Wednesday, October 7, 2009

Kelas Ejaan

Pada sesiapa yang masih mahu tahu nama penuh saya, ianya ada di bawah ini. Sebenarnya, tak berapa kesah nak dipanggil atau eja macamanapun. Cuma, kalau salah eja atau panggil, mungkin diri sendiri yang malu ek.

Barangkali untuk mengelak malumu, wahai insan, maafkan kalau saya terpaksa mengajar;

K A bunyinya KA,
M A L bunyinya MAL,
KAMAL....(tepuk tangan sikit..pandai!)

A F bunyinya AF,
F A N D I bunyinya FANDI.
AFFANDI...(tepuk sikit lagi..Ahh, pandai!!)

H A bunyinya HA
S H I M bunyinya SHIM
HASHIM...(yeh yeh..dah pandai!!!)

Eh, senang rupanya ejaan dan sebutannya ek?!!Laa, abih tu kenapa penerbitan radio JAKIM Putrajaya hantar pesanan ringkas untuk En Kamarul hadir rakaman pada hari ini tetapi di sms kepada saya ek?

Takkan hanya aku sahaja yang terpaksa menjaga malumu!


kamal fnd hashim

21 comments:

Kakcik Seroja said...

Bagi sesetengah orang - asal berbunyi, sudahlah! Bagi kakcik, nama betul adalah sesuatu yang sensitif.. tapi, kenapa ramai sangat yang susah nak eja nama kakcik yang hanya punya 7 huruf???

JUARIAH dieja sebagai JURIAH @ JURIYAH @ JUWARIYAH @ JUWAIRIYAH @ JURAIAH @ JUWARIAH @ JUARIYAH.... ish..ish..ish...

kamal fnd hashim said...

kak cik lagi kronik daripada saya rupanya!

faqhrule said...

kamarul tu bukan duduk sokampung bang kamal ko kek pilah tu?

ejaescobart said...

saya pun sama jugak.. ejaan nama mesti berubah.. AKMAR dieja AKMAL,AKMA

kadang2 siap letak bin lagi.. tu yang lagi haru...

Unknown said...

Kamal in Malaysia di mana semua agak rileks...nama pun selalu ditukar...my name sentiasa lain sebutannya....Kelas Ejaan was cute!!!!

Unknown said...

Mazidol Akmal, Mazidul Akmar, Mazidur Akmal, Maizatul Akmal, Mazizatul Akmar. Paling best, orang panggil saya "Mahathir Lokman'! Perghhhh! Buta ke apa?

ibugulaiLOMAK said...

zaimastura dieja zainmastura, zamastura, zamaizura dll...(tp paling kesian kat bro mazidul la..)

Murni Alfathunnisa said...

salam Tn. Kamal,
sensitif sebenarnya bila nama disalah eja. Nama saya tak pernah tersilap dieja orang, too simple maybe. Alhamdulilah..:-)

Cetusan said...

alahai jauh sebutan tu..sampai begitu..lepas ni bila sedar IKIM wajar minta maaf..
perihatin namanya..

saya panggil TUAN kamal jer.

eyda said...

saya pun sama ..nama saya farida bt sidek..bila orang tanya nama apa saya akan cakap nama saya farida xde 'h' ye..
tapi tengah cakap2 camtu pun gi tambah 'h' jugak ..hmm

kenyalang said...

Bab taip nama orang ni memang saya berhati2 apabila bos suruh. Kalau dapat, semak dlm ic lagi bagus. Oh| ya, nama kamek jarang orang salah ejaan, beruntung sikit, tetap JAMILAH. Nama Kamarul tu anak kamek yg sulong, suami kamek namanya Kamel. Tapi, org selalu panggil suami kamek Kamal lagi senang. Mungkin nama Kamarul dan Kamal tu sama golongan Kamal Kot? Kalau org jenis belasah je, mmg sukahati dia org sebut. Asal ada KA depan huruf tu.

kirana nakia said...

Salam
Kalau nama saya..toksah kenang la..ramai yang mempersendakan sebagai jenama telefon bimbit dimana kekadang saya rasa tersinggung juga..bukan apa..jenuh keduaorang tua saya memikirkan nama yang sesuai untuk anak mereka, tetapi dipersendakan oleh orang yang suka hati diorang nak kata apa..kekadang taruh BIN pun ada..just sebab nama depan saya macam nama isteri abang Mazidul... apa-apapun saya bangga dengan nama saya. BTW, harap2 pihak JAKIM realize kekhilafan mereka itu..

kamalfnd said...

Bro mazidul=mahathir lokman! ha ha!!

Zaimastura, nasib baik tak dieja kamasutra!

Kirana Nakia, huwahh!! klasik la nama tu! cerita le sikit camana dapat nama tu ek.

ibugulaiLOMAK said...

kamasutra?? hmm. kalo ade yang berani eja camtu, elok la blajar ABC balik...kelas pemulihan.

kirana nakia said...

Salam
En Kamal, nama saya Nakia. Kirana tu la yang nick nya..saya pun tak pasti dapat kat mana nama tu..tapi saya rasa sangat indah untuk disebut dan dedengar..

PUTUBAMBU said...

salam !

hahhaahaha..! sabor je lah..
typo ketika bersms...

HanaHideaki said...

hahaha..lawak ar en.kamal pnye kls ejaan..tp mmg pn apsl org ni pyh nk eja nama orang lain dgn btul..?? sy pn penah terkena..ejaan nama FARHANA dah jadi FARAHANA pulak..ish3...
nwey, best la women issues td..hehe..
tahniah2..;)

Azrul Adnan said...

bukan pa..tu perkara biasa tuan kamal..sbbnya..mungkin seseorang tu knl ramai sgt orng so x ingat nama sgt..cam tuan kamal la..mungkin nanti dah x ingat nama saya..huhuh..

abdul aziz said...

Itu baru ejaan. Kalau disebut, lagi berbagai. Nama saya Aziz, takde masalah ejaan. Tapi apabila disebut, akan kedengaran berbagai bunyi - Ajis, Ajes (kalau rakan jawa yang panggil), jes. Sebut Aziz pun salah yang sebenarnya. Inilah masalah bila kita ambil nama Arab. Sebab 'a' sebenarnya 'ain'. Baru ada makna kan.

iDAN said...

idan kalau silap sebut Ä•dan... orang Jawa pasti tergelak.

Anonymous said...

Nama saya Maizura. Ada yang panggil Maisarah, ok la tu boleh diterima. Yang x boleh terima tu member dulu member class panggil Mc Zue...ada ka patut???

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis