks.

Anonymous said...

HEH, ayul tu sebab apa ek? toyol ek?mesti botak perut buncit ek? he he

Datuk, nak komen pasal lidi takut lah!baik senyap je!!takut ketulahan!!ha ha

Ampun patik putri!

Jibek?he he he

Anonymous said...

bang, asben saya lagik best. dulu, pernah sekali tengok KM/J kat RTM. masa tu tgh channel surfing. asben saya dok terpisat-pisat tgk. dia cakap, "eh, ni TV1 kan?" saya jawab lah, "a'ah. kenapa?" dia balas balik, "kenapa mazidul akmal masuk TV1 ni?"

APEKAH??

laili said...

Bila dikenang waktu zaman kecik - kecik dulu memang lucu...
waktu kecik pakcikmakcik pggil lelaleli..
di sekolah pulak ada yg panggil eli, bedd dan ada jugak panggil ketau-ketau...
mula-mula tu x paham apasal panggil ketau-ketau rupa-rupanya I nie ckp laju sgt...dah mcm org Thailand...
So..bila dah meningkat dewasa ni..
lebih senang dipanggil Laili drpd nama Elly...
Baby Ashue thanks for your comment kat friendster last week..

Anonymous said...

kah.kah.kah.
Boleh jd modal ni.
Hun,
Jaohnye mazidul ngan kamal fnd..
Tkott!!
Kamal fnd versi shrek kot!

Jgn mara haa..

Anonymous said...

Tn kamal,toyol dgn ayul jauh tu.
Botak dan perut buncit?
Alamak.bahaya! Takot yg botak dan buncit terasa dirinya mcm toyol.

Laili,sawadikap! :)

Cik nyonye, shrek ek? Princess fiona nya ada tak?

Zaman sekolah,ada yang panggil saya tenuk.. Sebabnya? malu nak cerita! Keranamu cikgu arifah,aku malu!!!

laili said...

he...he...:)

echah_syed said...

org skrg suke sgt letak nama anak pnjg-pnjg & glamor laa kunun..

nak sebut/eja pun susah..:(

contoh: alya' = aliya

umy = umi

saya dulu kat sekolah cikgu panggil lady diana/ogy ahmad daud sbb pesen rambut ekeke :p

kat tmpt keje masa tgu SPM result dorang panggil 'pen' sbb pendek kot.

budak lelaki kat sekolah panggil 'minah ketot' huhu.. :(

Anonymous said...

KAH KAH KAH...cuba tahan tapi tak terdaya!!!KAH KAH KAH ....dalam banyak banyak TENUK?KAH KAH KAH

Anonymous said...

Tn Kamal ketawakan orang beriya-iya tapi tak juga bagi tahu kami gelaran-gelaran Tn Kamal masa kecik/remaja/dewasa !

raininghell said...

aiyo jgn mara2 nama panggilan saja maaaa

Anonymous said...

Ceritanya begini.
Zaman sekolah,ada sorg kwn,
Nama samarannya cik.beng.. Dia ni sumbing.so ada siket sengau la.ms sekolah kan ada time gosok gigi ramai2 tepi longkang..sekolah saya tepi estet kelapa sawit.
Tgh syok gosok gigi,cik.beng bersuara.

"hengok!hengok!"
Saya pun heran. "ape?tenok?mane??"

"hak,hengok hu!"
(maksudnya,"tak,tengok tu!)

Saya pun bingung.
"ape?mana ada tenok?"

Last2,cikgu arifah lalu,tanya ape ni,gosok gigi smbil berckp!
Sy ckp la, "si beng ni ckp ada tenok"
Si beng pula bersuara" hukan hekgu,haye hakap hengok tu. Hat halam hemak hu,hada hape?henape lalang hu hoyang2."
(maksudnya, Bukan cikgu,saya ckp tengok tu.kat dalam semak tu,ada ape?kenapa lalang tu goyang2)
Laa..
Cikgu arifah teros gelak besar.habis satu sekolah dijaja cerita "tenuk" saya
Yang peliknya,cikgu arifah ni paham pula bahasa cik.beng.

