Thursday, February 11, 2010

Sebab lambat cabut!

Pasal apa ubi jadi kayu?
Pasal apa gigi sakit?
Pasal apa pencuri kena tangkap?

Haaa, sebab lambat cabut!Bila sempat cabut, ramai tak cabut sebab takut ubinya kecik, giginya masih boleh diselamat dan tuanrumah lambat balik. Akhirnya, ramai yang terlantar sambil tepuk dahi!ha ha ha

Bercakap pasal cabut ini, ramai juga yang keliru kenapa, seperti khabar di akhbar, kisah pelajar umur 15 tahun yang dirogol mahramnya tak cabut dari rumah bila diperlakukan dengan biadap. Macamana boleh tak lari je? Apesal masih tinggal menetap bawah bumbung yang sama?!

Samalah dengan pembantu rumah yang tak cabut walaupun diperlaku kejam oleh majikannya. Kenapa tak kau lari sahaja dari situ dan selamatkan dirimu? Bahkan ada yang tamat riwayatnya menahan seksaan.

Dan begitu juga wanita yang dikasari pasangannya juga tak cabut, kan? Dah ditampar, tendang dan keronyok masih jugak disitu! Kata sakit? Dahtu masih kekal gak di situ kenapa?Aneh!!

Bagi saya di dalam bidang ini, ianya sesuatu yang bukan luarbiasa. Kesemuanya mampu lari dan keluar dari kesengsaraan itu. Setidak tidaknya melawan si bangka terkutuk, majikan atau pasangan bangsat itu. Tapi kesemuanya menjadi pasif. Kenapa? Jawapannya ialah takut.

Ada yang melakukannya dengan gertakan dan ancaman. Ada pula yang melakukannya dengan ancaman pengaruh dan kuasa. Ada juga yang melaksanakan hajatnya kerana dia tahu dia akan lebih dipercayai daripada mangsanya.

Eh, takkanlah sampai macam tu? Laa, ini dunia jenayahlah. Ini bukan dunia maya! Memanglah pada sesetengah orang yang melihat pakcik tua ganyut yang merogol tu tidaklah menepati dakwaan yang dikenakan padanya. Siap berketayap dan jalan ketar ketar. Kaki pulak pengkar! Perghhhh, takkan lah dia boleh rogol?!

Takkanlah majikan dia yang nampak baik tu dera dia teruk teruk! Sah sah bibik ni yang buat cerita kot! Ntah ntah dia yang bubuh seterika kat badan sendiri!

Tak masuk akal lah yang pasangan dia simbah minyak panas! Orangnya baik! Ahh, pompuan tu yang jahat ni! Mulut bau longkang!Ntah ntah dia pun suka sebab kena seksa. Tu pasal tak lari!!

Aduhai!!! Memanglah dia tampak baik sebab bukan kita atau saudara kita yang dirogolnya, kan? Memanglah dia nampak baik kerana kita adalah orang yang perlu dia buat baik, kan? Memanglah nampak baik waima tak layak dia difitnah sebegitu kerana kita pun ada kepentingan dengan dia, kan?

Inilah kisah belakang tabir yang beratus kali. Peliknya, tak seorangpun yang mahu menuntut akalnya untuk berfikir. Yang demikian, cuba lah sendiri eksperimen ini untuk memahami.

1- Bagi yang makan gaji, esok kau sergah bos atau penyelia hang. Kalau boleh, maki hamun sekali keturunan dia. Kan selama ini dia yang paksa suruh kerja?Merungut kat belakang buat apa? Seranah je depan depan!

2- Bagi yang tinggal bersama keluarga, esok kau jerkah je bapak hang! Kalau boleh siap tujal jari kerana dia gagal belajar pandai dulu dan kita terpaksa sengsara duduk di rumah yang tak ada apa apa. Kan dia banyak membebel?Sound tepat je!

3- Bagi yang ada bibik, haa, kau amek seterika panas, tuam kat belakang badan sendiri. Jangan lupa kelar kelar sikit peha. Amek je rotan dan sebat sekuat hati kat tapak tangan. Tapi kalau bimbang sakit, sumpah seranah je bibik tu tanpa sebab. Esok da mula cuti panjang kan? Apa ada hal. kita boleh jaga anak sendiri lah!

4- Bagi yang takda apa apa tapi seorang pengguna jalanraya, nampak polis trafik ke JPJ ke, jangan pakai topi atau tali keledar dan lalu selamba badak je depan dia. Kalau tak, cari je orang yang bertubuh sasa, kau saja je cari pasal dengan dia! Jalan dekat dia, berhenti dan tampar je! Jangan lari lepas tu. Tunggu dan tadah je!

Eh, apesal tak buat? Ceh!!Pengecut!!Bukan pengecut.Tak berapa berani la! Eleh, dayus!!!Eh bukan dayus.Lu ni mulut tak cebok la bro! Abih tu? Takuuuut! Haa, tau pun nko! Tau takpe!!Ahaks!!

Begitu le keadaan mangsa bila nko masih berbodohan dengan soalan kenapa tak cabut sahaja!


kamal fnd hashim.

14 comments:

kenyalang said...

Salam, panjangnye cite tn kali ni.

apapun, malam ni malam Jumaat sapa2 yg nengok cite seram kat tv tu kalau takut cabut ja. kalau masuk bilik nampak benda anih2 jangan cabut. eh, kuar tajuk dah saya ni. Tapi ada perkataan cabut kan?

ashue said...

hehe..ok la sis.janji ada bunyi cabut..

akak said...

Assalamu'alaikum Tuan Kamal.

Teringat kisah 'Ayu'(bukan nama sebenar)dalam Black Maria tahun lalu.

Teringat lagi...

sakai said...

saya pernah baca 18sx joke,sdr kamal ketiga2 situasi yg anda berikan sebab lambat cabut,tetapi ada lagi satu,kenapa termengandung,sebab lambat cabut,,sori 18 sx

kamal fnd said...

sakai.

budak budak pun baca blog ni bai..

ashue said...

=)
Tu redha namanya..

kenyalang said...

terpaksa kerana tertipu. hua, hua, hua...

DAMAI IMPIAN D'BANGI said...

Memang heran bin ajaib bila kenangkan orang terinyaya sanggup tunggu, kena dan kena lagi. Apsal tak cabut!

Dengar crita demi jaga maruah diri, maruah keluarga dan yang murninya maruah si penyangak tak reti bahasa. Itu pasal sanggup tunggu dan terusan dinyaya orang.

Kekadang dah cabut dah, malangnya lepas dari mulut rimau masuk pulak mulut buaya. Apa cer...?

Cetusan said...

ahaa pelik juga ada ruangtak naklari

Faizul83 said...

hahahaha tu la pandangan orang... selalu nampak pakcik tua yg tak larak mesti kata tak boleh rogol anak...

pernah dengaq rules by terror... betoi tak betoi english tu aku taktau.. tapi bunyi dia macam tu la.... maksudnya bila seseorang tu pandang kita dengan penuh ketakutan bila dia paksa kita buat apa apa benda kita akan buat...

catz said...

saudara kamal,

membaca tulisan saudara kamal buat saya pun teringat selama ni pun saya fikir benda yang sama.
isteri didera suami for 14 years, tetap tinggal sebumbung. Anak perempuan yang dirgol berkali2..bukan seorng, tetapi dari kakak ke adik, masih tetap tinggal di situ.Malah menyedihkan bila emak tau, emak tuduh anak yg menggatal.
memang rasa tak logik kan why they still stay situ. Tapi, saya percaya, bukan semua org mampu dan punya kekuatan utk keluar dari semua itu. ada sebab tersendiri. Takut dsbg. org yg tak mengalami mungkin rasa itu bodoh. tapi yang mengalami, mungkin fikir yang mereka tiada pilihan. Tak terjangkau dek akal fikiran mungkin. Sangat menyedihkan.
Ada kalanya, membaca tulisan saudara, saya tersenyum sendiri.namun mesejnya tetap sampai.
keep writing ya!

Ibnu K said...

Itulah, saya sendiri mengalaminya.. dengan orang yang paing dekat dengan saya sendiri.. Kes kenapa x cabut je? memang setuju sangat2.. Bukan mudah melakukan sesuatu.. Tahniah Dr Kamal.. Banyak benda boleh belajar dari Doktor ni..

Murni Alfathunnisa said...

Salam Tn. Kamal..

tak pernah terfikir dr angle tu..selalu kita tertanya-tanya.."dah tau orang tu gitu, kenapa jadi bodoh..tak nak cabut jer??". Sebenar nya, there's a reason behind yang kita tak fikir, bila kena dahi sendiri baru tau...tau tkpe kan..:-)

PERMATA BIRU.COM said...

tuan kamal, saya ingin menghubungi tuan atas urusan ceramah , tapi macam mana ya ?

RAZALI MOHD ZAIN
permata_biru_71@yahoo.com.my

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis