Monday, January 25, 2010

Daulat Tuanku!

Sebagai anak Johor, sugul dan sedih penuh di dada. Pedih kerana kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail. Hiba kerana tidak sempat berterimakasih kepada Sultanku.

4 bulan yang lalu, saya utus surat kepada Setiausaha Sulitnya mohon perkenan masuk mengadap. Bukan tujuan apa apa. Sebaliknya sekadar mahu menjunjung kasih dan mengucapkan terimakasih secara peribadi kepada Almarhum Sultan.

Kalau bukan kerananya, anak anak Johor tidaklah perlu menghadiri sekolah agama di sebelah petang dan bersekolah kebangsaan pula di sebelah paginya. Mana yang petang ke sekolah biasa, wajib ke sekolah agama di sebelah paginya. Memang wajib!

Dan sewaktu surat itu dihantar, saya hanya anak jati johor yang mahu berdiri di hadapan orang yang berjasa membentuk kami semua. Saya hanya mahu Tuanku tahu betapa dia dihargai. Saya hanya mahu Tuanku Sultan tahu bahawa saya berada di mana saya berada pada hari ini kerana asas dan budaya Johor!

Namun itu semua tinggal kenangan sahaja kerana warkah saya tidak mendapat apa apa balasan hatta bukti penerimaan pun. Hari ini, Almarhum Sultan Iskandar telah tiada. Sebagai rakyatnya, ralat tidak dapat bertemu muka dan menjunjung kasih Sultanku. Kalaulah dia tahu aku di sini kerana jasanya, pasti Tuanku bangga. Kalaulah dia tahu aku di sini kerana Johorku, pasti terbetik senyum di wajahnya. Kalaulah dia tahu sedang sempat lisanku sampai kepadanya, pasti saat ini aku tidak perlu menanggung sedih dan sendu..

Al-Fatihah.

10 comments:

akak said...

Assalamu'alaikum.

Wpun akak bukan anak Johor tapi sejak di sekolah lagi akak envy dan kagum kerana anak2 Johor wajib hadir sekolah agama. Kalau tak silap, akak selalu dengar orang2 lama sebut juga sbg sekolah arab.
Akak membesar di Sentul dulu tak ada pula dngr ujud sekolah agama di kawasan berhampiran tapi sekadar mengharapkn kelas agama di sekolah. Belajar muqaddam dgn Pak Itam,bilal surau.
Tapi yg paling menyentuh perasaan hingga hari ini ialah bila teringat mak mengajar akak mengucap dua kalimah syahadah semasa akak masih kecil lagi dan mak sendiri menjahit telekong akak yg pertama. Sehingga kini mak masih menyampaikan ilmu. Alhamdulillah.

Al-Fatihah untuk semua arwah.

Cetusan said...

apasal komen akak berlapis..

SAPIAH HUSSIEN said...

السلام عليكم

Harap tuan sihat.

Al-fatihah juga buat Almarhum Tuanku. Daripadanya kita datang dan kepadanya jua kita pergi. Allah jua yang membalas segala jasa Tuanku.

Sebagai anak Johor asas dan budaya masih didukung sambil menjunjung budaya setempat. Kata orang lama, "dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung".

azieazah said...

Dah lama saya tidak melawat Johor...

takziah buat semua warga Johor.

kenyalang said...

Salam takziah buat kerabat draja johor & wrga johor amnya d ats kmgkatan DYMM Sultan Iskandar mrpakn jg dprtuan agung m'sia viii d era 80 an. Alfatihah. Oh, Smnanjung, lama juga xtbang k sana. Johor=tringin pula nk mkn bryani gam, mlaka & nogori 9=sdapnya msk lomak cili padi. Mcm org mgidam pula ye.

ajim said...

en kamal, benar sekali itu,saya sangat bersetuju dgn anda.."sekolah agama dari kelas fardhu ain(PAFA) sehingga darjah khas adalah salah nikmat tuhan yg hanya ada di johor" dan ini semua ada berkat sultanku yg menitahkan amanat itu,,imbas kembali:"waktu kecil dulu,aku bertanya kepada abahku,abah kenapa nak sekolah agama,kat sekolah kebangssan pon ada blajar pend islam,,jawapan abahku,sultan johor yg nak ada sekolah agama ni kt johor,kt negeri lain x de,kalau kelantan diorang blajar sekolah pondok,,aku cuma terdiam,,sekolah agama kt johor kebanyakan sebelah ptg,darjah satu 1-3(2.00-3.30)darjah4-6(3.30-6.30)darjah khas sabtu(8.00-1.00),,,inilah nikmat yg pernah aku kecapi suatu ketika dulu,atas belas ihsan sultanku..AL FAtihah

LiTtLe^m3 said...

setuju dengan penulisan Tuan Kamal. saya juga anak jati Johor yang merantau ke Kuala Lumpur mencari rezeki. tak saya nafikan kerana adat dan budaya serta pendidikan agama yg dibekalkan oleh ibu bapa dan sultan kita mewajibkan penghantaran ke sekolah agama lah ramai juga anak Johor yg berjaya. Insyaallah tak lupa dari mana datang asal usul keturunan kita kerana adat, budaya dan agama telah ditanam dalam diri sejak dari anak kecil lagi.

Murni Alfathunnisa said...

Salam takziah buat semua warga Johor...

lalashilala said...

sy ank jati johor :)
hidup johor!!

Anonymous said...

bro, tak sangka u anak johor.. ingatkan n9..

i feel your pain

i feel your pain
audrey & nurul hanis