Sampai sekarang nama tu melekat..
:(
Walau mcm mana pun,rindu kt cik.beng.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

nakal82..
Eh,apa daa mengarut byk sgt ni??

Mr.khairul, i like.. Kirim slm kt cik.beng ek..

Anonymous said...

Nakal82,
Bukan ke nabi Adam dah guna nama "ADAM" lebih dahulu dari awak.

Atuk saya pun nama adam.sekarang dah 75tahun umurnya.
:)

Anonymous said...

Huahahahahahaha..
Btol gak ckp natrah tu.
Eh,apa da..pasal nama pun nk kecoh.
Nabi adam xbising pun u pakai nama dia..and
Nasib baik jugak la atuk cik.natrah xhantar comment merungut2 ckp si nakal82 guna nama dia..
Kahkahkah!
Muahahahahaha!

nurdaniella said...

salam tuan kamal.. pernah dipanggil pariati gara2 hitam.. abang sendiri yang gelar tu.. pernah di gelar aminah shah, gara2 bertahi lalat dua seperti aman shah.. arwah ayah panggil darling..

Anonymous said...

masa sekolah digelar pink panther sebab kurus panjang...

masuk itm dah dipanggil ZOLA BUDD sempena nama pelari afrika tu...

dah keje ni balik nama asal semula sebab dah sedar dan bangga dengan nama yang diberi oleh ibubapaku...

DeeN said...

kalo kat kg, orang suka panggil nama gelaran, sebab senang nak bezakan yang mana satu din kona, yg mana satu din litut. Sebab selalunya bila org tanya .."Rumah Din kat mana?" Pastu mesti org tu akan tanya balik. "Din yg mana satu? Kat kg ni banyak yg nama Din."

Isk, susah gak tuh!

Anonymous said...

nakal82 dah tarik diri !
Kesian adam... :)

Anonymous said...

manalah perginya Bro Kamal.
Bro pasti ada nama gelaran masa study. bagi taulah..

Anonymous said...

Alamax,ada org da majok ek?

Anonymous said...

haa.. da tau da..
kalau ano nak tahu nama gelaran tuan punya blog ni masa study kat UK dlu..
sume mat saleh tu panggil dia CAMEL..

btol tak..

amboi.amboi.amboi.
pecah rahsia!

Anonymous said...

sebab nama bunyik leb ih kurang ekk?kama...camel...kalau diorang sebut ejaan kamal pun sama jugak bunyi kot?
cam nasi campur....masa kat langkawi dulu...mat saleh sebut nasi kampor

Anonymous said...

Name: Kamal/Kamil
Origin: Arabic
Meaning: Perfection / Complete

ahyeng yan'nazlin said...

betul tu..nama kita amat penting skali..jikalau di dalam ic sedemikian rupa maka dengan tu kita pn mesti mengikuti..cam saya na sy yan'nazlin...ad koma di atas lps yan..wlpn orng fkr skdr symbol tapi mempunyai sentimental value yng terletak pd nma tersebut..boleh x encik kamal berikan nama penuh dgn ejaan yang betul spy orng lain tidak silptuk menaip nye?terima kasih...sy harap sgt encik kamal dapat bc comment ne...sbb saya teruja untuk menerokai dunia sebenar analisis jenayah..

Anonymous said...

haha..best la nama² gelaran dlm nie..tp kwn² sy panggil sy WAN PUCAT.. =P
mula² tak dpt terima..tp lm² dh okay n biasa..diorg kata unik..
n btul kata kamal, diorg taktau pun nm btul sy.. :)

asilahmuhajer said...

bestnye or lain ada name gelaran. diriku rasanye takde. tak glamer kot. ahaks!

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis